Saturday, 20 April 2013

SLE Diary : Hospital lagi......


Assalamualaikum.

Akhirnya kembali menaip setelah berhari-hari duk postpone. Habis tergendala segala idea. Seriously agak malas nak bukak laptop, aktifkan dulu broadband, klik Google Chrome, pastu masuk dashboard blogger, pastu baru boleh taip entry. Taip entry satu hal dah, pastu nak publish lagi, ambik masa kau tahu tak. Alangkah indahnya kalau boleh je publish entry straight away dari kepala otak ni je. Wuwuwuwu alangkah indahnyaaaaa...

Okay serious. Entry hari ni nak ceghita pasal appointment di hospital semalam. This is berapa kali punya appointment entahla tak dapat nak ingat mwahaha.

So bermula lah pagi semalam dengan penuh kecohnya sebab me, my mak and my abang tiga-tiga ada appointment dekat HSNZ. Breakfast pun sekadar milo dan crackers sebab nak kejar masa punya pasai takut ramai orang dekat hospital.

I was supposed to do X-Ray, Echo and jumpa doktor kalau ikutkan jadual appointment semalam. So selepas je mendaftar, amek nombor, terus pergi ke Bilik X-Ray utama. Itu hari time admit ward, I did the X-Ray alread so I macam a little bit confused lah. 'X-Ray ni kena buat ke tak... Kena buat ke tak...' And I asked the officer dekat kaunter pertanyaan and yay yay takyah buat X-Ray dah! Sebab result X-Ray haritu semua dah complete Alhamdulillah. So hape lagi, terus berjalan dengan pantas ke tempat yang sepatutnya. Dalam hati dah agak ni confirm balik lambat sebab dapat giliran lambat. Sabau ajelahhhh kann.

Dapat nombor, tunggu punya tunggu punya tunggu (adelah dekat dua jam uwargh bosan gila you know), akhirnya kena buat Echo dulu. For your information, Echo ni adalah satu test untuk menguji keadaan jantung kita. Alhamdulillah everything went fine except for the fact gua malu gila dengan nurse-nurse :P
Lepas setengah jam bergelumang buat Echo, terpaksa pulak tunggu sekali lagi giliran nak jumpa doktor. Lama gila. Memang sumpah asdfghjkl lamaaaaaaa. Dahla ruangan menunggu tu sejuk yang teramat sejuk. Haku ni memang sentiasa dipandang pelik, sebab pakai sarung tangan pink kahkahkah. Pastu lagi orang pandang pelik bila pakai mask. Yang tu perasan sangat. Sebab kalau kat ruangan menunggu tu, takde sorang pun hamba Allah yang pakai topeng muka. Even the nurses, dorang sendiri tak pakai. So wat lek jelah gua mampu.

And sejam kemudian, baru lah jumpa doktor pakar. Yay yay! Sukanya sebab ada Dr Asmah sekali. She's so interesting omaigodddd. She's nice, I mean super-duper nice and cara beliau speaking pergh memang senang je telinga aku nak menangkap perkataan-perkataan yang beliau gunakan. Sebenarnya the doctor incharged is Doktor Fazirah and she's nicee too! So dorang berdua ni tanya perkembangan diriku, and so on so on lah.

And the check-up really focused on my kaki since I told the doctors my lutut, tumit and jari kaki, they are not really good. Sakit-sakit. So they did ultrasound, and the result said so, keadaan kaki ku tidak berapa memuaskan.

Tapi.... Berita gembiranya adalah ubatss dimaintainkan yay yay yay! Alhamdulillah. Yang ditambah cuma painkiller untuk kaki. Dannnnn, Alhamdulillah setakat ni jantung, paru-paru, hati dan otak masih lagi dalam keadaan baik :)

Doakan diriku dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Dan supaya Allah mempermudah segala urusan kehidupanku, urusan kesihatanku, urusan pembelajaranku, urusan kewanganku, urusan keluargaku, urusan jodohku, dan urusan kematianku. Amiin!



Sekian, Assalamualaikum!

p/s : ini adalah draft bertarikh 18 April 2013 sebab tak dapat nak publish internet gua sangat mnyakitkan hati tsk tsk

5 comments:

  1. wish u were fine dear ...
    makan ubat tu bebanyak ckit !
    jangan overdose dah lah ...
    sihat sokmo tau !!!!
    :)

    ReplyDelete
  2. echo? sis pun perlu buat echo bulan 6 nanti... mmg sejuk kat klinik mopd.. biasanya sis dah siap2 pakai sweater tebal2.. dah mcm nak ke oversea.. haha... masa echo malu sgt2 sbb yg buat echo tu HA lelaki.. biasanya cik abang kurus yang buat... segannnnn...

    btw, dear tahu tak PSLE akan ditubuhkan di terengganu? dan sis salah seorang AJK! pesakt SLE sgt dialu-alukan... baru je sis jumpa kak fida, salah seorang patient SLE juga.. and she is dr asmah patient too! do you know her?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah akak! malunya tak terkata bila buat echo tu. sepatutnya memang nurse pompuan yang buat, entah cemane beliau tak pro sangat kot. so terpaksa kasi abang laki yang macam lembut2 sikit tu buat. tapi okaylah, since abang tu macam banyak alih phatian kita haha. malunyaaaa kalau ingat balik. mujur pakai mask tak nampak muka kihkih.

      Alhamdulillah if ada PSLE kat tganu. nak join kak dayang! doktor asmah tu memang kenal, tapi kak fida tu tak kenal lagi setakat ni. hihi. ramai sebanrnya yang tak kenal lagi sebab tak pernah tahu sape yang follow up dekat hsnz :)

      Delete
  3. Replies
    1. Jazakillahu khairan kathira sis :) amiin!

      Delete