Thursday, 17 January 2013

meh nak cerita pasal MRSM...


Assalamualaikum.
Nah here's a very long entry for those who waited eagerly for my update. Teeheeee.

Sekolah dah lama bukak kan. And by this time, ramai lah yang dapat tawaran ke sekolah-sekolah berasrama seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). So I guess I am here, wanna share some story with you guys and girls pasal kehidupan di MRSM. Mesti ramai yang berminat nak masuk MRSM kan? Haaaaa kakak yang cantik ni ex-MRSM taw. First batch lagi hikhik.

this is my batch FELIX EXITUS 1112

Kepada yang berminat nak masuk MRSM, lagi-lagi yang form four tu, memang digalakkan sangat. Kenapakah? Apa yang menarik sangat MRSM ni? Haish engkau jangan pandang ringan dik. MRSM lah antara tempat yang I rasa sangat membantu dalam segala aspek. Tapi bergantung atas diri kita lah kan, bagaimana nak bawak diri kat tempat yang mungkin asing bagi kita. Pandang kiri pandang kanan, semua orang asyik banyak mulut, ramah-tamah, mesra alam dan sebagainya. Cuba tengok diri kita, boleh adapt atau tidak. Kalau rasa tak boleh adapt, try to! Try to talk to as many people as you can. Jangan putus asa. Bila masuk MRSM, tidak berputus asa adalah benda paling kena pegang. Fullstop.



Okay cerita pasal kehidupan di MRSM, alah nama pun duduk asrama full-time, kena pandai lah terima kan. How about me? Since ages ago, I always dreamt of staying in hostel. Mengapakah? Sebab orang selalu pandang ringan diri ini, konon I’m the youngest, I can’t never adapt in such a hostel living. Awak-awak tak boleh pikIr macamtu taw. Tak semestinya anak bongsu tak boleh duduk hostel. Dan yang paling penting, tak semestinya anak bongsu ni manja! (my favourite two-words untuk kata sifat manja ialah spoilt brat haha) Sila ingat yeee. Oh kata orang tua, bukan anak bongsu yang biasanya manja, tapi anak sulung taw. Hah. Apesal? Seeeebaaaabbb, masa mama umi ibu emak mummy dia mengandungkan dia, papa ayah daddy walid abah dia manjakan mama umi ibu emak mummy dia tuuu. Kan mengandung sulung, kalau apa-apa sikit, confirm papa ayah daddy walid abah akan kasi. Nak bintang? Hah papa ayah daddy walid abah akan ke kedai mainan, cari bintang yang kelip-kelip dalam gelap tuuu. Ala, yang boleh tampal kat dinding tuuu. Ha apa yang nak semua dapat. Itulah yang menyebabkan anak yang lahir pun mungkin akan jadi manjaaaa. Faham?

Okay tamat kisah anak bongsu dan anak sulung. Yang pasti kedudukan dalam keluarga tak mempengaruhi semua tu. Siapa-siapa je boleh tinggal kat asrama, asalkan diri kita cukup kuat dan tabah. Sambung cerita. Dulu time darjah enam, pakai tudung senget-senget lagi tuu, teringin sangat nak lepas daripada rumah. Haha. Berangan gila wei nak masuk asrama. Nak masuk MRSM. MRSM mana? Cait sekali berangan nak masuk MRSM Kuala Kubu Bharu kottt, nun jauh di Hulu Selangor. I didn’t know why I really wanted to go there. Dahla jauh. Haha. Mungkin sebab dekat KL kot, masa tu kan kecik cinonet lagi, kononnya KL adalah syurga dunia sebab banyak shopping malls huhuhuhu. Dan frust lah bila dapat result yang tak pernah dijangka time UPSR dulu. Terus masuk sekolah kementerian, sekolah harian biasa.

Bila PMR, Alhamdulillah impian dulu akhirnya terlaksana. Cepat-cepat isi boring MRSM dan SBP. Tapi waktu tu lagi teringin nak masuk SBP. Mengapakah? SBP ada yang elit punya, so macam high-class gituuuuuuuu you olls. Excited gila nak masuk Sekolah Seri Puteri, sebab informasi mengatakan siapa yang excel time Trial PMR dan PMR sebenar confirm akan dapat. Sekali lagi berangan (dulu memang antara top student so takyah risau lah fikir pasal tu) dalam hati dah mula berlegar-legar harapan demi harapan nak masuk sana. Cait sekali time keputusan SBP keluar, melepas. Kawan-kawan semua dah dapat panggilan SBP, me? Melangut kat tepi pondok bas (masa tu waktu balik sekolah) huhu sedih gila. Alhamdulillah lepastu dapat tawaran MRSM. Macam nak taknak je pergi. Dahla ceruk hulu. Siapa naaaaaakkk….
Tapi bila dah masuk MRSM, seronok! Asrama cantik, macam apartment. Yang lain takboleh puji sangat sebab MRSM Tumpat adalah sebuah MRSM baru. Pokok pun takda lagi, panas gilaaaaa. Bila dah masuk, you know, first night di sana, tanpa disangka-sangka boleh tidur dengan nyenyak. HAHAHAHAHAHAHA (ketawa kejam untuk sesape yang suka pandang rendah kat aku dulu phui) oh below is my college, my lovely college!





So bila dah masuk, ha kena pandai lah adapt. I can’t remember macamana mula bertegur dengan my roommates yang ternyata sangat happening yoooo! The only thing I can remember, I was the first to greet them, masa tu baru masuk bilik lepas berpisah dengan family. Menangis kot. Yelah, tak pernah pisah kaaaann. So masuk bilik, mata merah, hidung berhingus, tetiba cakap, ‘Hey korang. Nama aku Syahirah tapi panggil Ara je. Nama kau sape?’ haha. Selamba gila bapak that my roommies cakap they thought I was a budak bandar punya type. Haha. One of my roommies was from Kelantan, and dua orang lagi adalah orang Terengganu. Senegeri wo. They said, I looked a little bit sombong masa mula-mula jumpa, and they assumed I ni seorang yang suka bersosial sebab mulut pun banyak, asyik kecoh jeeee. Huahuahua nasib korang dapat roommie macam Ara kaaannnn…



Orientation week pulak, I’ve been known a lot. Haha. Kenapakah? Macamni taw, in MRSM, we have this one system call as homeroom. Mungkin lebih familiar bila kita anggap system tu macam keluarga angkat. Ada homeroom dapat seorang bapak, ada homeroom dapat seorang emak. Depends. In a homeroom, there will be around 15members, campur lelaki dan perempuan, ha tu adik-beradik angkat namanya. So activities in MRSM, mostly dibuat mengikut homeroom. Kiraan merit semua benda pun mengikut homeroom. So homeroom adalah segala-galanya. Nasib lah kalau ada yang dapat ahli homeroom yang tak sporting, yang passive macam tertelan kapur je. Ada pulak homeroom yang emak or ayah dorang jenis yang tak happening, so senyap sunyi sepi lah homeroom. Oh berbalik kepada cerita, my homeroom dulu-dulu sangat passive. During orientation week tu, it’s always me who called out for their names sampai bergema dewan. So semua orang macam pandang, and starting from that lah ramai yang kenal budak Ara ni (zaman kurus tuuu you know)

Lama-lama, I actively participated in so many activities. Choral speaking, nyanyi-nyanyi, banyak lah. Cikgu-cikgu pun dah kenal oh this is Ara, budak banyak cakap tu. Hehe. And daripada situ lah beranikan diri, I applied for Student Representative Council or in Malay, Badan Wakil Pelajar (BWP). In MRSM, BWP tu jawatan paling cool lah. Dipandang tinggi. Konon semua okay bila jadi BWP. Dan biasalah, pandangan orang, ‘Whoaaaaaaaa, awak BWP ke? Terernyaaaaa!’ Senang cakap, tak jugak. Bukan semua BWP terer. Yeah memang cool jadi BWP, dikenali seluruh maktab, handle tu, handle ni. Busy toksah cakap. Mujur je belajar tak lingkup huahua.
my kerja dalam kelas adalah mengambil gambar walaupun ketika membaca doa :)

Sistem MRSM macam menarik lah. Tapi kadang-kadang tu I feel bad for myself sebab tak study sangat. Huuuuuuu. Orang lain study, I pulak sengaja menambahkan busy diri join a lot of activities, tolong juniors buat show ape kebenda lagi entah. Ramai kawan-kawan macam focus gila during classes and me? Tidur. Haha. Tapi tu waktu mula-mula masuk MRSM lah. Yela, tak pernah-pernah duduk hostel, dahtu berjaga sampai pukul tiga empat pagi. Buat homework yang menimbun (dan sememangnya tak pernah siap wa cakap lu hahahaha), and the best part was when pukul dua tiga pagi, I was all alone, kelek baldi, lipat lengan baju, haaa sental-sental baju. Kat toilet yang besar lagi menyeramkan tu, I was alone you knowwww. Berani kan perempuan cantik ini?

Oh berbalik kepada system MRSM. Exam bukan macam biasa taw. We have semesters, macam dekat university tuuu. Kalau bebudak yang kena amek PMR atau latest, PBS, ada enam semester. Kalau bebudak SPM, ada empat semester. Agak tough la sebab satu semester biasanya ada tiga exams. And what we learn in the particular semester, kita tak akan belajar untuk semester lain sehinggalah tibanya peperiksaan percubaan. Dan yang inilah paling melemahkan because you know, with tons of homework, mana sempat nak revision tajuk-tajuk yang dibelajar semester lepas. Kalau tak revision nampak macam kejam sangat, dan-dan terus lupa ha amek kau jem hotak time exam. Tu lah keburukan bila join MRSM =,=

Part paling best masuk MRSM, is you girls and guys may apply for universities earlier than the other students. SBP pun takde program ni taw. This is special for SPM leavers lah. Untung. Dapat belajar awal satu semester daripada students lain, and dapat graduate lagi awal. Dan dapat kerja lagi awal. Fullstop. Oh tapi harus score peperiksaan percubaan MRSM dengan jayanya lah. Baru senang nak apply for course yang kita demand.
ha ni lah diriku, cikgu mengajar I pulak duk makan kat belakang kehkeh
makan dan sentiasa makan hihi



akibat asyik bermain di dalam kelas, jadilah manusia seperti di atas =,=

Oh ya. Bercakap pasal surrounding pulak kan. Kelebihan masuk MRSM ni, for me, you get to know a lot of people. Different type of them, with real different characteristics! This is from my point of view lah kot. Orang lain tak tahu lah dorang pikir cemane kan. Dulu waktu sekolah dekat sekolah kementerian, schoolmates bercampur. Bukan nak mengeji tapi, basically, yang duduk kelas hujung-hujung tu macam hampeh gila, suka cari pasai, gaduh dengan orang. Oh tersangat tidak matang. Tapi in MRSM, yeah we do have those kind of people, tapi their mentalities are better than those yang I cakap tadi. Secara kasarnya, budak-budak MRSM punya attitude are way better. Dan bila kita dah bergaul dengan mereka-mereka, secara tidak langsung, pemikiran kita akan menjadi lebih matang dan terbuka. Seriously. This is what happened to me. Percayalaaaaaaa…

girls kelas I (seeeeee i'm at the front)

ni semua pelakon dan moddel iklan buku huahua

my classmates of form four and form five

kami suka amek gambar so what?


mereka yang sering bergila-gila denganku <3


Tetapi percayalah, masuk MRSM memang best wooooo. Wa gerenti lah. Lagi-lagi kalau join MRSM yang bukan di negeri anda sendiri. Boleh merantau beb. Haaa satu lagi satu lagi, MRSM ni banyak program taw. Ada MRSM biasa, ada MRSM Ulul Albab and MRSM IGCSE. MRSM biasa pun dah menarik, apetah lagi MRSM-MRSM lain, juga lagi menarik toksah cerita lah. Ada swimming pool, ada jugak yang provide archery, menunggang kuda, and so on. Oh dan di MRSM jugak, boleh bawak phone and lappy. Err maybe ada sesetengah maktab tak luluskan undang-undang ni, tapi seriously banyak maktab yang benarkan. Best kan? Tak macam sekolah biasa, dan rasa macam dah hidup kat universiti ahaks. Nama pun maktab kan, mestilah kelaaaaasssss sikit kihkih.

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Banyak lagi sebenor-benornya kelebihan masuk MRSM ni, walaupun lokasinya lebih kepada tempat jin bertendang. Hihik.Eh jangan memain dik, MRSM punya tempat cantik taw. Facilities hebat-hebat. Jangan pandang kami MRSM sebelah mata aw. 

Okay I guess I'm gonna stop typing now. Entry yang terlalu panjang dan menyakitkan pandangan mata dengan tulisan cinonet, mintak ampun ler. Haha. Have a good day, people. Thank you for reading my entry!

75 comments:

  1. hikhok.. nice sayangs

    ReplyDelete
  2. Ak suka...haha...btol2...khidupan mrsm sangat menakjubkan...ak dr yg senyap senyoyong, jadi bising sebising2nya..haha...banyak pngalaman n pendedahan baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap seriously. no doubt MRSM will always be in heart kan kan?

      Delete
  3. seronok kan jadi anak MARA. the product of MRSM. sukaa la entry awak! nice to read and to know you Ara.

    ReplyDelete
  4. aku tag muu .. mehla join

    http://pandamatalebam.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-follower-by-hotmasakini.html

    ReplyDelete
  5. hye :) Assalamualaikum , nice entry ara .
    hehe , I bet you missed another type of mrsm . biasa , IGCSE , Ulul Albab dan PKP . nway , seronok baca blogg Ara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yaaaa. lupa lupa ada PKP. hehe sorry and thank you for the comment my dear. keep reading <3

      Delete
  6. Congrats! Tk salah MARA hantar u gi tumpat.. Best of luck

    ReplyDelete
  7. Aku MRSM Baling. Sumpah best. Senior. Suma kabel ngan aku. Cg Ery. Paling gempak. Sumpah bersama. Makan kafe. Bapak lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau MRSM Baling asrama dia bilik ka dorm? Kalau dorm duduk bape orang? Kalau bilik duduk bape orang jugak? Katil double-decker ke? Saya budak tingkatan 1 first batch untuk kemasukan 2014 MRSM BAling..teringin jugak nak tau asrama dia macam mana....

      Delete
    2. hahahah.. welcome to MRSM Baling, akak senior first batch form 4. Goodluck disana. :D
      \(^.^)/

      Delete
  8. biilik dia macam mana? satu bilik berapa orang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu bilik 4 orang , serius heaven gile , katil bujang , takde dabel decker nih , tapi bilik kita ngn orang sebelah macam satu cube , cuma terpisah dengan study carrom je ,

      Delete
    2. Kalau 1 bilik 4 orang satu cube 8 orang asrama macam kat rumah sendiri bos tapi x leh cas dlm bilik lah

      Delete
  9. awk msuk program ape?

    ReplyDelete
  10. Wow,,,buatkan saya nak pergilah.. XD

    ReplyDelete
  11. teringin nak masuk mrsm tumpat, tapi dah tersesat dapat pdrm lol

    aku mohon semua kat kelantan kot :< {except for one, KKB}

    oh hello akak cantik <3 entry akak membuatkan semua budak mrsm nampak ohsem (y) ... mungkin xDD

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, menariknya entry akak! Rasa bersemangat nak masuk MRSM :D

    ReplyDelete
  13. Nice entry kakak . Minat nk masuk MRSM semakin meluap-luap nih .
    Kakak nk tanya . Macammana akak boleh taking photos ? Boleh bawa phone ehh ?
    Mmg lah best nk msk MRSM ni.. but .. kan susah . Nk mohon tu yg susah . Kalau sbp dah tawar , mrsm dh tak tawar kita lagi tau . Hmm ...okehh kak . Thanks for sharing . Sharing is caring . Kann ?
    See akak at facebook ehh : Scha Aisyah . Kalau rajin, add lahh :)
    Akak the best.

    ReplyDelete
  14. Akak ara ..kenapa dh tak reply comment murni kitorang ?

    ReplyDelete
  15. kalau interview dia macam mana ekkkkkk. takutlahhhh lagi 2 minggu or so nak gi interview niiii. soalan iq dia semua?

    ReplyDelete
  16. Haritu saya dapat interview MRSM untuk form 1 2015 Alhamdulillah . Doakan saya dapat ya . terasa nak jejak kaki ke MRSM ni

    ReplyDelete
  17. Mrsm me smka manager nak pilih

    ReplyDelete
  18. Hi akak Ara , i'm from MJSC Gerik and will be transfer to MJSC Tumpat . Tumpat boleh bwj smartphone ke? Yuna tanya sbb gambar akak publish tu. Akak kan Bwp, memang boleh bwk phone ke?

    ReplyDelete
  19. One more, Tumpat ni IGCSE ke tak ?

    ReplyDelete
  20. phone boleh bawa yang mcm nokia sms+call tu je kan?
    &&& lappy tu apa?

    ReplyDelete
  21. Saya menyambung legasi akak di sana 😁 best giloshhhh 😂

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum anakanda... seronok bce sembang2 anaknda disini.. anak auntie bru lepas interview mrsm teknikal di bentong phg beb hr yg lepas. Nk cdgkan dia suh bce entry ni agar lbih smngat. Dia x dpt sbp. Sedih jgk sbb dgr2 kwn yg lain dpt. Auntie pun berharap agat anak auntie tu dpt ke mrsm teknikal bentong ni..mudah2an

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope la sis reply .. I dunno nk g ker idok nih.. Pendaftaran 15 feb nih

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  24. Kiter ni budak kampung so dpt mrsm igcse : huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dapat mrsm apa? Harap harap sama dengan kita ahaha

      Delete
    2. Awak dapat mrsm apa? Harap harap sama dengan kita ahaha

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Mrsm akak ni , form 1 pun blh bwk phone ea? BTW , thanks for sharing pengalaman akak. Suka sgt baca . boleh buat persediaan huahuahua

    ReplyDelete
  28. bestnyaaaaaaa..x sabar pulak :)nak daftar masuk mrsm...

    ReplyDelete
  29. Akak sy dpt mrsm bentong...mmng tngh berbelah bhgi sngt skrng..sy bru f1..ape pendapat akak??

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...
    Memang menarik sekali entry Ara... untie rasa sangat teruja nak anta ank ke MRSM Felda Trolak 15.2.16 ni... Rasanya kalau ank untie x masuk ke MRSM macam 1 kerugian yg sgt besar... Bukan semua org terpilih utk masuk ke sana... Terima kasih di atas perkongsian... Kepada ank2 yg dpt ke MRSM tu, x lepaskan peluang ni... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya pun register mrsm felda trolak 15hb ni...selain anak saya mak nye pun teruja kemain lagi..haha

      Delete
    2. puan maya dan puan ida, anak saya dapat mrsm trolak daftar 6/2/2017 ni..camana anakanda-anakanda puan-puan kat sana? Ok tak? sama tak macam suasana yang ara cerita tu?

      Delete
  31. anakanda akak interview untuk ulul albab tak lepas... dapat tawaran mrsm kubang pasu.... MRSM IGCSE tu kan... huhuhuuu

    ReplyDelete
  32. anakanda akak interview untuk ulul albab tak lepas... dapat tawaran mrsm kubang pasu.... MRSM IGCSE tu kan... huhuhuuu

    ReplyDelete
  33. salam ara...nak facebook id bley ??

    ReplyDelete
  34. Terendak MRSM bilangan monyet sama dgn bilangan budak MRSM...

    ReplyDelete
  35. Terendak MRSM bilangan monyet sama dgn bilangan budak MRSM...

    ReplyDelete
  36. really give me inspiration! thankyou ara :)

    ReplyDelete
  37. Urmmm akak mrsm kuala kubu Bharu ke?

    ReplyDelete
  38. nk tanya hari pendaftaran tu kena pakai baju sklh mrsm tu terus ke

    ReplyDelete
  39. which mrsm do you know allows students to bring phone and laptops

    ReplyDelete
  40. wow this is amazing ! tapi mrsm tumpat boleh bwk phone ke ?

    ReplyDelete
  41. Klu bmi xcukup boleh masuk mrsm ke

    ReplyDelete
  42. Mrsm ni maktab dia ok. Cuma nasihat saya kepada mereka yg nak join Mrsm, jangan expect banyak sangat. Pelajar Mrsm pun manusia biasa. Staf dan guru apatah lagi. Kalau korang join Mrsm semata - mata atas nama, baik betulkan niat. Lagi satu, kepada mereka yang obses kat smartphone, better takyah apply Mrsm. :)

    ReplyDelete
  43. BEST ENTRY KAK ARA.... NI BG SEMANGAT KAT SY NK MASUK MRSM ... SY BATCH TAHUN DPAN MRSM KOTA PUTRA. .. :-D

    ReplyDelete
  44. boleh bagi penerangan subjek mrsm igcse, please....saya ni xlah terer English sangat wlpn upsr bi A, ada sape blh bg pandangan ke....please, please

    ReplyDelete
  45. Saya baca ni pasal baru dapat tawaran mrsm je .... Macam best je nk pergi lahh

    ReplyDelete
  46. Nice entry! I'm gonna join MRSM NOW

    ReplyDelete
  47. Kak sempat x dengan batch royal bee

    ReplyDelete
  48. sumpah MRSM IS THE BEST SCHOOL LAH...i miss so much my high school which is MRSM KUALA TRRENGGANU

    ReplyDelete
  49. Kakak bolehkah kita boleh bawa telefon ke mrsm tingkatan 1????

    ReplyDelete
  50. Kakak bolehkah kita boleh bawa telefon ke mrsm tingkatan 1????

    ReplyDelete