Sunday 21 April 2013

Annoyed.


 Assalamualaikum.
Have you ever been in this kind of situations?

SITUATION 1 : Anda sedang berada di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah anda. Tiba-tiba tetamu tersebut yang tadi sedang syiok bercakap-cakap di ruang tamu, datang ke dapur lalu memulakan perbualan dengan anda. Tetamu hanya duduk bersilang kaki padahal anda berpeluh-peluh membuat air dan hidangan sambil memerah idea untuk menjawab soalan tetamu tersebut yang bertubi-tubi.



SITUATION 2 : Anda sedang bergelak ketawa bercerita dengan kakak anda yang paling rapat tentang cerita zaman kecik-kecik dahulu. Tiba-tiba ibu saudara anda mencelah perbualan tersebut dan cuba menarik anda untuk berbual dengannya tentang kisah shopping beliau padahal kakak anda sedang beria-ria bercerita. Anda tersepit di antara keseronokan mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dengan tanggungjawab anda untuk menjaga hati ibu saudara. 



SITUATION 3 : Anda sedang memasak di dapur apabila seorang kawan anda tiba-tiba datang dan mengajak anda berborak sakan. Anda pula sedang pening mengembalikan ingatan untuk memasak makanan yang sudah lama tidak dimasak. Rakan anda pula semakin rancak bercerita tentang kegemaran dirinya yang lansung tiada kaitan dengan anda dan tanpa sebarang tujuan.


Ha these are only a few examples of annoying situations with annoying conversations. Annoyed tak korang kalau berada dalam situasi macamni? Of course you will feel the strange feeling. Kalau boleh rasa macam nak kata waddehel je kepada mereka-meraka yang telah membibitkan perasaan annoying tersebut.

Kesimpulannya, agak-agak lah kalau nak ajak orang berborak pun. Tengok keadaan lah kan. Ni tak, kemain redah jee tak kira waktu. Perasaan orang kena jaga beb. Iya tak dinafikan, tarikan untuk bercakap tu sentiasa ada, tapi errr for me myself, kita kena pandai limitkan. Jangan asyik duk sembur je. There are times where we can talk a lot, and there are times where we need to shut our mouths up.

Respect people. Tak kira lah orang tu kecik besar tua muda hape-hape lah, tapi orang tetap orang. Punya hati dan perasaan. Jangan ikutkan hati kita je nak cakap borak berbual sesedap mulut, sebab orang lain pun ada perasaan yang perlu dijaga. Dan jangan kerana mulut yang terlalu banyak cerita, orang akan rasa menyampah sampaikan terjadinya kutukan demi kutukan busuk di dalam hati. Nauzubillah!

And lastly, jangan lupa. Hablum minallah, hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, in shaa Allah korang bahagia dunia akhirat.

Till then, that's all from me.
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum!

p/s: ini hanya sekadar peringatan buat diri kita semua yang sentiasa mempunyai kekurangan dalam kehidupan :)

No comments:

Post a Comment