Monday 5 August 2013

Cahaya Aidilfitri Ara

Assalamualaikum.

Tiada apa perlu diungkapkan untuk comeback yang entoh kali keberapa. Mohon maaf sudah lama menghilangkan diri (ayat yang sentiasa diulang-ulang). Oh malas rasanya nak berintro panjang-panjang, buat penat jari menaip je kan. Kalau aku menghilang lama tu, haa pepandai lah korang fikir ke mana aku pergi belayar. Antara Australia dan Korea. That's it.

gambar takde motip

So, I guess it's not that late to wish Happy Puasa, Happy Iftar makan-makan sampai boolat hehe. Dah boolat kau jangan nak mention-mention lak depan aku, terasa kau tahu tak. Oh anyway, ramai bebenor yang menanyakan berapa pasang baju raya iolls ada, kaler ape, meghelip ke dak, aih sebok ah semua mane leh kasi tahu brader-brader sister-sister sekalian. Being secretive is not wrong okay. Just to be safe and secure. Ecececece. Nantikan shaja gambar-gambar raya meletop pum pam pum pam gua, ha jangan terjojol lak bijik mata menengoknye.

Back to the main point, or in Oral Communication we define it as speech goal (ni baru namanya mengaplikasikan apa yang dipelajari kehkeh), sebenarnya nak membebel serba sedikit tentang cahaya. Kenapa dengan cahaya?

Yes my name is Norsyahirah. Nur or Nor give the meaning of cahaya, tapi bukanlah bermaksud disebabkan nama gua 'Cahaya' maka muka gua bercahaya trang tang tang. Okay itu sangat tidak benar secara fizikalnya okay. Tapi sebenarnya entri membebel-bebel di pagi buta ni takdak kaitan langsung dengan nama gua ahahhaha tadi tu intro yang tak berkaitan ye harap maaf. A brief explanation will be elaborated, and mainly it is the reason of why I rarely go online nowadays (ayat berbelit-belit untuk membelitkan urat saraf otak kepala anda, apa pesen A BRIEF EXPLANATION WILL BE ELABORATED pulaaaakkk)

Cahaya. Cahaya telah menyebabkan iolls terasa sangat berpinar-pinar seperti bling-bling di baju Nicky Minaj. Cahaya jugak menyebabkan kulit iolls terasa sangat terik dan tegang, dan amaran, ini bukan main-main okay. Serious talk. Cahaya menyebabkan iolls terasa seperti dipanah jarum-jarum yang sederhana tumpul dan tajam. Cuba bayangkan. I'm telling things that are dead serious and hopefully you guys and girls will understand. Do not misjudge me.

So acanno nak online dengan nikmatnya seperti zaman dahulu kala? Acanno nak menahan diri daripada terus terasa kepedihan? Jawabnya adalah tak. Baik tak online. Ataupun online kadang-kadang. Dah nama pun online kan, mestilah kena bukak laptop. Laptop pulak mestilah mengeluarkan radiasi cahaya dari skrin LCD 14 inci nya. Dan seterusnya cahaya cahaya akan mula menerkam kulit dan pandangan mataku. Ha sape nak tanggung? Of course diri sendiri kan, so penyelesaiannya adalah jarang online mahupun membelek2 laptop seperti dahulu. Kesian.

Untuk yang belom tahu, meh nak kasitahu. Pesakit SLE macam iolls ni sangat sensitif kepada cahaya. Sunlight, lamp, radiation etc... Lagi-lagi iolls ni ada scleroderma jah oi. Kulitnya sensitip sangat. Nak crita pun rasa cam segan tapi takpelah, berkongsi takde salahnya kan kan. Kadang-kadang bila tengok kulit sendiri pun rasa cam tertanya-tanya. "Aku ni pernah kena simbah dengan air panas ke dulu-dulu?" Rupanya lebih kurang camtu lah. Nak describe lebih-lebih tak pandai pulak kan, so kepada yang mengenali aku, mehla buat appointment nak tengok kulitku yang mengujakan ni eheheh.

Kesimpulannya, that is why I rarely go online. Twitterjaya terbiar dengan jayanya. Facebook memang dah lama jadi history book. Blog ibarat diari buruk di dalam almari rumah agam. Hm. Apa nak jadi. Nak wat acanno kan, bukan kuasaku. Bukan kuasa kita. Tapi kuasa Dia di atas sana, the best planner of this whole universe. Allah yang menentukan.

Rasanya cam dah lama tak bercerita pasal SLE. Like seriously, I wanna be here, blogging as usual, as hard as I could tell tapi paham-paham ajelah. Selain sibuk menelaah buku-buku ibarat seorang nerd berkaca mata power 500, kekangan masa ape kebende, hm maaf urusan duniawi yang kurang penting ni aku tolak ketepi dulu. Harap paham ye kawan kawan semua.

budak mana entah terlepas masuk dalam blog aku nih

Till then, we'll meet again in the future in shaa Allah!
May Allah bless uolls.
Happy Raya! Dengan pesanan woi dah-dahla main mercun kang hilang jari kau nak menulis surat cinta acanne?
Nikmatilah Cahaya Aidilfitri baik baik kay.

Assalamualaikum!

Tuesday 18 June 2013

Abnormal feeling but still Alhamdulillah!

Assalamualaikum people.

Sementara menunggu bersiap for the second night of the programme, I am here to update some sorta things bout my new life hoho. Ni cam expressing myself lah kot hihi :D



Smalam ada Post-Ta'aruf programme. Basically we did it among our residence je, conducted by akak-akak facis. Ada solat maghrib and isyak jemaah in the middle of our residence. It was calming, but the thing is I'm not so comfortable to be there. Sebenarnya the exact words to explain what I'm feeling bout the thing are rendah diri. I always feel like that. And why? It's because I have to solat duduk, ignoring the fact that they all perform their solat like the way it shud be. And me? The feeling of envy and terasa diri sangat abnormal adalah satu perasaan yang tak dapat diluahkan. 

Back in college, di awal kemunculan encik SLE, I did my solat like normally we all would do. And I remember the first time I had my solat secara duduk was when one night, we had Qiamulail. Waktu sujud, I could feel my tears were running down my cheeks. Perasaan yang sangat sukar digambarkan. Sedih. Rendah diri. It's just that I sedar by that time, I am not a normal person anymore. I have to solat duduk.

And that feeling struck me again last night. Disebabkan aku berada di kalangan mereka-mereka yang tidak mengenali aku, it's kinda hard to be explained. If I could, I just wanna told them loudly that I'm not so capable of doing what they do in the normal way. I can't, for now. 

I hope you guys pray for me that I'll be back to normal, solat berdiri, and jalan naik turun tangga without feeling the pain. I really hope Allah would give me back the chance to feel those amazing great gifts. Allahuakbar.

Andd, to you guys out there, be grateful. Be thankful for all those things Allah rewarded you, whether your kesihatan, kejayaan and everything. Everything. Bersyukur laaaaah! Masa ni mungkin tak nampak lagi, but one day, if you ever experienced something like me, anda akan berfikir semula ke belakang, dan sedar how you hope you could live your past life back.




with roommate, Merah
Till the, have a nice evening everybodaaayyyhhhh and Assalamualaikum!

Monday 17 June 2013

Kehilangan seorang remaja perempuan

Assalamualaikum.

Berita terkini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan dari dunia blogging semenjak beberapa minggu yang lepas. Remaja perempuan terbabit yang berusia 17 tahun telah dilihat pada kali terakhir berlegar-legar di kawasan Petaling Jaya dengan muka yang teramat poyo sebagai tanda malas untuk mengupdate blog. 



Sekian berita terkini, saya Norsyahirah binti Ghani melaporkan.
Assalamualaikum dan salam sepetang.


nota kaki : tolong jangan lempang budak malas ni xD

Tuesday 28 May 2013

Today is Tuesday

Assalamualaikum fellas!

Wee woot, I'm back on the track. Like seriously, harini baru dapat mengadap lappy dengan tenang setelah hampir seminggu terkocoh-kocoh setelkan a lot of things. Nak ngadap lappy pun takde masa, luckily I have my handphone with me 24/7 (tapi dek terlalu sibuk tak sempat nak ngapdet hape hape pun di Twitter or blog hins hins)

Basically I tak tahu nak bukak cerita apa. Haha macam biasa ayat introduction hampeh gua. Tapi I think it's a good thing if I travel back in time to share what kept me busy these past few days. And to shorten the story, these were what I did sepanjang hampir satu minggu ni.

Rabu - packed my stuffs up, finalized my documents, went for 8-hours journey to Jengka, Pahang
Khamis - bertolak to Kuantan, the whole day was spent at The Zenith Hotel for Tunas Potensi interview session
Jumaat - went back to Terengganu but still hectic
Sabtu - bangun tidur terus bertolak balik ke Jengka oh yes
Ahad - spent the whole day helping my sister with her assignments mwahaha
Isnin - took a bus to Shah Alam

and here I am! Alhamdulillah everything went okay and fine hoho. I guess I'll be here in Shah Alam until the end of the school holiday. And not to forget, to those yang menempah handmade pencil boxes, I'm sory guys, order and postage ditutup sementara for two weeks. Like seriously I don't wanna announce that, tapi terpaksa. Terpaksa. Huhu. Sorry ye korang.

Oh by the way, I have a quote below where you guys should hold on to. If you guys ada problem or whatsoever, put yaaa hand in the air and say saaaaaabaaaaaaarrrrrrrr yeah! Trust Allah! 


I'm going away from the keyboard so ciao!
Have a tremendous evening muchas.
Assalamualaikum :)

Tuesday 21 May 2013

my life update

Assalamualaikum dearies.

Alhamdulillah still breathing in the dunyaa' of Allah SWT. How about you guys? Well practically I'm doing all good, have been quite busy handling all those things - menjahit, settle documents, deliver orders etc. Oh ya, pengumuman sikit yeee kawan-kawan. Order pada minggu ni semuanya akan dihantar pada awal minggu hadapan since minggu ni I've been quite busy as I told you earlier. Harap maaf for the kesulitan ya :) and thank you for your understanding.

So far, banyak cerita nak share tapi tak terdaya nak ngapdate blog biarlah berhabuk pun gua hanya mampu redho pada ketentuan Ilahi aha. Okay let's cerita satu-satu okay. 

One of the biggest thing in my life is the UPU result. Allahuakbar. Sebenau-benaunye memang agak frust sebab tak dapat ke mana-mana IPTA, apatah lagi dalam hati ni dah berbunga-bunga harapan nak ke UIA. A little bit of frustration toksah cakaplah, ade jugak ter-menangis dua tiga titik depan laptop kihkih. Tapi I have to pujuk myself lah kan, ketetapan Allah, memang dah ditentukan setakat ni belom ada rejeki nak ke IPTA mahupun UIA. Mujur, semujur-mujurnya Alhamdulillah dah ada back-up plan. 

hai nak wat acanno belom ade rejeki khennnn

Walaupun takde rejeki lagi for IPTA, Alhamdulillah masih berpeluang ke stage terakhir Biasiswa Tunas Potensi which will be held tomorrow. Like seriously I havent packed my stuffs though I'm going to Kuantan this evening warghhh oh no oh no. Guys, girls, doakan aku dapat this scholarship since I'm opting to do my TESL in IPTA kalau boleh. And with no PTPTN, Ya Allah I pray for you to bless me with the scholarship amiin! (amiinkan sesame weh hikhik jasamu dikenang korang)

So sekarang ni aku cam rilek gila duduk rumah goyang kaki sedangkan orang lain semua duk sibuk uruskan hal nak masuk universities, matriculations and so on. Me? In shaa Allah will be as busy as yours afta this amiin haha. Tapi sebenarnya dah sangat busy pun, uruskan segala dokumen yang dikehendaki for the interview. Mujurlah pihak Yayasan Peneraju cakap seminggu awal, buatnya kalau dua tiga hari sebelum interview dorang cakap mahu je ternganga aku tak buat pape. Haha xD anyway, good luck korang yang dah dapat universities tu. Yang decide nak pi matriculations pun, best of luck guys. Korang jangan lupa doakan aku jugak.

awak doakan titew taw ahaks
Tapi tapi api, cam tak percaya pun ada I'm the only one who's being left behind. Kan? Kengkawan lain semua dah nak chow, siap ada yang dah tukar profile infos lagi kat social accounts masing-masing. Untunglaaaaa korang. Aku jugak bekerjaya tetap takyah pikir hal masuk u tu ahaks. Fokus menjahit je la dulu kihkih

I guess that's all from me. Rasanya macam nak update lagi for this last day in Terengganu before attending the interview, in shaa Allah we'll see how it works okay. Till then people.

sape tak dengo cakap ai cakar grrrrrr see my kuku tajam -,-

Assalamualaikum!


Saturday 18 May 2013

Colourful handmade pencil boxes!

Assalamualaikum!




I'm here to announce that the promotion in my previous post dah pun tamat! Sebenarnya sengaja tak cakap that was a promotion sebab I decided myself nak gantung promotion tu kepada beberapa hari. So I nak cakap terima kasih kepada a few gorgeous buyers yang dah pun membeli, dah ada certain yang dah dapat parcels yipeeeee! Hope you guys will like it. Lain kali beli lagi okayy.

And kepada yang belum membeli, jangan risau, harga tak mahal sangat pun. Still affordable for us students kan. Don't worry ya my dear :) lagi pun, boleh muat calculators and banyak-banyak pens, so tak payah risau.







Fabric : Felt
Price : RM4/piece, RM8/2 pieces, RM12/3 pieces, RM16/4 pieces, RM18/5 pieces (special rate will be given kepada yang beli melebihi 10)
Delivery : Only on Monday and Wednesday and will take 2-3 days to safely arrive at your place
Payment : Maybank or BSN (to get my accounts, sila emel details anda kepada saya and saya akan reply sebagai tanda sudah menerima order ok)
Postage : Free (I don't use Poslaju courier for your info)
Design : Only those designs yang ada in the picures akan diberikan harga diatas. Design anda sendiri akan dicas RM2 kepada harga asal bagi setiap satu pencil box

Okay so kepada those who might be interested dengan handmade pencil boxes saya ni, boleh email details anda seperti di bawah :

Name : 
Address :
Poscode :
Code :

Wait for me to reply your email ya :) Oh dan diingatkan, urusan hanya dilakukan menggunakan medium email. Sebarang persoalan di Twitter dan Facebook mahupun nombo persendirian saya tidak akan dilayan supaya urusan dapat disekalikan. Saya sendiri pun tak pening-pening lagi hihi.

Selamat membeli people!
Have a great evening and Assalamualaikum!

Monday 13 May 2013

Exciting Monday


Hey.
Night night peeps. Mata masih mampu bertahan. Tengok jam aik dah pukul 1 rupanya. Ingatkan baru pukul 11 or something.

This is excited punya pasal. First of all petang tadi gua keluar jenjalan makan-makan perabih duit dengan kawan-kawan gua. Buddies okay. Buddies. Haha. Sorang je bukan buddy kat situ, tapi takpelah, aku anggap cam one of my buddies lah jugak hiks. Beliau lebih kenal aku berbanding orang lain cewah ayat (kompem Imang bace bangga gila hahahahahhaha)

So, the story is, me, Capikah Cahira aka Cuci, Curaya Cohari aka Yaya and Capik Cahirman aka Iman, went out together this evening. This is actually our first time keluar bersama. Since Iman cuti semester so apa lagi gua mintak lah beliau jadi driver kitorang ahaks. Terima kasih Iman atas perkhidmatan driver anda. Lainkali jadik driver lagi okeyhhhh! Gila awal bersiap kemain lagi aku ni, laju je pakai baju ape semua lepas Asar, tup-tup dekat pukul 6 baru ler Iman and Cuci datang ambik (dorang ni adik-beradik sebenaunye sorang cina celup, sorang melayu hahahhaha okay gurau je) Dahtu pulak last minute pi inform si Yaya ni suruh bersiap. Mujur ler beliau sanggup mengeluarkan peluh untuk bersiap sepantas yang mungkin ibarat dikejar oleh harimau.




In the car, on the road, kemain lagi bergelak ketawa. Si Iman tu serious semacam aje. Seram gak aku pada mulanya tapi bila fikirkan balik, alaaaaaah Iman cover je tu sebenonye. Kihkih. Yaya and Cuci hapa lagi, besties dua orang ni memang buat aku sakit perut with their stupid and funnaaaayyhhh jokes. Siap keluar air mata tahu takkkk. Cadangannya nak pi makan-makan since haritu aku mengadu kat Cuci aku ni mengidam nak makan chicken chop tahap teramat melampau kan. In my previous post, I already told you guys kan, I dah dapat makan chicken chop tu so sekarang dah tak mengidam tapi takpelah, kitorang still dengan planning makan-makan tu.



Mulanya we ollss went to my friend's house. Jauh bak hang. Pusing punya pusing punya pusing memang tak jumpa. Argh frust tahu tak. Aku ni dah terjerit-jerit dekat telinga Iman al-maklumlah suara gua kuat ya amat. Haha sorry ah korang. Finally jumpa jugak rumah kawan yang sorang tu, memang ponat aih caie ghumah tersebut. Sabau ajelaaaaaaaaa. Then lepas settle urusan 'negara' dengan my friend tu, terus we ollsss ke bandar dengan perut yang lapar. Makan-makan timeeeee.




kembar makan berkongsi aw so shweet

yaya kebuluq

kami sangat teramat sungguh lapar

ngaum makanggg

Lepastu solat Maghrib. Hantar Yaya balik rumah sebab urusan 'dunia' beliau lebih penting daripada pergi merayap dekat Giant haha. Habih lagi duit beli makanan omaigash. Cuci layan je gua merayap-rayap pusing Giant ahaha seronok bhai. Dua beradik ni memang ikut je kepala aku, best kau tahu takk. Then balik rumah. End of the journey with le buddies. Lainkali keluar lagi ye sayang-sayang sekalian?



And the second thing yang sangat-sangat bikin I excited till the top of the world tonight is my new project. Handmade project. Lepas je balik ke rumah, tengok jam dah pukul 9 something apa lagi berkejar-kejar mandi and menyiapkan diri sebab perlu mengadap laptop pulak. I promised my customers nak update things and stuffs pasal my handmade kotak pnsel tu and Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus, around 10 something entry tu berjaya dipublishkan. Heaven.

Lepastu yang lagi bikin excited this night is replying all those tweets and emails. Okay seriously sangat terkejar-kejar. Email berderet masuk. Tweets toksah kira, beratur panjang ibarat pemberian duit 500 ringgit oleh pihak kerajaan. Penatnya Ya Allah nak reply satu-satu tapi disebabkan excited yang terlampau excited, kugagahkan jua. Alhamdulillah akhirnya dah semakin lega menjelang tengah malam.

And yes, I admit it that I feel so penat and rasa mahu tidur, tapi it's okay. As long as it's important, I'll try to do it for you guys and girls okay. To be concluded, everything's exciting for me today. Yay yay! Alhamdulillah praises to Allah SWT :)

Iman, Ara, Cuci, Yaya :)

Thank you for reading my entry :)
Assalamualaikum and goodnight sweethearts!

HANDMADE PENCIL BOXES PROJECT!!!!

Assalamualaikum peeps!

Now I'm gonna update on some cute stuffs you may want to purchase. Tadaaaaaaaa!
HANDMADE PENCIL BOXES!
Yeahhh!




Fabric : Felt
Price : RM4/piece, RM8/2pieces, RM 10/3pieces
Postage : Free
Delivery : Only on Monday & Wednesday and will take 2-3 days to safely arrive at yours
Payment : Maybank or BSN account (I will email you my accounts if you email me to confirm your order)
*I don't use Poslaju courier for your info :)

Actually I made all this by myself. Nama pun handmade kan, ponat den menjahit segala jenis benda alah ni so baik korang beli :) Tapi kan tapi kan, I sendiri pun tak tahu cemana nak kasi korang pilih designs or patterns or colours as in I sendiri baru je nak belajar menjual. Hehe. So harapnya korang boleh pilih dulu designs yang available terhad sangat-sangat ni.

So kat bawah ni ada a few samples of my handmade pencil boxes. Tak banyak but then korang boleh pilih yang mana korang fikir nice and attractive untuk diri korang. Basically, the base colour of the pencil boxes I pakai warna gelap since yeah, you guys sendiri pun tahu kan, warna gelap takdelah kotor cepat sangat. And kalau kotor pun, tak nampak terang-terangan. Kan? Oh by the way, I buat all these pencil boxes ikut kata hati I je. Pilihan warna pun camtu gak. Yang mana gua pikir menarik, gua bedal je buat hahaks. And the results of my 'gila-gila' combinations are those below....





And for your information, setakat ni I tak amek tempahan lagi untuk pattern/design korang sendiri. I cuma sediakan apa yang I buat because you know kan, I'm a newbie to this kinda thing. NEWBIE. Yeay!
Therefore, kepada yang betul-betul berminat, bolehlah korang emailkan I your details, sebelum I emailkan my account numbers sebagai tanda I dah selamat terima order korang tu. Okay? Please email to syahirahhghani@gmail.com :)

Name : 
Address :
Poscode : 
Code :

Selamat membeli guys!
Jazakallahu khairan kathira fellas muah muah!
Assalamualaikum.

Sunday 12 May 2013

sepinggan chicken chop

Assalamualaikum. Hello everybadyhhhhhhhhhhhh!

What's up? Gila lama tak update sorry guys, I'm soo bloody lazy to open up my laptop and yeah, yaaa know, what's next after opening the laptop. Leceh kot. I left my laptop away for days and seriously malas hoi nak bukak. Online pun thru phone je, it's never better! Why bother to use the laptop since my broadband is gila selow macam nak hempuk kat dinding jee. Nah don't laugh because I'm using broadband okay. The so-slow broadband.

Okay. So nothing much happening around (sebenarnya banyak je yang berlaku haha tapi taktaw nak cerita dari mana so kita pretend macam takde pape jadik lah kan). Tapi I have this one story to be shared. Mohon simpati dan gembira buat diriku sebelum, semasa dan selepas membaca cerita ini.

Pada suatu hari, I told my mak that I wanted to eat chicken chop. Sebenarnya ni dah beberapa hari terpendam dalam jiwa raga but then tak terluah. Gentar bhai nak luah. So akhirnya aku memberanikan diri cakap kat mak sebab dah tak tertahan kan. Rasa nak melahap waktu tu jugak. Nah guys, for your information, ni lah perangai gua. Kalau dah rasa nak makan something tu, takkk menyempat-nyempat. Lebih kurang mengidam camtu ah kot. Haha. So dengan penuh harapan mak akan bersimpati, aku pun buat-buat emosi sebab terlampau nak makan kannnn. Mak sangat memahami sebab tu pi cakap kat beliau ngeee!

Kalau cakap kat my ayah, alahai lambat lagi lah jawabnya dapat makan chicken chop. (Ayah said haaa memang pun ayah takdenye nak bawak pi makan malam-malam sebab mengidam ntah pape tu) Menikam gila jawapan ayah gua. Mujur mak ada yay yay! Mak lah superhero kuuuu Alhamdulillah mak berjaya mengheret ayah untuk membawak budak yang mengidam 'entah pape' ni ke sebuah kedai yang ada jual chicken chop. Kau tahu lah kan, duduk Terengganu ni susah jugaklaaa nak carik kedai jual chicken chop. Kalau duduk KL takyah lah aku cerita memanjang kan, sonang ajo aku poie shopping mall naik KTM takyah susah-susah ayah bawakkan kereta. Dahtu my ayah pulak ada satu tabiat iaitu tidak suka ke kedai makan yang tidak pernah beliau jejaki. Mujurlaaaaaa kedai nan satu ni kitorang pernah pergi zaman dulu-dulu so ayah macam okay jelah, haaa layan je anak dia ni kikiki. Maseh ayah!

So, bila je mak cakap nak pergi makan kat kedai tersebut (nama sebenar kedai tersebut ialah Pak Wan Kopitiam), apa lagi gua tersengih-sengih dengan muka tak sabar nak melahap sepinggan chicken chop wahaha. Sedap ke tak, tu tak kisah, asalkan hajat di hati dapat makan chicken chop, guaaa bedal aje. Kemain laju bersiap lepas solat Isyak, sampaikan kena tegur dengan ayah.

(Adik duduk di muka pintu sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan ber-tweet tentang betapa excitednya nak pi melahap chicken chop)
Ayah : Eh awalnyaaa Adik bersiap kali ni. Awalnyaaaa... Awalnyaaaa... Awalnyaaa... (nada meleret-leret)
Adik : Mestilah! (dah tahu beliau perli aku tapi dengan confidentnya aku menjawab hehehehe)

Usually I would be the one yang palingg paling lambat kalau bab bersiap ni. Entah kenapa, I cant even discover why. Haha. Dek kerana tahap nak makan chicken chop tu terlampau-lampau membuak, apa lagi aku sepantas kilat bersiap mengalahkan mak yang biasanya selalu merungut aku lambat. Hehe. Excited!

Dan excited yang melampau-lampau itu telah menyebabkan aku memandang abang waiter dengan mata yang berair bila abang waiter tu cakap chicken chop dah habis. Ya, chicken chop dah habis! Korang bayangkanlah tahap kesedihan aku cemana. Aku pandang mak sayu, dan pada masa yang sama aku rasa macam nak bertukar jadi The Hulk sambil memecahkan dinding kopitiam tersebut. Huargh! Bergenang air mata aku tahu tak. Frustnyaaa toksah cakaplaaa. By that time, I felt like I wanna scream out loud sebab apa yang aku nak takde woi, takde!

Tapi yelah kan, aku muhasabah diri sebentar dengan mata yang berair-air, bahawa malam tu rezeki tidak menyebelahi aku. Allah wanted to test my patience maybe. It's okay. I tried to smile kat mak, padahal ngah cover air mata yang 15% lagi nak jatuh mencurah-curah. Haha. Aku positif abang waiter tu perasan ghupe aku yang tak macam orang dah. HAHAHA rasakannnnnnn.

Dengan seribu juta kali frust, terpaksa aku order Fish N Chip padahal aku paling tak suka makan benda tersebut. Nampak tak kemerengan aku di situ gara-gara tidak mendapat makanan yang diidamkan? Haaaa buruk benau ghupa haha. Aku sendiri pun tak tahu apeke jenis neurotransmitter yang menyalurkan maklumat bahawasanya aku makan Fish N Chip -,-

So dengan penuh kesedihan aku makan-makan-makan. Takkan nak membazir pulak kan. Tak baik, amalan syaitoooon. Aku perasan mak pandang aku tak henti-henti sebab mak tahu betapa frustnya aku, oh ibuuuu, anda sungguh memahami. Jazakallahu khairan kathira mak! And aku pun hapa lagi, tweet lah kesedihan aku tu di Twitter. Ramai yang bersimpati dengan aku, oh terharu gilaaa. Terima kasih korang. Siap ada junior yang tolong google-kan aku kedai area Kuala Terengganu yang jual chicken chop lagi tuuu. Terharu kan?

So malam tu aku berazam aku nak pi sekali lagi kopitiam tu pada esok petangnya (sebab akak waiter tu cakap kopitiam tu bukak kul 5 petang). Yargh! Man jadda wa jadda. Sape yang usaha akan dapat hasilnya. Aku kemain ni duk ulang dekat mak aku, aku nak pi tercegat depan kedai tu sebab nak makan chicken chop, sampaikan aku rasa mak aku meluat haha xD sorry mak, involuntary action! Dan-dan besoknya aku tak buat pun camtu haha. Siap tweet lagi dah takde feeling nak makan chicken chop, merajuk lah konon.

And and and, mak berjaya membuatkan aku terlompat selepas mandi (mujur tak tergelincir dalam toilet kau tahu takkk) sebab beliau cakap aku kena bersiap secepat yang mungkin. Nak pergi kopitiam sekali lagi laaaaaaahh! Oh my oh my! Korang bayangkan how did I feel omnomnom rasa nak pitam ler pulak. Alhamdulillah apa lagi aku tersengih-sengih macam orang takde arah sebab akak waiter tu cakap chicken chop was available! Heaven!

Maka melantak lah aku sepuas hati. Padahal baru je makan separuh dah rasa macam kenyang. Haaa nampak tak perangai buruk gua? Haha. Kalau ngidam nak makan, haaa kasi sikit pun takpe asalkan dapat jugak merasa. Tapi Alhamdulillah, berjaya habiskan sepinggan besau chicken chop dengan penuh cemerlangnyaaaa.
mak makan burger bakau yoppp

sepinggan chicken chop Alhamdulillah!


Believe in this quote, hari esok akan lebih baik dari hari ini. In shaa Allah, Allah will help you to sort it out. Have faith in Allah. Jangan berputus harapan untuk hidup sekiranya tak dapat apa yang dihajati walaupun hanya sepinggan chicken chop. Percayalah, something better will pop up for you as long as you keep praying to Allah the only creator.

Sekian, Assalamualaikum readers!

Friday 26 April 2013

TIPS FOR TESL INTERVIEW :)


Assalamualaikum.

So today I wanna share a little bit on the tips for interview. Basically I am focusing more to TESL interview which I think will be held tomorrow or maybe the next day. I'm not so sure sebab aku tak dapat frust mak oi haha.

Errr sebelum tu of course you guys akan cakap apesal aku buat post ni padahal aku same umur je pun dengan korang. Lepas SPM. Berpengalaman kah aku dalam interview-interview macamni? Haha sorry guys. I haven't attended any interviews yet (except mock interview waktu duduk MRSM dulu), but this is what I read from the seniors. I mean, I googled them kihkih. It's okay if you don't feel like reading this tapi who knows, it might help you for the interview kan kan...

So,
Interview tu ada 2 sessions : writing test dengan speaking writing. 1 soalan essay masa 2 jam, speaking pulak dalam 10 minit. Untuk  speaking writing tu, dia ada 2 part which is A and B. Part A tu untuk grammar and our reading comprehension. Ada 15 soalan je tapi based on people experiences soalan dia kaw-kaw jugaklah. Ayat pun macam belit-belit ala-ala idiom sikit. Part B pulak kena buat essay. PERINGATAN! SILA BAWA PEN AND LIQUID PAPER SEBAB KORANG KENA MENULIS. Takde mase nak pinjam-pinjam orang punya ni okeh. For the speaking part, I bet the panellists must be asking you things you know about our current issues. A reminder here, kalau boleh elakkan bercakap pasal politik because you are not eligible yet to talk about it thank you! Dan of course lah korang kena bagi pendapat korang sendiri pasal isu tu. Seriously it will be benda paling penting dia nk tengok. Whether you are fluent in English accent plus confidence and personality.

Mula-mula masuk walk-in interview tu, of course you have to greet them. Assalamualaikum or Good morning or apternoon haha xD. Then yo will have to hand over your personal file to the interviewer. Of course you need to introduce yourself at the first place. Do introduce yourself in the best way. Ceghitaa apa-apa yang penting je. Nama. Asal mana. Mak ayah keje apa. Numbers of siblings. Hobi. Cita-citaa. Attention to you guys, katanya kebanyakan soalan yang dia akan tanya biasanya berkaitan dengan apa yg kita jawab sebelum tu. So, senang cakap kira macam continuous question la. korang pandai-pandai lah selitkan setiap apa yang korang cakap tu dengan kesukaan korang terhadap TESL ni. Smack them down with your wide knowledge in this TESL course! Just speak!

Biasanya jugak the panellist akan tanya why on earth do you choose to be in this TESL course. Kenapa kenapa kenapa? Ha of course lah korang tahu kan. Sapa suruh korang pi pilih TESL kat UPU ahaks. So I guess memang part ni korang kena kasi kaw-kaw punya. Putar belit pun takpe asalkan nampak kesungguhan untuk berjaya dalam TESL. Sertakan sekali mimik muka yang melampau biar dorang ternganga tengok korang bercakap ahahahah okay aku gurau je :D

And also there will one more common question. What will you contribute to Malaysia with your knowledge of English? Yang ni terpulang pada korang nak cakap cemana asalkan jangan mengarut-ngarut. Mestilah sebab korang nak anak-anak Malaysia ni pandai berbahasa Inggeris and survive di mata dunia. Ha tolong jangan bagi jawapan tu because it is soooooooo typical! Sila pikir jawapan lain naaa. Pikir dengan penuh khusyuk!

Okay since nanti interview confirm ada cakap pasal peluang pekerjaan kan. Korang boleh je putar belit yang korang memang super minat dengan kos TESL ni. Korang ceghitaa laa banyak siot peluang pekerjaan untuk lepasan TESL ni. Memang hakikatnya orang luar yang tengok bebudak TESL ni biasanya jadik cikgu je. Sekolah rendah pulak tu. So korang yakinkan panellists tu bahawasanya pendapat korang bukan macam orang kat luar sana. Sebab TESL ni ada kos degree, English Professional Communication. So ada Literature and Creative Writing. Nampak tak makin luas bidang English ni. Haaaa so boleh jd publisher, business translator, secretary bank, ambassador, speech therapist, special educator, journalist, tourist guide pun boleeeeh...

Don't forget to give your beautiful smile because it may hide your anxiety. Hikhiks. Just be yourself and stay confident okay! Ha remember too, don't cross your legs or play with your pen or fingers! Be active, give your ideas even its wrong. They just wanna see your self-confidence and how you handle yourself with people and strangers. So cheer up baby!





Rabbi yassir wala tua'ssir = Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku!

Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum and salam Jumaat people!

Wednesday 24 April 2013

Kehidupan. Syukur.

Assalamualaikum!
Nenenene nampaknya aku sedang mengisi masa lapang sebab terkena Tweetlimit dekat Twitter hahaha.
Nak tengok CSI, hm malas nak foukus sebab dah tengok episod tu.

Sooooo,
Today is my 7th day of therapy. So far I'm feeling nothing but still Alhamdulillah. So tengah-tengah buat theraphy tadi tu, I saw a man walking near the therapy centre. Haaa terus terlintas nak tulis pasal mende ni, even though korang-korang akan nampak macam mende ni tak penting sangat. Alaaaa, mende alah jeeee.

Poor him.
Lelaki tersebut I think, boleh dikategorikan sebagai kurang waras. Dengan rambut menggerbang gaaaaahh, tak pakai selipar and baju lusuh, I am pretty sure lelaki tersebut kurang waras. I'm not gonna say he is gila because yaaa knowww, it's kinda rude. RUDE. Siapa kita untuk mengesahkan hamba Allah sebegitu, ghupaa dia cenggitu, sebagai orang gila? Kita cuma manusia biasa, sedarlah :)

Kesian tengok lelaki trsebut. Berjalan menonong laju, tak pandang kiri kanan pun. Kesian. Apa agaknya perasaan dia berjalan tak pakai selipar mahupun kasut? Dahla musim-musim sekarang ni tengah panas menggelegak sampaikan kita semua nak keluar rumah pun malas. Pikir dua tiga empat kali baru lah decide nak keluar ke tak. Kan kan kan? Lagikan lelaki tersebut yang tak pakai pape tutup kepala, alas kaki. Jalan pulak atas tar yang berketik-ketik panas. Agak-agak apa dia rasa? Kesian kan? Kalau kita duduk kat tempat lelaki tersebut, tak pakai selipar pastu jalan-jalan atas tar, huish hanya Allah yang tahu cemane rase pedihnya tapak kaki. Mungkin rasanya macam kena cucuk dengan jarum-jarum halus lagi panas, mungkin. Boleh bayang tak auch sakitnya Ya Allah!

The conclusion now is, dalam hidup kita ni, sebagai hamba Allah yang sempurna pemikiran, boleh pikir yang mana betul yang mana salah, kita kena sentiasa bersyukur. I'm sure all of you here berpikiran waras. Kalau tak wars, dah kompem-kompem korang tak ngadap blog aku yang comei ni kan kan mwahahaha. So mind yourself that you are all well and say Alhamdulillah. Ingat Allah di mana pun kita semua berada cos without Allah, we are so nothing okay?

gambar ni takde kaitan dengan entry k cuma aku bersyukur ada satu kamera buruk menemani hidupku Alhamdulillah!

Jaga diri, jaga iman, bersyukur dengan apa yang kita ada!
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum :)

Tuesday 23 April 2013

SEGMEN I LOVE YOU MOM by Fathiah Saidi ♥

Assalamualaikum!

Aha! Kembali dengan segmen untuk kali keduaaaaa :) Yeay!

Segmen ni dicipta khas oleh one of my besties time duduk MRSM Tumpat dulu. Tak sangka akhirnya ada jugak orang yang rapat buat segmen blogger sendiri. So it's kind of interesting for me, so why not I join myself in the segment kann kann? Untung-untung dapat tribal shawl sehelai kihkih. Lagipun tajuk segmen ni macam WAHHHH AWHHHHSOMEEEEE GILA!






Cerita pasal mak kot. MAK. Sangat menarik I loikeeeeeee uollss.

Mak. Teringat zaman kecik-kecik dulu, I always asked mak these one question. 'Mak, kenapa adik kena panggil mak, mak?' Semuanya gara-gara pi Pasti, jumpa ghamaaaai kawan and pelik kenapa dorang tak panggil mak dorang 'Mak'. Dorang panggil umi, mama, ma, mi, ibu, mommy ape semue name yang advance lah! (tapi seriously takde pulak gua dengar budak-budak tu panggil bonda cam ceghitaa indon tu kehkeh) So nak jugak panggil my mak advance-advance sikit. Ah sungguh demanding kau Syahirah!

Adik : Mak, harini adik nak panggil mak umi boleh? (muka tersengih-sengih)
Mak : (pandang gua pelik) Err bolehla. Ada apa ni?
Adik : Takde pape pun saje jeeee hihihi

Sejam kemudian....

Adik : Maaaaakkk! Mana pensel warna adik? (kalut cemas kaget semua ada)
Mak : (terus menerpa ke arahku) Eh tadi kan ada kat sini?
Adik : Takde pun! Alaaaaaa manaaa niiii.... (tarik muka)
Mak : Eh jap. Tadi kata nak panggil umi harini. Apesal mak pulak? (beliau perli aku tu sebenonye haha)
Adik : Erk! (terus gua diam sebab lupa hahahahahaha xD)

Esoknya...

Adik : Mak, harini adik nak panggil ibu boleh?
Mak : (muke seposen) Ha panggil je laaaa...
Adik : Yay!

Beberapa jam kemudian...

Adik : Mak o makkk...
Mak : Hm tadi kata nak panggil ibu sangat. (perli sekali lagi)
Adik : Alamak lupa!

Hm begitulah aku dulu waktu kecik-kecik. Umur 5 6 tahun punya pertanyaan kehkeh. Entah mak ingat lagi ke tidok. Haha. Jeles punya pasal sanggup aku tukar panggilan mak tu ke panggilan yang lebih advance. Tapi sekarang ni, panggilan apa pun, mak tetap orang special dalam hati aku. Mak tetap mak. Mak adalah mak yang susah payah besarkan aku dan adik-beradik yang lain. Mak tetap orang pertama yang risaukan aku kalau aku sakit. Mak adalah orang yang paling paham bagaimana sakit aku. Mak satu-satunya mak yang tahu apa yang aku suka makan and apa yang aku tak suka. Mak adalah segalanya.

So, untuk mak...

Mak you shud know I love you the most. I know sometimes I'm being so ignorant, degil, kuat merajuk apekebende semue lah, mak tetap sabar dengan Adik. Bila Adik mula sakit, Adik kesian sangat mak terpaksa susah payah demi Adik padahal mak pun kurang sihat. Terima kasih mak sebab banyak berkorban untuk Adik. Semoga Allah memberkati mak. 



Hargaila mak korang sekiranya mak korang masih ada :) Mak is the best superwoman ever okaaayyy! Believe me.

Sekian saje.
Assalamualaikum people!


p/s: Para bloggers dijemput join segmen ni okayhhhh. Muahxx

Sunday 21 April 2013

Semakan temuduga dan matrikulasi untuk lepasan SPM 2012

Assalamualaikum.



Lebih bersemangat untuk menolong rakan-rakan lepasan SPM 2012 yang sama tercari-cari kat mana nak semak segala mak nenek yang berkaitan dengan IPTA dan matrikulasi. I know how do you feel regarding mencari segala laman web and links, pastu tak jumpa wargh frust gila! So I guess Allah menghantar saya untuk memudahkan urusan korang semua in shaa Allah. Hope you guys and girls dapat manfaat dari post yang tak seberapa ni, and trust me, I've tried my best untuk cari segala info yang berkaitan. Mungkin ada sedikit kesilapan yang tak dapat dielakkan tapi percayalah, I didn't mean to do it :)



Khas untuk yang pilih apa2 kos yang bertanda # di UiTM waktu isi UPU aritu, korang dah boleh cek online sama ada dapat ke tak temuduga starting from 23rd April 2013, jam 12 tgahari.
Linknya : http://online.uitm.edu.my/


Yang ni pulak untuk yang apply UPSI. Semakan keputusan panggilan Ujian Khas Sukan bagi program AS72 - ISM Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) boleh mula disemak pada 24 April 2012 mulai jam 5.00 petang.
Linknya : http://akademik.upsi.edu.my/interview/page.html



Untuk yang apply for UPNM nah link untuk korang cek application status korang.
Linknya : http://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga/


KALAU PENING JUGAK DENGAN SEGALA LINK UNIVERSITI YANG SY BAGI KAT ATAS NI, BOLEH TERUS KLIK http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/temu_duga.php



Untuk yang apply MAKTAB PERGURUAN / IPG, semakan yang sepatutnya boleh dibuat pada tarikh 22 April telah ditunda ke tarikh 25 April atas sebab-sebab tertentu dari pihak atasan.
Linknya : http://moe.gov.my


Untuk membuat semakan matrikulasi mulai 25 April 2013 bolehlah ke link di bawah ini:-
http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/
atau buat semakan tawaran melalui SMS :

Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542


Setakat ni je maklumat yang berjaya dikumpulkan untuk korang. Hopefully you guys and girls berpuas hati. Don't forget to have full faith in Allah and tawakal 'alallah :)

Allahul musta'an = hanya Allah tempat kita meminta pertolongan dan zadanallah ilman wa hirsha = semoga Allah memberi ilmu dan semangat kepada kita semua Amiin!


Untuk tarikh-tarikh penting bagi lepasan SPM 2012, sila klik sini


Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum :)

This is your future... stay alert!

Assalamualaikum.

Kembali menaip dengan entry bedtime stories. Khas untuk korang-korang yang masih lagi mengadap laptop mahupun talipon mahupun apa-apa gajet yang terhangat di pasaran lah (tu pun kalau boleh online)

I think ramai yang masih terkeliru dengan tarikh-tarikh untuk segala permohonan UPU, matrikulasi, IPG dan sebagainya. And the same goes to me. I felt like oh my god kat mana celah aku nak cari ape kebende semue tarikh ni. Banyak gilaaaa bak hang. Takkan nak hapal satu-satu kot. So malam-malam buta ni Internet confirm lah laju semacam je kan, I quickly browsed for it dekat Facebook, Twitter, Google, alah senang cakap serata ceruk Internet lah aku korek. Haha.

And yay, I found it! Alhamdulillah.

So kepada korang-korang semua, jangan lupa take note, mana lah tahu nanti lupa pulak. Mulalah trcari-cari tanpa arah tuju. Yang tarikh-tarikh di bawah ni, in shaa Allah boleh dipercayai sebab datang dari sumber-sumber yang bukan direka oleh me myself yet another people, trust me!

Tapi, tapi....
Kalau korang lupa pun, haaaa jangan segan-segan bukak my blog at http://syahirahghani.blogspot.com untuk tengok sendiri tarikh-tarikh ni.


TAWARAN TEMUDUGA IPG : 22 APRIL 2013
TAWARAN MATRIKULASI: 25 APRIL 2013
TAWARAN TEMUDUGA IPTA: 22 APRIL 2013
TAWARAN IPTA: (MINGGU KE-3 BULAN MEI)
PENDAFTARAN ASASI IPTA: 26 MEI 2013
TARIKH PENDAFTARAN DIPLOMA IPTA: 1 JUN 2013


Yasarallah lanal khaira haisuma kunna = semoga Allah mudahkan kita dalam kebaikan di mana pun kita berada

Assalamualaikum people!

Annoyed.


 Assalamualaikum.
Have you ever been in this kind of situations?

SITUATION 1 : Anda sedang berada di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah anda. Tiba-tiba tetamu tersebut yang tadi sedang syiok bercakap-cakap di ruang tamu, datang ke dapur lalu memulakan perbualan dengan anda. Tetamu hanya duduk bersilang kaki padahal anda berpeluh-peluh membuat air dan hidangan sambil memerah idea untuk menjawab soalan tetamu tersebut yang bertubi-tubi.



SITUATION 2 : Anda sedang bergelak ketawa bercerita dengan kakak anda yang paling rapat tentang cerita zaman kecik-kecik dahulu. Tiba-tiba ibu saudara anda mencelah perbualan tersebut dan cuba menarik anda untuk berbual dengannya tentang kisah shopping beliau padahal kakak anda sedang beria-ria bercerita. Anda tersepit di antara keseronokan mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dengan tanggungjawab anda untuk menjaga hati ibu saudara. 



SITUATION 3 : Anda sedang memasak di dapur apabila seorang kawan anda tiba-tiba datang dan mengajak anda berborak sakan. Anda pula sedang pening mengembalikan ingatan untuk memasak makanan yang sudah lama tidak dimasak. Rakan anda pula semakin rancak bercerita tentang kegemaran dirinya yang lansung tiada kaitan dengan anda dan tanpa sebarang tujuan.


Ha these are only a few examples of annoying situations with annoying conversations. Annoyed tak korang kalau berada dalam situasi macamni? Of course you will feel the strange feeling. Kalau boleh rasa macam nak kata waddehel je kepada mereka-meraka yang telah membibitkan perasaan annoying tersebut.

Kesimpulannya, agak-agak lah kalau nak ajak orang berborak pun. Tengok keadaan lah kan. Ni tak, kemain redah jee tak kira waktu. Perasaan orang kena jaga beb. Iya tak dinafikan, tarikan untuk bercakap tu sentiasa ada, tapi errr for me myself, kita kena pandai limitkan. Jangan asyik duk sembur je. There are times where we can talk a lot, and there are times where we need to shut our mouths up.

Respect people. Tak kira lah orang tu kecik besar tua muda hape-hape lah, tapi orang tetap orang. Punya hati dan perasaan. Jangan ikutkan hati kita je nak cakap borak berbual sesedap mulut, sebab orang lain pun ada perasaan yang perlu dijaga. Dan jangan kerana mulut yang terlalu banyak cerita, orang akan rasa menyampah sampaikan terjadinya kutukan demi kutukan busuk di dalam hati. Nauzubillah!

And lastly, jangan lupa. Hablum minallah, hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, in shaa Allah korang bahagia dunia akhirat.

Till then, that's all from me.
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum!

p/s: ini hanya sekadar peringatan buat diri kita semua yang sentiasa mempunyai kekurangan dalam kehidupan :)

Saturday 20 April 2013

SLE Diary : Hospital lagi......


Assalamualaikum.

Akhirnya kembali menaip setelah berhari-hari duk postpone. Habis tergendala segala idea. Seriously agak malas nak bukak laptop, aktifkan dulu broadband, klik Google Chrome, pastu masuk dashboard blogger, pastu baru boleh taip entry. Taip entry satu hal dah, pastu nak publish lagi, ambik masa kau tahu tak. Alangkah indahnya kalau boleh je publish entry straight away dari kepala otak ni je. Wuwuwuwu alangkah indahnyaaaaa...

Okay serious. Entry hari ni nak ceghita pasal appointment di hospital semalam. This is berapa kali punya appointment entahla tak dapat nak ingat mwahaha.

So bermula lah pagi semalam dengan penuh kecohnya sebab me, my mak and my abang tiga-tiga ada appointment dekat HSNZ. Breakfast pun sekadar milo dan crackers sebab nak kejar masa punya pasai takut ramai orang dekat hospital.

I was supposed to do X-Ray, Echo and jumpa doktor kalau ikutkan jadual appointment semalam. So selepas je mendaftar, amek nombor, terus pergi ke Bilik X-Ray utama. Itu hari time admit ward, I did the X-Ray alread so I macam a little bit confused lah. 'X-Ray ni kena buat ke tak... Kena buat ke tak...' And I asked the officer dekat kaunter pertanyaan and yay yay takyah buat X-Ray dah! Sebab result X-Ray haritu semua dah complete Alhamdulillah. So hape lagi, terus berjalan dengan pantas ke tempat yang sepatutnya. Dalam hati dah agak ni confirm balik lambat sebab dapat giliran lambat. Sabau ajelahhhh kann.

Dapat nombor, tunggu punya tunggu punya tunggu (adelah dekat dua jam uwargh bosan gila you know), akhirnya kena buat Echo dulu. For your information, Echo ni adalah satu test untuk menguji keadaan jantung kita. Alhamdulillah everything went fine except for the fact gua malu gila dengan nurse-nurse :P
Lepas setengah jam bergelumang buat Echo, terpaksa pulak tunggu sekali lagi giliran nak jumpa doktor. Lama gila. Memang sumpah asdfghjkl lamaaaaaaa. Dahla ruangan menunggu tu sejuk yang teramat sejuk. Haku ni memang sentiasa dipandang pelik, sebab pakai sarung tangan pink kahkahkah. Pastu lagi orang pandang pelik bila pakai mask. Yang tu perasan sangat. Sebab kalau kat ruangan menunggu tu, takde sorang pun hamba Allah yang pakai topeng muka. Even the nurses, dorang sendiri tak pakai. So wat lek jelah gua mampu.

And sejam kemudian, baru lah jumpa doktor pakar. Yay yay! Sukanya sebab ada Dr Asmah sekali. She's so interesting omaigodddd. She's nice, I mean super-duper nice and cara beliau speaking pergh memang senang je telinga aku nak menangkap perkataan-perkataan yang beliau gunakan. Sebenarnya the doctor incharged is Doktor Fazirah and she's nicee too! So dorang berdua ni tanya perkembangan diriku, and so on so on lah.

And the check-up really focused on my kaki since I told the doctors my lutut, tumit and jari kaki, they are not really good. Sakit-sakit. So they did ultrasound, and the result said so, keadaan kaki ku tidak berapa memuaskan.

Tapi.... Berita gembiranya adalah ubatss dimaintainkan yay yay yay! Alhamdulillah. Yang ditambah cuma painkiller untuk kaki. Dannnnn, Alhamdulillah setakat ni jantung, paru-paru, hati dan otak masih lagi dalam keadaan baik :)

Doakan diriku dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Dan supaya Allah mempermudah segala urusan kehidupanku, urusan kesihatanku, urusan pembelajaranku, urusan kewanganku, urusan keluargaku, urusan jodohku, dan urusan kematianku. Amiin!



Sekian, Assalamualaikum!

p/s : ini adalah draft bertarikh 18 April 2013 sebab tak dapat nak publish internet gua sangat mnyakitkan hati tsk tsk