Monday 31 December 2012

eight months with you :)

Assalamualaikum.
Selamat petang Malaysia.
Selamat berhari terakhir for this wonderful 2012 :)

Untuk post harini, I wanna share bout my penyakit. Tiba-tiba hati terbuka untuk bercerita dan berkongsi dengan semua yang membaca blog ini, tentang me and SLE.

Apa itu SLE? I rasa, most of you tak pernah dengar langsung. This disease is rarely heard among Malaysian, so I tak hairan kalau you guys and girls tak tahu. It’s okay. Lemme tell you more about my SLE yang sudah bertapak di dalam tubuh ini hampir lapan bulan J ek? pejam celik pejam celik, dah lapan bulan rupanya encik SLE wujud dalam my diary.
Apakah SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

I am in the SLE type. Excessive antibodies may effect my other important organs, for example kidneys, lungs, heart, brain etc. So far Alhamdulillah masih terkawal. Waktu mula-mula didiagnos dengan SLE, I had a little kidney problem, I guess my kidney wasn’t functioning good, mungkin disebabkan pengambilan ubat yang mendadak-dadak banyak tak terkira oleh kuku tangan mahupun kuku kaki. Secara tiba-tiba pulak kan, so my kidney macam dapat shock lah sikit kot.

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

And because of that, I don’t wanna depend on the medicines. Mintak maaf for those yang sudah penat memujuk Cik Syahirah Ghani to consume the meds regularly, according to the doctor’s prescription, I cant. Im not being stubborn atau apa-apa yang lain, tapi, I takmahu tubuh ni sentiasa menerima pelbagai jenis ubat, yang bagi pelbagai jenis side effects, dan seterusnya membawa kepada pelbagai penyakit lain. Nauzubillah.

SLE bukan sejenis penyakit berjangkit. Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan membahayakan nyawa!

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis (I have this one!)
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu (I have this one!)
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit (I have this one!)
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut (I have this one!)
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka (I HAD this one)
- Kiraan darah putih yang rendah (eh sangat pelik. My white blood cells reading tinggi taw)
- kiraan platelet rendah (I have this one!)
- Sawan
- Gangguan urat saraf.(this one ada sesekali menyerang)

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.


Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit (ESR)  merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLEyang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLEingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)


So far, I’ve been battling very well with SLE. Dulu, yes, I was very kecewa with myself, menyalahkan takdir kenapa harus benda ni terjadi. Yeah since before I was a very active person, orang tengok pun selalu sihat walafiat, gelak-gelak, main tu main ni. Tapi bila dah ada SLE plus rheumatoid arthritis (sakit sendi), pergerakan jadi terbatas. Dah nama pun sakit kan hihi J  tapi takpe, I’m okay with it now, dan tak kisah sangat kalau orang tanya pasal my SLE. Cuma satu, since penyakit ni sangat jarang berlaku, so orang pun jarang dengar, orang macam tak tahu pape taw. Susah sangat to explain most everything about my SLE kepada orang lain, sebab diorang pun tak tahu apa yang jadi, apa yang I feel kalau sakit.

I don’t know how to explain what I feel if I rasa sakit. Paling teruk pernah rasa adalah bila tak boleh bangun pagi. Stiffness itu adalah perkara biasa dimana tubuh tak dapat digerakkan, kejang and so on. Waktu macamtu, rasa macam lumpuh tetapi sakit. Alhamdulillah, now I dah tak mengalami keadaan macamtu, mungkin disebabkan dah tak payah duduk asrama (tempat tinggi, kena panjat tangga banyak, berjalan banyak) Bila duduk di rumah, berjalan pun kurang, tak penat sangat, so sakit tu macam kurang lah datang. Oh ya, my penyakit dikategorikan sebagai SLE sebab I dah memenuhi kriteria SLE. Rheumatoid athritis adalah yang paling obvious, besides than osteoporosis, radang sendi, rashes dekat muka, photosensitive to light and anaemia. 

KAMUS SLE
Rheumatoid athritis - salah satu penyakit sendi selain daripada osteoathritis dan gout
Osteoporosis - keadaan di mana tulang semakin poros dan rapuh, mungkin juga disebabkan oleh pengambilan steroid
Radang sendi - keadaan di mana sendi di bahagian tubuh mengeluarkan bunyi dan menyebabkan sakit
Rashes - tompokan merah di bahagian muka terutamanya, yang membentuk figura rama-rama. 
Photosensitivity - penerimaan cahaya matahari yang terlalu banyak menyebabkan sel di dalam tubuh meningkat, seterusnya menyebabkan sakit or something (not so sure hehe)
Anaemia - keadaan sel darah merah yang tidak terbentuk dengan baik menyebabkan haemoglobin yang mengangkut oksigen berkurang, membawa kepada semput-semput dan kekurangan oksigen dalam tubuh

Soalan yang biasa ditanya is, ‘Eh sekarang ni kalau tak buat pape, kau rasa sakit tak?’ And I will always answer with, ‘Sakit tu memang ada, mencucuk-cucuk di jari, di setiap sendi. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang sakit sikit je. Alah bisa tegal biasa. So most of the time I ignore je and continue with my other routine.’  My answer may sound damn berlagak, tapi for me, it is my way to motivate myself so that I would never feel lemah semangat and so on. Harus kuat. Yeah! Waktu mula-mula dengan encik SLE, rasa macam lemah sangat, yelah menangis menangis dan menangis je kerja. Masa tu sakit agak kuat, maybe because of my negative thoughts yang banyak mempengaruhi kadar aktif encik SLE. I learned from that, and now, here I am, having my life normally as before (except for having tangan dan muka yang berbeza dari dulu haha)

Setakat ini, Alhamdulillah my brain is functioning well (cuma ada sedikit masalah kalau melibatkan ingatan yang terlalu tough), my kidney is okay, jari-jari masih mampu memegang sesuatu walaupun susah sikit nak genggam, heart and lungs are doing good, and Alhamdulillah, everything is okay with me. An advice for me, just believe in yourself that you are okay, and Allah is always 24/7 with you :)

Till then, thank you for reading my entry!

p/s: click here if you wanna read more about SLE. English version.

Saturday 29 December 2012

holi holi


Assalamualaikum.

Agak malas meng-update blog kebelakangan ni. Apa kes? Entahla. Sometimes, I rasa 24 hours is not enough for me. Padahal duduk rumah takda buat apa pun =,=

And a few days ago, cuti kan, so pegi berjalan-jalan makan angin, habiskan duit kihkih. Percutian satu hari ke Cameron Highland, dengan harapan feeling ke overseas lah kot. Hikhik. We went there not so early in the morning, and reached there around noon. Macam biasalah kan, bila pergi Cameron, minum teh, beli strawberi nyumnyum, beli souvenirs blablablaaaaa. Tengok gambaq aje lah, kemalasan nak menaip. Hehe












Sejuk toksah cakap lah. Walaupun memang for those normal person, takde sejuk sangat pun, tapi for me, alahai menggeletar. Sendi-sendi semua mengecut, contraction you know. Tangan pun apa lagi, berputih-putih lah semuanya. So kiranya memang there is no hope to further my study abroad :( takat Cameron Highland yang suhu berapa sangat pun dah kaku tubuh badan ni, haish, lagilah kalau pegi overseas yang sejuk tahap negatif. Takpe, redha ats apa yang ditetapkan oleh Allah, dan menikmati kebahagiaan  hidup yang dikurniakan.

Setakat ni je entri, menaip sangatlah malas sekarang. Busy pun busy. Busy buat design craft kot. Haha.
Salam.

p/s: Sorry baru update entry. Padahal beria buat teaser kononnya nak post sehari lepas teaser tu. Ngahahahaaaa. 

Tuesday 25 December 2012

Wordless Wednesday : Happy

“I was smiling yesterday, I am smiling today and I will smile tomorrow. Simply because life is too short to cry for anything.” 

Monday 24 December 2012

a quote for Monday

Assalamualaikum.

Nah had been offline for ages rasanya. Okay so today is Monday. I nak buat every Monday as a day for quotation yipee yipeeee. Since I've been so delighted with so many things that I only wanna keep it to myself, so I rasa macam this is the best quote. Ngaahahahaa. 

For you,

"I never thought of loving someone far from my ideal man, but when I saw you and as I laid my eyes on you, I can't help myself but falling in love with you."


Thank you.

Monday 17 December 2012

I was a Barbie girl once...

Assalamualaikum.

When you read the title, you must be thinking of Ara's becoming a princess just like Barbie. Pagi tadi tengok cerita Barbie dengan my anak-anak saudara. Hihi.Tiba-tiba teringat kisah zaman cinonet dulu. Suka main anak patung Barbie. Ape kes entah. Padahal dulu agak kelelakian, tapi yang tak boleh blahnya main Barbie dolls huahuahuahuaaa.



I can't remember how did I start to love playing those kind of girly thingy. Mak aih. Barbieeee pulak tu. Pinky yang teramat pinky. Dahtu pulak, in Terengganu, takde nye nak jual Barbie bagai. Yang ada cuma anak patung yang muka bulat, hidung bulat, pastu rambut kerinting keras macam bulu penyapu. Haha. Bila terjumpa kat mana-mana cuma jeling jee, amboi sombong gila. But whenever we got to go to KL, ha mulalah start merengek nak anak patung Barbie yang sangat menjadi kegilaan ramai waktu dulu-dulu.

Bila dah beli, dah dapat, mulalah nak buat pelik-pelik dengan dolls tu. Mekap pakai krayon lah, ape lah. There was once, I cut the hair. Rambut Barbie tu seingat I lah, blonde, memang lawa dan sesuai sangat. Tapi entah hape yang dipikirkan dulu, I cut the very blondie hair sampai lah pendek ketot. Huahua. Dan akhirnya nampak sangat hodoh (kesian si Barbie yang tak bersalah) Oh dan masa tu memang zaman kegilaan Barbie, banyak gila beli sampaikan dah tak ingat berapa ekor. Siap mintak nak lengkap dengan rumah dia tu. Ala, rumah besar warna pink yang dua tingkat, barulah boleh muat banyak Barbie kat dalam tu. Hihi. Sedar-sedar bila dah besar, every pieces of the dolls dah takde. Gone. Perfectly gone.






Permulaan kepada lenyapnya satu persatu Barbie-Barbie tersebut bila once upon a time, masa tu bulan Ramadhan. It was raining outside. And I was playing with the dolls (ada seekor tu cantik sangat, with a pair of baby blue heels whoaa) when suddenly one of my abang said, 'Eh tahu takkkkk... Anak patung boleh gerak taw.' LOL (muka tak percaya gila) Dahla sebelum-sebelum tu, there was this one children story, yang lebih kurang Toys' Story, tapi bukan Toys' Story. It was about anak-anak patung pelbagai rupa ada dalam satu kedai or satu rumah (dalam satu tempat yang sama lah), and they had a war. Kinda scary. Ada anak patung yang gerak-gerak pi kacau orang. Ada anak patung yang kena tembak, pecah kepala, habis keluar isi semua. It's not a horror movie, tapi macam scary sebab waktu tu, cuba bayangkan, umur baru dalam nam tujuh tahun, apalah yang tahu sangaaaattt. Hihi

So disebabkan oleh what my brother had said, jadi macam teringat-ingat. And the most horrifying thing happened bila malam selepas tu, the baby blue heels hilang dari kaki my Barbie! Hilang! I didn't even know where did the heels go. Seingat I, I never took off the heels from its kaki! Tak pernah pun cuba-cuba untuk tanggalkan walaupun heels dia banyak. Huuuuuuuu. So bila dah jadi macamtu, uwaaaaaa I thought my abang was right! He was not lying about it! Oh myyyyyy :(

I was so scared, but I didn't dare to tell anyone about the lost. Lantaklah. Tapi kadang-kadang, sebab hal macamtu dipendam sendirian oleh seorang kanak-kanak yang masih kecik ketot, so malam-malam dapat lah sebijik dua nightmares. Sobs sobs. See, betapa menderitanya batinku menanggung ketakutan terhadap patung yang bergerak. Uuuuuuuu. Scary! Dahla tak lama lepas tu, terjumpa heels tu! Bawah sofa, you ollss tahu taaaaakk!!!! Scary mak aih. Pemikiran si ketot pada masa tu, memang dah confirm patung boleh bergerak. And after that, I asked mother to keep all the dolls away. Entah apa nasib benda-benda patung tu. Dah ke mana, I never wanna know. Hihi.

So siapa yang suka main anak patung tu, hati-hati. Mungkin hidup awak-awak akan diselubungi.....
MISTERI.....

Friday 14 December 2012

SEBUAH PERSAHABATAN...a story of us

Assalamualaikum.

Okay takda cerita sangat. Tapi I still wanna post something. Since I've been missing college, friends and so many things in Tumpat, so this is a story of us.

this was my aspuri :)
Since takde orang nak halang kitorang daripada keluar pegi mana-mana, nak balik pukul berapa, so kitorang macam naik lemak gila kot. Haha. Peraturan memang sah-sah lah sendiri punya, tak kisah dah makcik guard yang garang kat depan pintu pagar tu nak cakap apa. So the story started. First week SPM, paper terakhir untuk minggu tu ialah Mode Maths. Bahang bebas semakin terasa muahaha (padahal baru merdeka first week) I can't really remember what happened after the last subject for the week. Tapi as I could remember, memang kitorang berjoli tahap gaban lah. I met my LPP back, so macam kecoh bapak gila lah bila kat dalam bilik. Haha. 

tiup belooooonnn
tiup lagiikkkk
from left : Jana and Anna
Petang-petang keluar pegi pantai. Malam pulak selamba pegi order makanan luar. Konon makanan kat dewan makan tak best hape kebenda lagi entah (tapi memang tak sedap + tak bersih pun muahaha kejam gila kutuk). Detik 11.30 malam dah bersiap lepak atas katil, getting ready to watch a movie. Sempat lagi berebut nak tengok movie apa. Hahahaa keseronokan melampau! The most exciting part bila keluar ke pantai setiap hari. Ara kan sakit lutut, boleh ke berjalan? Ngehngehngeh. Bila dah kehendak, memang gagah kot. Sanggup berpeluh ketiak berjalan atau berbasikal ke pantai :)

jalan-jalan ke pantai (sambil bercakap telefon ihik)

payung itu wajib ^_^

It's fun, double triple fun when you are living with your friends, with no rules and regulations. You do what you wanna do, and you get what you wanna get. Awesome living rite? Ha yang awesome living tu lah yang membuatkan we olls LPP mencuri masuk ke asrama lelaki pada suatu hari. Hihihihi jangan maraaaaaahhh banggggg :D

So nak dipendekkan cerita, ada satu hari tu, we decided to go out. Me, Jana, Lisa, Qielah and Anna. At first Anna didnt feel like going, tapi kitorang pujuk rayu serta paksa and yeah dia nak pergi. Oh yea, pagi tu, adelah a little batch meeting dengan pihak pengurusan. It was like a motivational session kot. And it was the second week of SPM. Bila dah habis, kitorang pun macam bergegas gila masuk dalam asrama, tapi terserempak with my best boy friend Soleh dekat hallway. We told him we were about to go to Jana's house at Pengkalan Chepa, and no doubt, he looked quite interested. Haha. And he said, he wanted to join us. Oh yay!

So punya lah get ready nak keluar. Tapi yang lelaki asyik tangguh je. Nak lunch dulu lah, ape lah, tengah mandi lah. Haiya. Guys are always like that eh? Mengalahkan perempuan bila bersiap. Cait. So finally, it was nearly afternoon masa tu, so kitorang memang siap-siap tempah van and yeay perjalanan diteruskan. 12 persons you knowwww. Masa tu agak gelabah sebab ramai yang duit ada dalam bank (alah senang cerita takde duit haha) and we all tak tahu nak bayar pakcik driver tu macamana. Last-last bila dah sampai kat satu supermarket dekat Pengkalan Chepa ni lah baru ramai-ramai pakat gi withdraw duit beriban-riban youuu olls. Huahua. I was like what when the pakcik said 'semua sekali lapan puluh empat ringgit.' Hoi terkejut mak nenek engkau mahal cekadak macam tu. Mujur ada duit riban-riban, kalau taaaaaaaakkkk....

Kemudian terus ke surau. Solat itu tiang agama dik. Sejauh mana pun perjalanan, seluas mana pun pemandangan, solat itu perkara utama. Ingat ye wahai awak-awak semua :) Oh tapi sempat lagi we olls amek gambar kenangan beramai-ramai. Mak aih, terasa macam buat cover album kumpulan Kpop je. Hikhik


Okay perjalanan diteruskan untuk mengisi perut. Di mana di mana? Tentulah di Pizza Hut! Since kitorang boleh redeem voucher yang masuk pertandingan buat majalah haritu, yang ramai gila dapat voucher tu, so takkan nak membazir kan? Hihi. Bila dah duduk, lepak, tetiba rasa lain macam. Apasal? Ada satu meja tu, not to condemn them all, tapi masyaAllah bisingnya dorang duk bergelak ketawa. Apa kau ingat ni kedai kau? Sabar jelah. One more scary thing, the workers macam pelik gila. Agaknya semua tengah datang bulan kot haritu (padahal pekerja dia bukan setakat perempuan hahaha). Semua macam muka masam gila, senyum pun tidak, dah tu pulak hempas-hempas pintu, ape kes? Haish luckily we olls buat tak tahu je dan terus menikmati rezeki yang ada di depan mata.



from LEFT : Hazwan, Soleh, Za'ba

delicioussss


Encik Ahmad Barr

me and Abang Barr <3


kau pehal bro?

Bila dah kenyang, cepat-cepat beredar dari lokasi menyeramkan tersebut. Haha. Alhamdulillah. Terus bergerak ke supermarket konon nak intai-intai barang. Masa tu, the only feeling that I had, 'eh kita semua ni nak cari barang dapur eh?' haha. Perasan duduk serumah. It was cool. Super cool. I can't imagine kalau kitorang duduk serumah (tolak lelaki lah), oi memang confirm seronok nyaaaa <3 So round punya round, kaki pun dah start buat hal, then we decided to just go to Jana's house. Tapi sebelum tu, picture timeeeee!




Jana said her house was just a few metres from the supermarket, tapi ternyata tidaaaaaaaaaaaaaaaaaak! We had to walk and the worst part was they left me behind sobsob. Mujur ada seorang lelaki gentleman menjadi penyelamat yang menemankan diriku tatkala keseorangan. Ececece. It was a very scorching day, kepala dah berdenyut menahan kepanasan, dengan kaki yang longlai sakit, berjalan jugak lah demi kawan-kawan. Kalau ikutkan I can't walk under the sun, sebab bila kena panas, doctor cakap my skin is photosensitive to light, akan merangsang sel dalam tubuh untuk menjadi semakin aktif. Huhu. Masa tu dalam kepala cuma terfikir, apa akan jadi bila dah terlalu banyak kena panas. Yeah my friends, they didn't even know that I tak boleh kena panas. Tapi takpelah, demi kawan-kawan I became stronger and finally sampai di rumah Jana. Alhamdulillah. Berehat-rehat, mandi, solat, keluar borak-borak dan makan. 

Kalau ikutkan hati haritu, dan kalau tak difikirkan kelas Chemistry pada esok hari, confirm we olls dah lepak and tidur kat sana je. Tapi alangkah sedihnya tak dapat nak buat macamtu. Uuuuuu. Seronok sangat bila pergi sana. It made me feel that we're home. Home sweet home. Takde lah terperuk sangat kat hostel. Malam tu lepas maghrib, we olls pun berangkat pulang ke maktab. Sedih nak tamatkan memori hari tu, sedih nak jadi tawanan perang sekali lagi, dan sedih bila nak pisah dengan kawan-kawan semua. 

Sekarang semua dah buat haluan masing-masing. Tapi kenangan sentisa akan berada dalam hati. Sayang semua <3

SPC punya cerita

Assalamualaikum.
Selamat malam Malaysia.

Malam ni tergerak hati nak update blog sikit. Well not too much maybe, but I just wanna say what I really wanna say. Sedih bila tengok kawan-kawan semua berbahagia dengan keputusan SPC dorang. Ramai yang dapat feedback positive. Most of them dapat Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan ada yang peluang terbuka di depan mata bila dapat further study ke University of Nottingham, United Kingdom. Untung kan?

This is what we call rezeki. Rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Untuk sesetengah mereka yang dikehendaki-Nya. Dan mungkin for those who didnt get it, and didnt even apply (termasuklah I), Allah telah menetapkan sesuatu yang lain bagi kami semua. Yeah, feeling envy is normal, deep in heart. My heart feels the same too. Yelah, siapa yang taknak peluang terbaik macamni? Bukan senang nak dapat, dan bukan senang nak pergi belajar way more earlier than other students.

Me? I didn't apply. Kenapakah? Sebab kos yang I really want is not being offered for the fast-track programme. At first, I was damn kecewa bila my counsellor said English is not in the list. Mungkin pihak atasan MARA berpendapat bahawa budak-budak MRSM tak berminat for those kind of course, I mean yang related to language, so they decided not to offer the course anymore. I pretended to be cool, that I helped a lot of my friends yang nak buat essays for SPC, and also for the resumes. And yeah, now, I am soooooo glad that they finally got what they really want! Tahniah for them <3

Oh ya, for those yang tak tahu what am I talking about here, SPC tu adalah singkatan for Skim Pelajar Cemerlang. Program khas Pra-SPM ni is just for MRSM students' only. Maksudnya, for those yang terpilh, they get the chances to be in universities earlier than others. Really really early. Untung kan? So they get to graduate early (if tak sangkut kat mana-mana semester lah), and get fabulous jobs early! Tu lah untungnya bila masuk MRSM wahai awak-awak semua. Huhuhu

And kepada yang dapat tawaran tu, I just wanna say


Congratulationss :)

Wednesday 12 December 2012

OUR ANNUAL BARBECUE

Assalamualaikum.
Selamat hari khamis :)

Hihi. Semalam tak sempat nak post apa-apa since I had to go for my medical appointment dekat HUSM. And macam biasa balik ke rumah dengan ubat yang berlambak-lambak. Okay tutup cerita pegi appointment. Fullstop. Orang nak cerita pasal annual barbecue ni.

Setelah berbincang dengan sorang kawan ni, we decided to throw on such a barbecue. Venue = nearest beach. Wah rasa macam excited gila since we got to have a gathering again.  Oh persoalannya, siapakah ‘we’? Okay this barbecue thingy was an idea to gather my ex-classmates, lebih spesifik lagi, my best buddies di sekolah lama sebelum berpindah ke MRSM. They were my closest friends, hang out sekali, picnic, ponteng hari sukan dan segala macam benda lah kami buat sekali. Hihi. Bila ramai yang dah pindah (some went to SBP, and some went to MRSM) alahai susah gila mahu jumpa. Kalau jumpa pun, ade je dua tiga empat lima nam orang yang tak cukup. So supposedly, this is the best time to sit together and share stories and terus gelak-gelak. Yay!

So petang dua hari lepas, selepas Asar, me and my best girl Alia, went to the pantai where we decided to do the barbecue thing. Two years ago, we had it once, after PMR, and that was why I called it as our annual barbecue. Tahun lepas je tak sempat nak buat since sibuk gila cuti pulak pendek ketot. Bila sampai kat pantai, wosh tengok gegirls je yang ade. Boboys langsung tak nampak batang hidung apesal? Amboi rasa menyengat jugak mula-mula bila terpikirkan cait budak laki takda pun ape kehey? Tapi mujur jugak dorang datang, dengan membawa pelbagai barang yang diperlukan. Tetiba je I rasa macam dah besar gila wooo sebab I could see there were some of us yang bawak kereta sendiri. Padahal baru je rasa macam sedang bergurau-gurau sambil berkejaran dalam kelas dan langsung tidak menghiraukan orang lain. Ahaha. Kiddo betol. Dan tanpa sedar, kita semua dah besar. Besaaaaaar!

menggerbang tudung bila ditiup angin kehkeh

gegirls

kawan sehidup semati, Alia


Okay cut that out, Ara. Dan-dan time tu lepas Asar kan, boboys pulak datang lambat, berangkut-angkut, so macam take time jugak lah untuk hidupkan api. Kitorang gegirls ni duduk lepak-lepak je atas tikar, share stories, gossips, alah macam biasa lahhh kaaaannn. I felt a little bit of kesian lah sebab boboys je yang berhitam tangan main dengan arang sedangkan kitorang yilek je. Hihi. Tapi I didn’t know what I supposed to do since I tak pernah pulak try buat my own fire (kalau time camping, orang lain yang buatkan hehe) And kesian sangat sebab punyalah dorang berpenat menghidupkan api, tapi yang agak kurang bertuah sebab masa tu dah pukul enam so macam dah lewat lah. Ayam barbecue pulak belom dibakar lagi. Kesian lagi sekali sebab boboys jugak yang bakarkan, sorry ye abang-abang handsome semua. Ara tak tahu nak tolong cemane huhu. Bincang punya bincang sambil membakar ayam, masa tu dah lewat, matahari pun dah macam nak terbenam je (wow sunset cantik Subhanallah) akhirnya decide nak stop membakar. Bila jeling ayam dalam plastic, alahai banyak lagi yang tergolek tak dibakar. So we decided to continue our barbecue at my house. Haha
boboys membakar (kesiaaaaaaannn meh nak lap peluh meh haha)

from LEFT : alya, scha, emy, cuci, yaya 


i love you so much babyyy

Seperti biasa, my house je yang jadi tempat lepak for my buddies. Takpe, tak kisah pun, there’s no one in my house except for my ayah dan mak. My abang kerja, so? So okay je laaaaaaaaa. So kitorang pun kemas-kemas, sumbat-sumbat barang dalam kereta and meminta jasa baik si driver untuk hantar me and Alia to the nearby hypermarket. Nak beli rempah kot. Ape kes? Ihik. Biasalah first try I buat rempah barbecue mengikut adunan sendiri, so macam kurang menjadi tetttttt. Si budak Arif asyik cakap ayam macam kurang rasa, tapi dalam ramai-ramai cait dialah yang tak menyempat-nyempat mahu makan. Huahua. Balik rumah around maghrib, ihik kesian abang driver kena hantar kitorang dan tak sempat ke surau. Sorry sorry.

Sampai kat rumah, ha amek kau lipat lengan baju, jom gaul ayam sekali lagi. Alia and I, we really had fun doing that gaul-menggaul. When we tasted it, fuh Alhamdulillah memang tantalizing kot. Ha baru puas hati sebab dapat pegi beli sendiri rempah yang sepatutnya (before that my kawan yang ulang-alik pegi beli rempah and he’s a guy so macam tak tahu sangat kot nama rempah yang sepatutnya dipakai) Tak sabar-sabar tunggu nak bakar, nak tengok sape yang makan paling banyak. Aha.


Bila boboys dah datang lepas maghrib tu, terus siap-siap tempat untuk membakar, dan bakaaaaarrr!! Gegirls lain macam rilek jelah, tak buat pape so goyang kaki dan sambung cerita. Me and Alia lepak sekali ngan boboys, kesian jugak dorang duk bersusah-susah bermain api. My mak was there, berbual-bual sambil tengok anak-anak dia membakar, and it was fun. Bila dah siap, yay, makan time! Ada mihun goreng, fries, sausages. Air laici. Alhamdulillah rezeki. And Alhamdulillah they all were satisfied with the ayam barbecue. Joy J



So bila dah makan-makan, sembang-sembang, kemas-kemas, balikkkkkkk. Dan kemas-kemas again. Tidur.



Tamat ceritaaaaaa :)

Sunday 9 December 2012

cerita annual dinner...





Assalamualaikum.

Updating blog again. For today. Memandangkan semalam tido lambat, dan harini pulak hujan yang renyai-renyai di bandar Kuala Terengganu, punyalah syiok tidoq. Maka terjadilah suatu mimpi. Mimpi yang indah dan tidak indah. 

I handled my Felix Exitus Annual Dinner again!

Okay yang sebenar-benarnya adalah annual dinner tu dah berjalan dengan lancar beberapa bulan yang lepas. Aha. A few weeks before SPM. 15th October 2012. And this real annual dinner sangat membuatkan I berpuas hati because I could handle most of the planning, the activity, sehinggalah orang lain pun tersenyum girang. Everything went great except for the hotel terrible food. LOL.
menyiapkan kertas perhatian yang akhirnya tak pernah diedarkan ke mana-mana kelas haha

cak!

segala jenis misai yang dibuat for AJK annual dinner <3


sewaktu proses mengambil gambar batch di dewan <3 (dorg ni my classmates)

EXCITED!

my best friend Soleh sebelum event bermula <3

the guyssss

photoshoot sebentar di red carpet!

datin-datin terhormat :D
memartabatkan pakaian tradisi :)


sesi potong kek (ketua batch Felix Exitus and pengetua)
so you think you can dance?
Queenie <3 Jana comeyy




hehe
ade peminat misteri bagi bungaaa youuuuuu <3

best student jadi calon Prom Queen :)
tadaaaa

with girl friend, Nana Bella




with boy friend, Nik Mer
hye it's me!

macam artis youuuuu


hik.
AJK Annual Dinner <3


Seronok kan when everyone showed their happy faces? At first when ramai yang dengar kata takmau pergi this very meaningful event, we (the AJK) rasa sangat macam nak mengamuk. Grrrr T__T

Handling this big event, yang mungkin akan sentiasa dalam ingatan semua orang, sangat memenatkan. Maybe yang tak terlibat dengan AJK thingy tak paham, but sebagai orang yang sentiasa berkepit dengan buku perancangan (yang akhirnyaa koyak rabak haha), I sangat harap all of my friends memahami dan cuba untuk bekerjasama pada waktu tu. Bayangkan dari sebelum exam Trial MRSM lagi kitorg dah buat meetings for annual dinner. I felt sangat depressed time tu, dengan study yang entah ke mana, annual dinner berselirat dalam otak, argh rasa macam nak berhenti sekolah je. Tapi bila mengenangkan kawan-kawan yang sangat mengharapkan benda annual dinner tu berlaku dengan jayanya, I gagahkan diri. Tidur lewat. Ponteng prep. Dan sebagainya. Sampaikan pernah fikiran melayang-layang sewaktu berada di surau (ya Allah, ampunkan hamba-Mu) gara-gara berfikir tentang event tu. Huhu

A few days before the annual dinner thingy, macam cikai je balik hostel around 1 o’clock. Haha. Maaf lah tak dengar kata warden (because we the girls should be inside the aspuri before 1130) Annual dinner punya pasal, habis segala peraturan dilanggar. During classes pulak, tiba-tiba my class jadi macam tempat meeting. Orang tu datang, orang ni datang, ramai lah yang datang pendek katanya. Kecoh sangat while preparing for the annual dinner, sebab most of the AJK rujuk I if they had questions regarding their kerja. Alhamdulillah everyone did their best part to settle most everything. And also praise to Allah for giving those dedicated friends who did not mind at all to devote their time and usaha <3 Dan akhirnya, annual dinner berlangsung dengan jaya! Alhamdulillah J

FRIENDSHIP, LOVE AND MEMORIES FOR ETERNITY
Susah senang dihadapi bersama. Suka duka dikongsi tanpa mengira status sosial. Pelbagai kenangan sentiasa di hati. Mengajar semua erti kehidupan.

Oh dan berbalik kepada kisah mimpi yang I had last night, oh myyyyyy. Mengerikan. Annual dinner kali kedua, temanya adalah seni tradisi kalau tak silap. So everyone macam pakai traditional outfits, baju kurung, kebaya, baju melayu. Nice. But once again, I had to be one of the penyelaras, tapi tak ingat sangat apa yang terjadi. Macam havoc gila keadaan time tu. Persembahan tak jadi. Makanan takde. Uuuuuuuu. Scary sangaaaaaaaat! Nauzubillah ;)

For your information, I dah 3 malam berturut-turut bermimpi. Kalau ikut kata orang tua-tua, sebelum tidur basuh kaki, I did it already. Mulut pun dah terkumat-kamit membaca apa yang patut dengan niat supaya Allah melindungi diri sewaktu tidur. Wallahualam. Tapi berdasarkan mimpi semalam, yang dinner dinner tu, gara-gara seorang kawan ni. He is studying in Johor now, future architect insyaallah. Semalam dia ada bercerita pasal annual dinner dorang, and I manager to take some look at their pictures. Mungkin sebab tu lah kot yang terbawa-bawa ke tidur. Haha xD Mujur tak sleepwalking ajeeeeee :D

Okay entry yang agak panjang harini. Sekian saja. Terima kasih J