Friday, 26 April 2013

TIPS FOR TESL INTERVIEW :)


Assalamualaikum.

So today I wanna share a little bit on the tips for interview. Basically I am focusing more to TESL interview which I think will be held tomorrow or maybe the next day. I'm not so sure sebab aku tak dapat frust mak oi haha.

Errr sebelum tu of course you guys akan cakap apesal aku buat post ni padahal aku same umur je pun dengan korang. Lepas SPM. Berpengalaman kah aku dalam interview-interview macamni? Haha sorry guys. I haven't attended any interviews yet (except mock interview waktu duduk MRSM dulu), but this is what I read from the seniors. I mean, I googled them kihkih. It's okay if you don't feel like reading this tapi who knows, it might help you for the interview kan kan...

So,
Interview tu ada 2 sessions : writing test dengan speaking writing. 1 soalan essay masa 2 jam, speaking pulak dalam 10 minit. Untuk  speaking writing tu, dia ada 2 part which is A and B. Part A tu untuk grammar and our reading comprehension. Ada 15 soalan je tapi based on people experiences soalan dia kaw-kaw jugaklah. Ayat pun macam belit-belit ala-ala idiom sikit. Part B pulak kena buat essay. PERINGATAN! SILA BAWA PEN AND LIQUID PAPER SEBAB KORANG KENA MENULIS. Takde mase nak pinjam-pinjam orang punya ni okeh. For the speaking part, I bet the panellists must be asking you things you know about our current issues. A reminder here, kalau boleh elakkan bercakap pasal politik because you are not eligible yet to talk about it thank you! Dan of course lah korang kena bagi pendapat korang sendiri pasal isu tu. Seriously it will be benda paling penting dia nk tengok. Whether you are fluent in English accent plus confidence and personality.

Mula-mula masuk walk-in interview tu, of course you have to greet them. Assalamualaikum or Good morning or apternoon haha xD. Then yo will have to hand over your personal file to the interviewer. Of course you need to introduce yourself at the first place. Do introduce yourself in the best way. Ceghitaa apa-apa yang penting je. Nama. Asal mana. Mak ayah keje apa. Numbers of siblings. Hobi. Cita-citaa. Attention to you guys, katanya kebanyakan soalan yang dia akan tanya biasanya berkaitan dengan apa yg kita jawab sebelum tu. So, senang cakap kira macam continuous question la. korang pandai-pandai lah selitkan setiap apa yang korang cakap tu dengan kesukaan korang terhadap TESL ni. Smack them down with your wide knowledge in this TESL course! Just speak!

Biasanya jugak the panellist akan tanya why on earth do you choose to be in this TESL course. Kenapa kenapa kenapa? Ha of course lah korang tahu kan. Sapa suruh korang pi pilih TESL kat UPU ahaks. So I guess memang part ni korang kena kasi kaw-kaw punya. Putar belit pun takpe asalkan nampak kesungguhan untuk berjaya dalam TESL. Sertakan sekali mimik muka yang melampau biar dorang ternganga tengok korang bercakap ahahahah okay aku gurau je :D

And also there will one more common question. What will you contribute to Malaysia with your knowledge of English? Yang ni terpulang pada korang nak cakap cemana asalkan jangan mengarut-ngarut. Mestilah sebab korang nak anak-anak Malaysia ni pandai berbahasa Inggeris and survive di mata dunia. Ha tolong jangan bagi jawapan tu because it is soooooooo typical! Sila pikir jawapan lain naaa. Pikir dengan penuh khusyuk!

Okay since nanti interview confirm ada cakap pasal peluang pekerjaan kan. Korang boleh je putar belit yang korang memang super minat dengan kos TESL ni. Korang ceghitaa laa banyak siot peluang pekerjaan untuk lepasan TESL ni. Memang hakikatnya orang luar yang tengok bebudak TESL ni biasanya jadik cikgu je. Sekolah rendah pulak tu. So korang yakinkan panellists tu bahawasanya pendapat korang bukan macam orang kat luar sana. Sebab TESL ni ada kos degree, English Professional Communication. So ada Literature and Creative Writing. Nampak tak makin luas bidang English ni. Haaaa so boleh jd publisher, business translator, secretary bank, ambassador, speech therapist, special educator, journalist, tourist guide pun boleeeeh...

Don't forget to give your beautiful smile because it may hide your anxiety. Hikhiks. Just be yourself and stay confident okay! Ha remember too, don't cross your legs or play with your pen or fingers! Be active, give your ideas even its wrong. They just wanna see your self-confidence and how you handle yourself with people and strangers. So cheer up baby!





Rabbi yassir wala tua'ssir = Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku!

Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum and salam Jumaat people!

Wednesday, 24 April 2013

Kehidupan. Syukur.

Assalamualaikum!
Nenenene nampaknya aku sedang mengisi masa lapang sebab terkena Tweetlimit dekat Twitter hahaha.
Nak tengok CSI, hm malas nak foukus sebab dah tengok episod tu.

Sooooo,
Today is my 7th day of therapy. So far I'm feeling nothing but still Alhamdulillah. So tengah-tengah buat theraphy tadi tu, I saw a man walking near the therapy centre. Haaa terus terlintas nak tulis pasal mende ni, even though korang-korang akan nampak macam mende ni tak penting sangat. Alaaaa, mende alah jeeee.

Poor him.
Lelaki tersebut I think, boleh dikategorikan sebagai kurang waras. Dengan rambut menggerbang gaaaaahh, tak pakai selipar and baju lusuh, I am pretty sure lelaki tersebut kurang waras. I'm not gonna say he is gila because yaaa knowww, it's kinda rude. RUDE. Siapa kita untuk mengesahkan hamba Allah sebegitu, ghupaa dia cenggitu, sebagai orang gila? Kita cuma manusia biasa, sedarlah :)

Kesian tengok lelaki trsebut. Berjalan menonong laju, tak pandang kiri kanan pun. Kesian. Apa agaknya perasaan dia berjalan tak pakai selipar mahupun kasut? Dahla musim-musim sekarang ni tengah panas menggelegak sampaikan kita semua nak keluar rumah pun malas. Pikir dua tiga empat kali baru lah decide nak keluar ke tak. Kan kan kan? Lagikan lelaki tersebut yang tak pakai pape tutup kepala, alas kaki. Jalan pulak atas tar yang berketik-ketik panas. Agak-agak apa dia rasa? Kesian kan? Kalau kita duduk kat tempat lelaki tersebut, tak pakai selipar pastu jalan-jalan atas tar, huish hanya Allah yang tahu cemane rase pedihnya tapak kaki. Mungkin rasanya macam kena cucuk dengan jarum-jarum halus lagi panas, mungkin. Boleh bayang tak auch sakitnya Ya Allah!

The conclusion now is, dalam hidup kita ni, sebagai hamba Allah yang sempurna pemikiran, boleh pikir yang mana betul yang mana salah, kita kena sentiasa bersyukur. I'm sure all of you here berpikiran waras. Kalau tak wars, dah kompem-kompem korang tak ngadap blog aku yang comei ni kan kan mwahahaha. So mind yourself that you are all well and say Alhamdulillah. Ingat Allah di mana pun kita semua berada cos without Allah, we are so nothing okay?

gambar ni takde kaitan dengan entry k cuma aku bersyukur ada satu kamera buruk menemani hidupku Alhamdulillah!

Jaga diri, jaga iman, bersyukur dengan apa yang kita ada!
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum :)

Tuesday, 23 April 2013

SEGMEN I LOVE YOU MOM by Fathiah Saidi ♥

Assalamualaikum!

Aha! Kembali dengan segmen untuk kali keduaaaaa :) Yeay!

Segmen ni dicipta khas oleh one of my besties time duduk MRSM Tumpat dulu. Tak sangka akhirnya ada jugak orang yang rapat buat segmen blogger sendiri. So it's kind of interesting for me, so why not I join myself in the segment kann kann? Untung-untung dapat tribal shawl sehelai kihkih. Lagipun tajuk segmen ni macam WAHHHH AWHHHHSOMEEEEE GILA!






Cerita pasal mak kot. MAK. Sangat menarik I loikeeeeeee uollss.

Mak. Teringat zaman kecik-kecik dulu, I always asked mak these one question. 'Mak, kenapa adik kena panggil mak, mak?' Semuanya gara-gara pi Pasti, jumpa ghamaaaai kawan and pelik kenapa dorang tak panggil mak dorang 'Mak'. Dorang panggil umi, mama, ma, mi, ibu, mommy ape semue name yang advance lah! (tapi seriously takde pulak gua dengar budak-budak tu panggil bonda cam ceghitaa indon tu kehkeh) So nak jugak panggil my mak advance-advance sikit. Ah sungguh demanding kau Syahirah!

Adik : Mak, harini adik nak panggil mak umi boleh? (muka tersengih-sengih)
Mak : (pandang gua pelik) Err bolehla. Ada apa ni?
Adik : Takde pape pun saje jeeee hihihi

Sejam kemudian....

Adik : Maaaaakkk! Mana pensel warna adik? (kalut cemas kaget semua ada)
Mak : (terus menerpa ke arahku) Eh tadi kan ada kat sini?
Adik : Takde pun! Alaaaaaa manaaa niiii.... (tarik muka)
Mak : Eh jap. Tadi kata nak panggil umi harini. Apesal mak pulak? (beliau perli aku tu sebenonye haha)
Adik : Erk! (terus gua diam sebab lupa hahahahahaha xD)

Esoknya...

Adik : Mak, harini adik nak panggil ibu boleh?
Mak : (muke seposen) Ha panggil je laaaa...
Adik : Yay!

Beberapa jam kemudian...

Adik : Mak o makkk...
Mak : Hm tadi kata nak panggil ibu sangat. (perli sekali lagi)
Adik : Alamak lupa!

Hm begitulah aku dulu waktu kecik-kecik. Umur 5 6 tahun punya pertanyaan kehkeh. Entah mak ingat lagi ke tidok. Haha. Jeles punya pasal sanggup aku tukar panggilan mak tu ke panggilan yang lebih advance. Tapi sekarang ni, panggilan apa pun, mak tetap orang special dalam hati aku. Mak tetap mak. Mak adalah mak yang susah payah besarkan aku dan adik-beradik yang lain. Mak tetap orang pertama yang risaukan aku kalau aku sakit. Mak adalah orang yang paling paham bagaimana sakit aku. Mak satu-satunya mak yang tahu apa yang aku suka makan and apa yang aku tak suka. Mak adalah segalanya.

So, untuk mak...

Mak you shud know I love you the most. I know sometimes I'm being so ignorant, degil, kuat merajuk apekebende semue lah, mak tetap sabar dengan Adik. Bila Adik mula sakit, Adik kesian sangat mak terpaksa susah payah demi Adik padahal mak pun kurang sihat. Terima kasih mak sebab banyak berkorban untuk Adik. Semoga Allah memberkati mak. 



Hargaila mak korang sekiranya mak korang masih ada :) Mak is the best superwoman ever okaaayyy! Believe me.

Sekian saje.
Assalamualaikum people!


p/s: Para bloggers dijemput join segmen ni okayhhhh. Muahxx

Sunday, 21 April 2013

Semakan temuduga dan matrikulasi untuk lepasan SPM 2012

Assalamualaikum.



Lebih bersemangat untuk menolong rakan-rakan lepasan SPM 2012 yang sama tercari-cari kat mana nak semak segala mak nenek yang berkaitan dengan IPTA dan matrikulasi. I know how do you feel regarding mencari segala laman web and links, pastu tak jumpa wargh frust gila! So I guess Allah menghantar saya untuk memudahkan urusan korang semua in shaa Allah. Hope you guys and girls dapat manfaat dari post yang tak seberapa ni, and trust me, I've tried my best untuk cari segala info yang berkaitan. Mungkin ada sedikit kesilapan yang tak dapat dielakkan tapi percayalah, I didn't mean to do it :)



Khas untuk yang pilih apa2 kos yang bertanda # di UiTM waktu isi UPU aritu, korang dah boleh cek online sama ada dapat ke tak temuduga starting from 23rd April 2013, jam 12 tgahari.
Linknya : http://online.uitm.edu.my/


Yang ni pulak untuk yang apply UPSI. Semakan keputusan panggilan Ujian Khas Sukan bagi program AS72 - ISM Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) boleh mula disemak pada 24 April 2012 mulai jam 5.00 petang.
Linknya : http://akademik.upsi.edu.my/interview/page.html



Untuk yang apply for UPNM nah link untuk korang cek application status korang.
Linknya : http://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga/


KALAU PENING JUGAK DENGAN SEGALA LINK UNIVERSITI YANG SY BAGI KAT ATAS NI, BOLEH TERUS KLIK http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/temu_duga.php



Untuk yang apply MAKTAB PERGURUAN / IPG, semakan yang sepatutnya boleh dibuat pada tarikh 22 April telah ditunda ke tarikh 25 April atas sebab-sebab tertentu dari pihak atasan.
Linknya : http://moe.gov.my


Untuk membuat semakan matrikulasi mulai 25 April 2013 bolehlah ke link di bawah ini:-
http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/
atau buat semakan tawaran melalui SMS :

Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542


Setakat ni je maklumat yang berjaya dikumpulkan untuk korang. Hopefully you guys and girls berpuas hati. Don't forget to have full faith in Allah and tawakal 'alallah :)

Allahul musta'an = hanya Allah tempat kita meminta pertolongan dan zadanallah ilman wa hirsha = semoga Allah memberi ilmu dan semangat kepada kita semua Amiin!


Untuk tarikh-tarikh penting bagi lepasan SPM 2012, sila klik sini


Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum :)

This is your future... stay alert!

Assalamualaikum.

Kembali menaip dengan entry bedtime stories. Khas untuk korang-korang yang masih lagi mengadap laptop mahupun talipon mahupun apa-apa gajet yang terhangat di pasaran lah (tu pun kalau boleh online)

I think ramai yang masih terkeliru dengan tarikh-tarikh untuk segala permohonan UPU, matrikulasi, IPG dan sebagainya. And the same goes to me. I felt like oh my god kat mana celah aku nak cari ape kebende semue tarikh ni. Banyak gilaaaa bak hang. Takkan nak hapal satu-satu kot. So malam-malam buta ni Internet confirm lah laju semacam je kan, I quickly browsed for it dekat Facebook, Twitter, Google, alah senang cakap serata ceruk Internet lah aku korek. Haha.

And yay, I found it! Alhamdulillah.

So kepada korang-korang semua, jangan lupa take note, mana lah tahu nanti lupa pulak. Mulalah trcari-cari tanpa arah tuju. Yang tarikh-tarikh di bawah ni, in shaa Allah boleh dipercayai sebab datang dari sumber-sumber yang bukan direka oleh me myself yet another people, trust me!

Tapi, tapi....
Kalau korang lupa pun, haaaa jangan segan-segan bukak my blog at http://syahirahghani.blogspot.com untuk tengok sendiri tarikh-tarikh ni.


TAWARAN TEMUDUGA IPG : 22 APRIL 2013
TAWARAN MATRIKULASI: 25 APRIL 2013
TAWARAN TEMUDUGA IPTA: 22 APRIL 2013
TAWARAN IPTA: (MINGGU KE-3 BULAN MEI)
PENDAFTARAN ASASI IPTA: 26 MEI 2013
TARIKH PENDAFTARAN DIPLOMA IPTA: 1 JUN 2013


Yasarallah lanal khaira haisuma kunna = semoga Allah mudahkan kita dalam kebaikan di mana pun kita berada

Assalamualaikum people!

Annoyed.


 Assalamualaikum.
Have you ever been in this kind of situations?

SITUATION 1 : Anda sedang berada di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah anda. Tiba-tiba tetamu tersebut yang tadi sedang syiok bercakap-cakap di ruang tamu, datang ke dapur lalu memulakan perbualan dengan anda. Tetamu hanya duduk bersilang kaki padahal anda berpeluh-peluh membuat air dan hidangan sambil memerah idea untuk menjawab soalan tetamu tersebut yang bertubi-tubi.



SITUATION 2 : Anda sedang bergelak ketawa bercerita dengan kakak anda yang paling rapat tentang cerita zaman kecik-kecik dahulu. Tiba-tiba ibu saudara anda mencelah perbualan tersebut dan cuba menarik anda untuk berbual dengannya tentang kisah shopping beliau padahal kakak anda sedang beria-ria bercerita. Anda tersepit di antara keseronokan mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dengan tanggungjawab anda untuk menjaga hati ibu saudara. 



SITUATION 3 : Anda sedang memasak di dapur apabila seorang kawan anda tiba-tiba datang dan mengajak anda berborak sakan. Anda pula sedang pening mengembalikan ingatan untuk memasak makanan yang sudah lama tidak dimasak. Rakan anda pula semakin rancak bercerita tentang kegemaran dirinya yang lansung tiada kaitan dengan anda dan tanpa sebarang tujuan.


Ha these are only a few examples of annoying situations with annoying conversations. Annoyed tak korang kalau berada dalam situasi macamni? Of course you will feel the strange feeling. Kalau boleh rasa macam nak kata waddehel je kepada mereka-meraka yang telah membibitkan perasaan annoying tersebut.

Kesimpulannya, agak-agak lah kalau nak ajak orang berborak pun. Tengok keadaan lah kan. Ni tak, kemain redah jee tak kira waktu. Perasaan orang kena jaga beb. Iya tak dinafikan, tarikan untuk bercakap tu sentiasa ada, tapi errr for me myself, kita kena pandai limitkan. Jangan asyik duk sembur je. There are times where we can talk a lot, and there are times where we need to shut our mouths up.

Respect people. Tak kira lah orang tu kecik besar tua muda hape-hape lah, tapi orang tetap orang. Punya hati dan perasaan. Jangan ikutkan hati kita je nak cakap borak berbual sesedap mulut, sebab orang lain pun ada perasaan yang perlu dijaga. Dan jangan kerana mulut yang terlalu banyak cerita, orang akan rasa menyampah sampaikan terjadinya kutukan demi kutukan busuk di dalam hati. Nauzubillah!

And lastly, jangan lupa. Hablum minallah, hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, in shaa Allah korang bahagia dunia akhirat.

Till then, that's all from me.
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum!

p/s: ini hanya sekadar peringatan buat diri kita semua yang sentiasa mempunyai kekurangan dalam kehidupan :)

Saturday, 20 April 2013

SLE Diary : Hospital lagi......


Assalamualaikum.

Akhirnya kembali menaip setelah berhari-hari duk postpone. Habis tergendala segala idea. Seriously agak malas nak bukak laptop, aktifkan dulu broadband, klik Google Chrome, pastu masuk dashboard blogger, pastu baru boleh taip entry. Taip entry satu hal dah, pastu nak publish lagi, ambik masa kau tahu tak. Alangkah indahnya kalau boleh je publish entry straight away dari kepala otak ni je. Wuwuwuwu alangkah indahnyaaaaa...

Okay serious. Entry hari ni nak ceghita pasal appointment di hospital semalam. This is berapa kali punya appointment entahla tak dapat nak ingat mwahaha.

So bermula lah pagi semalam dengan penuh kecohnya sebab me, my mak and my abang tiga-tiga ada appointment dekat HSNZ. Breakfast pun sekadar milo dan crackers sebab nak kejar masa punya pasai takut ramai orang dekat hospital.

I was supposed to do X-Ray, Echo and jumpa doktor kalau ikutkan jadual appointment semalam. So selepas je mendaftar, amek nombor, terus pergi ke Bilik X-Ray utama. Itu hari time admit ward, I did the X-Ray alread so I macam a little bit confused lah. 'X-Ray ni kena buat ke tak... Kena buat ke tak...' And I asked the officer dekat kaunter pertanyaan and yay yay takyah buat X-Ray dah! Sebab result X-Ray haritu semua dah complete Alhamdulillah. So hape lagi, terus berjalan dengan pantas ke tempat yang sepatutnya. Dalam hati dah agak ni confirm balik lambat sebab dapat giliran lambat. Sabau ajelahhhh kann.

Dapat nombor, tunggu punya tunggu punya tunggu (adelah dekat dua jam uwargh bosan gila you know), akhirnya kena buat Echo dulu. For your information, Echo ni adalah satu test untuk menguji keadaan jantung kita. Alhamdulillah everything went fine except for the fact gua malu gila dengan nurse-nurse :P
Lepas setengah jam bergelumang buat Echo, terpaksa pulak tunggu sekali lagi giliran nak jumpa doktor. Lama gila. Memang sumpah asdfghjkl lamaaaaaaa. Dahla ruangan menunggu tu sejuk yang teramat sejuk. Haku ni memang sentiasa dipandang pelik, sebab pakai sarung tangan pink kahkahkah. Pastu lagi orang pandang pelik bila pakai mask. Yang tu perasan sangat. Sebab kalau kat ruangan menunggu tu, takde sorang pun hamba Allah yang pakai topeng muka. Even the nurses, dorang sendiri tak pakai. So wat lek jelah gua mampu.

And sejam kemudian, baru lah jumpa doktor pakar. Yay yay! Sukanya sebab ada Dr Asmah sekali. She's so interesting omaigodddd. She's nice, I mean super-duper nice and cara beliau speaking pergh memang senang je telinga aku nak menangkap perkataan-perkataan yang beliau gunakan. Sebenarnya the doctor incharged is Doktor Fazirah and she's nicee too! So dorang berdua ni tanya perkembangan diriku, and so on so on lah.

And the check-up really focused on my kaki since I told the doctors my lutut, tumit and jari kaki, they are not really good. Sakit-sakit. So they did ultrasound, and the result said so, keadaan kaki ku tidak berapa memuaskan.

Tapi.... Berita gembiranya adalah ubatss dimaintainkan yay yay yay! Alhamdulillah. Yang ditambah cuma painkiller untuk kaki. Dannnnn, Alhamdulillah setakat ni jantung, paru-paru, hati dan otak masih lagi dalam keadaan baik :)

Doakan diriku dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Dan supaya Allah mempermudah segala urusan kehidupanku, urusan kesihatanku, urusan pembelajaranku, urusan kewanganku, urusan keluargaku, urusan jodohku, dan urusan kematianku. Amiin!



Sekian, Assalamualaikum!

p/s : ini adalah draft bertarikh 18 April 2013 sebab tak dapat nak publish internet gua sangat mnyakitkan hati tsk tsk

Thursday, 11 April 2013

SLE Diary : Mak aihhh ubat!


Assalamualaikum people.
Im gonna share my stories of having SLE right here, so for today, I'd like to talk about my ubatss.
Almost a year I am diagnosed with the SLE, ubatss are my best friends. It's like keperluan yang super-duper wajib in daily life. In my last medical appointment itu hari, ubatss bertambah lagi koooottt.  So tsk tsk T_T cos I have to consume them daily, no matter what!

  • Hydroxychloroquine 200mg twice a day
  • Calcium Carbonate 500mg twice a day
  • Calcitriol 0.25mcg x 2.0 once a day
  • Amlodipine 5mg x 0.5 once a day
  • Prednisolone 5mg x 1.5 once a day
  • Folic acid 5mg once a day
  • Vitamin B Complex 12.5mg once a day
  • Omeprazole 20mg once a day
  • Trental twice a day
  • T Celebrex 200mg if sakit (this is painkiller)
  • Methotrexate 2.5mg x 3.0 once a week



Basically I didn't wanna eat any of them. I didn't. Tapi bila dah dapat nasihat from a few SLE friends and other few persons, I decided that I have to makan ubat regularly. Sebenarnya I was afraid of the consequences if I tak makan ubat. Since SLE ni serangan dia boleh berlaku tanpa dijangka, mengejut, tiba-tiba, di mana-mana organ tubuh contohnya jantung, otak, paru-paru, buah pinggang dll, so chances to get those serangan akan meningkat sekiranya tak makan ubat dengan betul. Ditekankan di sni, ubatss SLE yang berbakul-bakul tu bukannya jaminan untuk sembuh tapi untuk mengawal tahap keaktifan SLE dalam tubuh pesakit :)

And yes, there is still no permanent cure for SLE. Tapi sebagai orang Islam, keep on praying and have faith in Allah that Allah will ease everything in shaa Allah!

Teringat dulu-dulu time still belajar kat MRSM, especially time berbukak puasa kat Dewan Selera(DS). Yelah, ramai-ramai kan. Masa tu, kitorang semua berbukak puasa ikut kelas. Meaning we ave to sit with our classmates. Kebetulan my class dapat table paling hujung, near to the sinks and basins. Agak euw lah sikit di disitu heheheh. Dan jugak sangat dekat dengan laluan DS ke asrama perempuan. Bila azan je, I would quietly keluarkan beg ubat and kumpulkan ubatss dalam tangan. Sembunyi-sembunyi.
Tapi sometimes ade je kantoi bila kawan or juniors tertengok my ubatss and tegur...

"Weh Ara banyaknya ubat kau!"
"Kau ni makan ubat macam nak mati laaa."
"Segala mak nenek ubat kau ada, biar betul beb!"

Seriously waktu tu I've been a little emotional sikit kalau orang tegur pasal my ubatss or my sakit. People usually can't understand us. Hahaha. Eh this is so serious okay. And I sendiri tak reti macamana nak explain what is actually my SLE. Tapi sekarang dah boleh explain kot kalau orang tanya. (Kalau orang tak paham jugak, ha amek kau aku bagi baca keratan surat kabo pasal SLE dan sila baca dan pahamkan muehehhe)

Baru-baru ni, when I was warded, I ada cakap kan hari kedua and hari ketiga tu I dah tak terlantar atas katil bahkan siap berjalan-jalan ke sana ke mari hikshiks. Kalau duduk atas katil pun I was being soooo energetik gelak-gelak ketawa dengan my mak (dahla suka cakap kuat-kuat haha noob betulla aku ni) So orang macam kasi pandangan serba tajam menikam, 'eh apehal budak ni masuk wad padahal sihat walafiat je puuuunnn...'

Heee. So those pelawat yang mostly datang kat my line and tanya I sakit apa, either me or my mak would tell them that I had fever (sekali lagi pandangan serba pelik diberikan kepada aku). And also SLE (haaaa dahi dah berkerut-kerut). Apa tu apa tu...

We would give sedikit penerangan pasal SLE ni and biasanya mak akan keluarkan beg ubatss kesayangan ku yang dah remuk tahap kronik dah. Kesian beg tu. Hihi. And mak akan keluarkan segala mak nenek ubat yang ada dalam beg tu. And it would make them terkejut bapak kau mengucap Astaghafirullahalazim....



Beginilah kami, pesakit SLE.....

Thank you for reading my entry.
Assalamualaikum!

Wednesday, 10 April 2013

Pick-A-Nick is equal to Picnic!

Assalamualaikum. 

Kemain buat entry petang-petang camni. Excited nak berblogging yaaaa knoooowwww. Ha adalah satu cerita ni, we had a barbecue again a few days ago. Sapa 'we' tu? 'We' tu kami-kami semua laaaa which happened to be my schoolmates masa sekolah menengah lama. Sebelum berpindah ke MRSM. They are buddies. BUDDIES. 

First time I feel so lonely, I'm Mr Lonely, I had nobody, all on my ownnnnnnnnnnn....
Yelah, kalau korang tengok gambar ni semua, kompem perasan best girlfren aku takde dalam gambar. Tsk tsk. Beliau sudah tiada. Beliau meninggalkan aku terkontang-kanting demi menjadi wirawati negara selama TIGA bulan. Kau paham-paham sendiri lew okeh. So I feel a little bit keseorangan sbab before this, apa-apa pun I would spend my time with her. Tapi it's okay, I'll get used to it for this only three months in shaa Allah. 

Anyway, dalam ketiadaan Alia Syazwani, I still enjoyed the whole picnic thing. Seriously aku pun kompius, kitorang ni piknik ke, BBQ? HAHAHAHAH silakan tengok dan baca gambar. Malas nak taip pepanjang.

Sempat lagi melencong ke Giant hahaha
Suraya sangat rajin silalah amek beliau sebagai isteri anda mwahaha


I pun rajin jugak.... rajin makan!

Makan marshmallow sampai muak aum aum

Abaikan Suraya yang terlebih excited rajinnya... sila tenung senyuman Cuci yang memikat hati

ghupe manusia-manusia excited!



ghupe orang kelaparan muahaha

rajin bebeno :P

from left : Ara, Cuci, Lunia

from left : Cuci, Ara, Yaya

with best boyfriend Husen



Suraya Johari and I love her


from left : Ara, Fuckh, Husen
Height in descending order :D
si suka buat muka



kami tahu kami sangat gorgeous mihmihmih

this is us
Thanks for reading my entry here!
Toodles and Assalamualaikum :)

Tuesday, 9 April 2013

SLE Diary : HOSPITALIZED

Assalamualaikum. How are you? Updating my blog again for petang ni sebab rasa tak puas hati update sikit sangat tadi. Ha kan dah kata, bila mood takdak nak update blog, confirm update pendek je. Ni dah datang mood gila blog, siaplah update bertimbun-timbun ler nanti. Weee.

So sekarang rasa macam nak update sangat kisah Ara's being warded. Ngeee. Seronok bak hang masuk wad. Merasa jugak tidur dua malam dalam wad. Seriously seronok.

1. Seronok tengok orang.
2. Seronok takyah buat pape.
3. Seronok ramai yang care mwhahaha
4. Seronok dapat pengalaman baru.

Kisahnya bermula when I had fever. Masa tu kan penghujung cuti sekolah, so I was like, bertepek-tepek je dengan anak sedara sulung Adam. He's my best boy lah sebab tu kinda close with him. Nak dijadikan cerita, si Adam ni demam. Fyi, tiap kali ke mana-mana tempat yang sejuk, biasanya kalau si Adam demam, kompem dengan haku sekali demam. Haha katanya genetik sama. Dahla muka pun lebih kurang sama :P So ada satu malam tu sebelum my sisters pulang ke negeri masing-masing, dorang ni pergi lah keluar makan-makan. Oleh kerana si Adam demam, I volunteered myself to stay home with him. Kemain aku sayang dia, sanggup tak gi keluar makan. Hahaha.

Ceritanya macam tu lah. Duduk lepak-lepak ngan dia, yelah dah berdua pulak tu, kitorang siap gurau-gurau kemain macam biasa. Tuptup malam tu I felt not so good dah. Besoknya my sisters and their fams semua dah nak balik. Kebetulan petang tu pulak one of my sisters tak jadi balik atas hal-hal tertentu. Apa lagi anak-anak sedare aku berjimba-jimba tersengih-sengih sebab takyah gi sekolah wahahaha. I felt the same way too, konon ler tumpang seronok dorang takyah wat keje sekolah. Tup-tup pagi besoknya dah takleh bangun dari katil. I texted my sista Norliza yang tak jadi balik tu, telling her I wasn't feeling good, takleh bangun and sakit dada.

Adeh dekat setengah jam terbongkang atas katil. Nak jerit tak boleh, suara tersekat je kat pharynx. Amboih bahasa Biology kemain kau Ara haha. Masa tu taktahu dah nak cakap cemane, sakit dada tercungap-cungap nak bernafas. Allahurabbi tak tergambar saat tu sebab setiap detik terasa kematian tersangat dekat. Nak bangun dari katil tu memang tak mampu betul-betul tak mampu. Finally I called my mak cos I knew they're hving some momma-sista chat dekat dapur. Masa tu I couldn't really think and remember whats happening. Macam vague gila apa yang jadi. Setiap kali ada orang panggil Adik, then I would respond and slightly forgot what I said to them. Sedar-sedar dah ada atas ambulance waaa terkejut habis. HAHA.

Begitulah kisahnya I'm being warded. From having 38.9 degree Celsius fever, and some chest pain plus sakit pinggang, akhirnya terlantar kat wad. Tu pun sebab doc kena monitor my health since I am having SLE. Tsk tsk. Sedih gila wa cakap lu aku dah susahkan my family wuwuwu sorry mak sorry ayah sorry kak ja sorry abang lan. Nak tak nak, the moment when the nurse pakaikan aku tag nama kat my wrist, I had to be in ward.


"Eh nurse. Ni untuk apa?" (merujuk kepada tag nama kat pergelangan tangan)

"Laaaaaaa. Kena admit ward lah dik."

I'm such a noob hahhahahahahhahaha. Mana la nak tahu kan. Kita dahla dalam keadaan sedar tak sedar and mamai-mamai camtu, sampaikan ada orang amek gambar curi-curi dalam lif pun I tak sedar. Kalau sedar mahunya I lempar bantal hahahaahahha!

And the story goes on and on. Aduh leceh gila bila nak pegi toilet yang jauh di hujung dunia, dengan branula lagi kat tangan. Ecececece pandai betul dah istilah perubatan sejak masuk wad ni ngaahaha. Korang tahu apa branula? Nah I pun tak tahu sangat sebelom ni, tapi Alhamdulillah I terbaca cerita pasal branula tu kat blog akak Deno (she's a SLE patient too). Ada lah sikit-sikit info yang I ingat, especially when it comes to warna-warna branula sebab they are soooo colourful. Niceeeeeee. But hurts.

Seriyesli, sedar-sedar je I dah ada kat wad, and ada wayar berselirat kat tangan. Dah nampak branula, warna hijau kau tahu takkk. Akak deno cakap kalau branula warna hijau, paling tebal dia punya jarum. Pergh memang pandai betul Akak Deno (klik sini untuk baca more infos on branula) kita ni. Memang betul-betul sakit. Tak sampai 24jam pakai, darah dah tersembur keluar through the tube. Haaaaa kau bayangkan sakitnye cemane. Sabau jelah menunggu branula digantikan sebab urat dah membengkak. Nak pergi toilet pun terpaksa berhempas-pulas wuwuwu muhasabah diri betul.



So far, memang pengalaman menarik duduk kat wad tu. Ramai yang sakit kritikal, and ada beberapa kematian sepanjang tiga hari I've been staying there. On my first day there, I barely couldnt walk, terpaksa berkerusi roda. Yelah sebab sakit pinggang yang teramat rasa macam nak tercabut je pinggang huhuhu. Hari kedua dan sketiga Alhamdulillah demam dah kebah dengan pantasnya dengan izin Allah. Kata doktor antibiotik hospital sesuai dengan tubuh sebab tu demam cepat kebah :)


Hari kedua dan ketiga tu dah boleh jalan. Haha. Kemain I walk here and there, tersengih-sengih macam orang takde sakit pape. Sampaikan kalau ada orang melawat line katil kitorang tu, semua pakat pandang I sebab I looked different from the others. Kot. Hahahaha. Asyik tersengih-sengih kegembiraan yang hentah hape-hape. Itulah diriku. Hikhik.




Syukur Alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya dari demam, cuma akan sentiasa 'dikejar' oleh encik SLE. Takpe. Sakit itu satu muhasabah diri bagi hamba Allah yang sentiasa mempunyai kekhilafan macam kita-kita semua ni.

Remember, You don't know how strong you are, until you seek some strength from Allah through Du'a, and be strong the way you are :)


Till then, thank you for being here. Assalamualaikum people!

Monday, 8 April 2013

This is a serious talk.


Assalamualaikum. Wah have been so so long tak online sorry cos lapop rosak. Sadis betul bila takde laptop rasa macam nak hantuk kepala kat dinding rumah je. Menyeksakan. Lagi-lagi bila orang ramai tanya bila nak update blog huwaaaaa hanya mampu tersenyum dan buat muka sedih.

Okay. Dah sebulan lebih tak update apa-apa. A lot of things happened semasa kehilanganku dari dunia blogging ini. Laptop rosak (berapa kali nak ulang daaaa), belajar memandu, SPM result meletop-letop keluar, travel dengan kawan-kawan, pening kepala isi borang universiti, school holis dengan sisters, masuk wad, barbecue again with ex-schoolmates and finally dapat laptop baru Alhamdulillah. Cecece siaplah lepas ni tiap-tiap hari I update blog.

Sebenarnya I always wanted to do some drafts upon this bloggy thing. Tapi biasalah selalu kemalasan menguasai diri, so draft yang dibuat hanyalah contengan pensel bermata karbon yang entah hape-hape. I guess kurang adventurous sikit kalau menulis di kertas despite of menulis di Word untuk drafting bhahaha. Banyak benda in my head, to be told here, tapi entah bila ada masa dan kesempatan baru terluah disini. Sorry you guys have to wait bcos I am so a lazy lazy pretty young lady. Miahahaha

And also, Alhamdulillah for my SPM result, which ramai yang dah tahu I got a so-so result and the rest takboleh cakap dapat berapa. Haha. Finally. Since I pun rasa memang I dapat result taraf-taraf camtu je, so happily I cried dua tiga titik when I first got a message from KPM (excited punya pasal nak tahu result awal so I texted 15888) Ahahah sungguh takde perasaan time tu. Kaku semacam je. Praises for Allah, I got some As, walaupun tak straight As tapi at least I have As better than those people yang takde rezeki dapat even a single A. Alhamdulillah :)

muka cuak sebelum result

muka hentah hape-hape lepas dapat result

 So sekarang ni masih in mode struggling to apply for universities, and scholars. And seriously I selalu rasa macam nak cekik leher sendiri je bila orang tanya I nak apply apa. Hahahahah. Sorry for feeling so. I really really really really wanna further my study in English. Fullstop. Not in medic, not in engineering, no no no. Offer medic pun hanya dipandang sepi, nampak sangat aku ni seriyessss nak buat English study. Of course I choose TESL, and in shaa Allah I'll be doing TESL one fine day.

Hal result antara event terbesar lah dalam hidupku. Penting weh. Masa depan. And apart of that, kisah kena admit ward itu hari pun is one of the important events. I WAS BEING HOSPITALIZED YA KNOWWWW. Why? Bcos of my SLE of course. But somehow will be telling you guys this story of masuk wad in other future post in shaa Allah.




Till meet you guys later. I rasa macam malas kemain nak menaip keyboard. Sumpah gua tak tipu gua dah jadi sangat malas sekarang. Mungkin sebab dah lama tak sentuh laptop and tiba-tiba je laptop burukku dah bertukar rupa menjadi sebuah laptop yang sangat AWHHHHSOMEEEE.

nampak muka alien kan kan mwahahaha

Thank you for reading my entry.
Assalamualaikum.