Thursday, 31 January 2013

#MentionADateYoullNeverForget

Assalamualaikum. 
Selamat bermalam khamis ye kawan-kawan!

One of the trending dekat Twitter yesterday. Tapi taknak mention satu je. Nak mention banyak-banyak tarikh heeee.

15th November 2007
Hari dapat result UPSR. Baru sampai dari Kuala Lumpur, terus ke sekolah. Sebenarnya sangat gembira pagi tu. Because it’s my BIRTHDAY omaigodd! Teringat lagi waktu sampai di rumah, sambil tunggu my mak because she was in the toilet by that time, I asked. “Mak, ni mesti hari lahir paling beh kalu adik dapat straight a dok?” Huhu. And it turned out to be the most freaking bad birthday bila akhirnya I only got 4A and 1B. Frust menonggeng bila student harapan sekolah ni akhirnya kandas. Uuuuu. Dahla yang B tu subjek yang tak pernah-pernah pun dapat B! Malu sangat-sangat. B = Bahasa Melayu Penulisan sobsobs. Apa lagi, terus menangis-nangis di pondok sekolah, lagi-lagi bila terpandang kawan-kawan lelaki yang semuanya dapat 5A. Masih ingat seorang cikgu, tapi maaf tak ingat nama, rasanya nama beliau Cikgu Zulkarnain kot. He said, ‘It’s okay Syahirah. Bukan masa awak. Nak buat macamana. Kita tak boleh agak, tengok dorang yang still berhingus tiba-tiba boleh dapat 5A, tapi awak yang selama ni excellent tak dapat 5A. Semuanya kerja Allah.” Masih kemas dalam ingatan. My abang also called to ask, and I was crying masa tu. And he promised me to get me a pink MP3, terus sapu-sapu air mata dan senyum hihihi.

Dan pada pagi sebelum result UPSR dikeluarkan, the prefects had a last meeting for the year. I was the Head Prefect masa tu percaya tak percaya tak? Yes I was! Seriously tak tipu. Haha. Bahagia because in the enormous meeting room, they all sang me a Happy Birthday song and wished me the best of everything in my life. Alhamdulillah, terima kasih semua J It was so joyful sebab cikgu yang paling rapat pun ada sekali masa tu. He was our guru penasihat and seriously sporting lah dia sebab mulakan meeting pagi tu by wishing me HAPPY BIRTHDAY and asking all the prefects to sing along with him. Suka suka!


15th October 2011
Hari pecah tradisi Ara. Dimake-upkan dengan begitu teruk @#$%^$%@ gara-gara menari tarian 1Malaysia. Masa ni sedang berkhemah Renjer Puteri di MRSM Jeli. Oh siksaaaaaaa sekali! Dahla kita ni tak suka make-up hape kebenda, tup-tup tetiba muka kena tempek bedak tebal-tebal, pakai bulu mata pelesu lagi urgh tak suka sangat. I’m not that beautiful, bila dimake-upkan lagi lah tak beautiful sobs sobs. Seriously tak pernah suka memakai apa-apa di muka. Bedak tak pernah pakai, tapi orang akan pelik sebab selalu nampak kelibat bedak kompak dalam begku. (Beli hanya untuk guna cermin harap maklum!) Lipstick tidak pernah sama sekali sebab warna-warna tak menarik. I only wear lipstick kalau warna nude, tapi masalahnya lipstick warna nude tu tak pernah pulak berada di depan bijik mata =,= Eyeshadow haram ah taktahu nak pakai padahal dekat rumah ada terrrr-beli dekat satu beg huahuahua. Maybe sebab I ni muka dah tua kot, so macam trauma lah kut-kut pakai eyeshadow nampak lagi tua dari muka yang sudah tua ini. Okay ayat berbelit macam cikai. Lagi satu, yang tukang make-up tu amdnasgdagsshdsdjak alamak lelaki der. Handsome dan tough dan sangat metrosexual tapi malangnya aw aw. Mujur ade ghupe lelaki jugak. Yang tukang pakaikan bulu mata pelesu tu ohmaigoddddd, juga lelaki. Tapi versi nak jadi perempuan habisss. Pakai baju pink ketat-ketat sehingga menampakkan ketinggian dada beliau, ikat rambut siap ada sepit-sepit lagi hihi. Siap panggil diri beliau akak lagi, aw so sweeeeeett J











11th November 2011
Hari yang membengkakkan mata. Terputus cinta huahuahua. TERRRRRR.  Apa lagi gua menangis lah sampai rasa macam kena tumbuk. Mujur ada rakan-rakan sebilik yang baik, Syazwina Mahashim, Fatiha Najwa and Sumaiyah Othman J Oh sayang kalian sebab sudi dengar setiap masalah. And sebab pujuk I jangan menangis lagi, buruk kata mereka. Hihi. Sape pun akan menangis kalau jadi macamni kan? Yang tak tahannya, I was the one yang memutuskan cinta tersebut, last-last I yang menangis beria-ria. Syukur Alhamdulillah everything’s good now.

from left : Fatiha Najwa, Sumaiyah Othman, Syahirah Ghani and Syazwina Mahashim
Lagi menarik setelah beria-beria menangis sampai pening kepala, akhirnya decide to do some stupid dangerous thing. Memecah masuk asrama lelaki. Hihi. Ni semua gara-gara si Jana yang ajak, konon nak pegi intai seluar dalam boyfriend dia hahahahah! I tak kisah langsung dah time tu eventhough I was a BWP, lantaklah, janji puas hati sebab dapat buat perkara yang ditegah dan dilarang dan diharamkan di maktab! Puas hati! Memang satu kerja gila sebab menceroboh asrama lelaki, mujurlah time tu budak-budak lelaki semua pegi solat Jumaat. Haha. Tapi hampir-hampir kantoi dengan warden yang ketika itu sedang mengundurkan kereta, namun kami lebih tangkas bertindak dengan terbongkok-bongkok sebongkok yang mampu hewhew. Fun!



pencuri boxer!


Petang pulak konon buat-buat rajin sebab nak final dah. Study Chemsitry kat surau maktab. Haha. Sekali it turned out to be a sesi luahan perasaan. We had a discussion pasal diri masing-masing dan pasangan masing-masing. Hikhik. Menarik isn’t it? Dahla baru terputus cinta, bincang pulak pasal hal camni, aduh sabar jelah. With my classmates, dan yang lagi tak tersangka classmates yang selama ni tak penah nampak macam berminat perkara-perkara macamni tiba-tiba spoke out! Waktu tu, I jelah yang kurang cakap. Mood kesedihan bagai ibarat kematian anak =,= Lagi best sebab ada seorang classmate tu dia ni tak pernah-pernah cakap pasal hal camni tetiba dia cakap dia ada someone you know omaigosh dengki  gila bila budak tu pulak budak yang sekolah top dan muka pun memang handsome habis. Aduh sangat lah kecewa dengan diri sendiri L



15th November 2011
Ada exam pada tarikh tersebut. Masih boleh ingat walaupun takde dalam diary. Dan ramai yang tegur muka berseri-seri umpama pengantin kehkeh. Pengantin apa kalau baru terputus cinta deyy. Thanks a lot sebab ramai yang wish my sweet sixteen birthday kat Dewan Mahligai Tujuh. Malam sebelum tu habis dah muka yang cantik ni kena simbah dengan bedak sebotol. Apa lagi meraung lah jawabnya haha. Dan-dan kita tengah syok study kat bilik iron, tetiba dapat hadiah berupa sebotol bedak yang ditabur khas pada muka hewhew. Meraung lagi bila dapat pulak hadiah comel dari kawan LPP iaitu sekotak makanan ringan yang kotaknya dibalut dengan perca-perca kertas warna-warni. Haha. Tergelak besau bila teringat ghupe hadiah tersebut. Dan makin meraung malam tersebut bila kawan lelaki yang paling rapat call. Menyanyi siap main gitar you olls. Sape tak terharu kan. Menitik-nitik air mata berjaya dirembeskan sehingga hidung pun merah kemilau hihihi thank you so muchhhh! (orang takde boypren mase tu haha touching habislah bila kawan baik sanggup menggalas tanggungjawab untuk membuatkan hati ini tersentuh tsk tsk)


22nd December 2012
Pada hari kejadian I wore a very nice lacey peplum J Terasa seperti Cinderella walaupun memakai skinny kehkeh. Cinderella tak pakai skinny kan kan? Kejadian dirahsiakan harap maklum, namun akan kekal dalam ingatan sepanjang zaman. (Apa tujuan tulis kalau takmau cerita? Haha. Suka hati gua la blog gua hikhikhik)



Okay sekian daripada syahirahghani.
Thank you for reading my entry!
xoxo, Assalamualaikum :)


Tuesday, 29 January 2013

peringatan untuk kaum Adam ♥

Assalamualaikum.
Post ini di ambil dari blog sorang sahabat iaitu Puan Keane
Sekadar peringatan buat my future husband (siapa lah manusia ini ya), kaum lelaki yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin, dan sebagai pedoman untuk para wanita J

Bagi yang belum berkahwin,


Dan bagi yang sudah berkahwin, (boleh je untuk those yang tak kahwin lagi hihi),


UNTUK KAUM ADAM YANG BERGELAR SUAMI ♥♥♥

1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.
2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya)

3. Jantung rumah adalah seorang Isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. 2 org yg tinggal 1 bumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu...ttp tidak isterimu.

7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan n PERHATIAN terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan n kecewa, sebab dia akan sulit sekali untuk kembali..

Barakallah!
Assalamualaikum.

Saturday, 26 January 2013

semangat baruuuuuu


Assalamualaikum.
Evening people :D

Went for a walk this evening. Bila dah balik dari Shah Alam ni, everyday selalu terfikir nak teruskan aktiviti berjalan. Sebab masa kat Shah Alam, selalu hantar and amek anak-anak saudara dengan hanya berjalan kaki sebab sekolah kebangsaan dan sekolah agama dorang dekat je dengan rumah my sista. So bila dah berjalan, of course lah will lose some wight kan. It happened to me seriously! And I was like terkejut gila bapak bila balik je dari Shah Alam haritu, my mak and my ciksu said I seemed kurus sedikit berbanding sebelum ni. Yipeee!

I pun macam wonder jugak, is this for real kan. Sebab before this, I tak pernah lose weight walaupun 0.5 kilo even kalau joging. I hardly could lose my weight! I only could lose my weight if I stresssssssss sesangat. Or tidur lewat-lewat, for example, tidur pukul 4 pagi and wake up by 6 (yang ni diamalkan sebelum PMR dulu and I lost about 8kg in just TWO MONTHS!)

So now here I am. Bertekad untuk memulakan a new lifestyle! Nak meneruskan aktiviti berjalan every single day, of course for my health di samping dapat membantu menurunkan berat badan hikhik. I takboleh berlari, or joging apa kebenda. Kaki sangat sakit kalau buat something yang macam rushing, so I tak berani nak berlari or joging. At least cukuplah I tend to berjalan kaki slow-slow dan menghirup oxygen segar yang dikurniakan oleh Allah SWT J

My mak is being very supportive when I first told her. She said I memang patot pun pergi jalan-jalan. Kalu tak, my limbs will be stiffer, taknak lah macamtu kan. I pun takut, dahla duduk rumah takde buat apa. Kalau duduk kat Shah Alam sana, I boleh pergi hantar and amek my nieces. Bergerak lah sedikit daripada tak buat pape langsung. So now, I choose to walk, inshaAllah by early in the morning and in the evening. It’s just okay if it only takes 15mins. And 30mins per day is just good enough for a person like me.

Eh before this, I always refused to go for any walk or jog. I really hate it sebab I sangat kuat berpeluh. Imagine if you are in the living room, watching telly and you wanna go to your bedroom which is situated only in front of the livng room, because you wanna get your phone, and when you walk into your room, you already notice yourself sweating, tak ke you rasa macam nak mengamuk huargh! I always experience benda macamtu. Sentiasa berpeluh. So malas lah nak keluar pergi joging ke hape. Nak tukar baju pun dah berpeluh, lagi lah kalau keluar dari rumah and pergi joging. Oh my sangat malaaaaaaas kot!

Tapi mulai sekarang, I am promising myself, and my mak too, I wanna go out for a walk EVERYDAY! Seriously I am not kidding. Know what I’m sayinnnnnnn? I hope so, really do.

Ya Allah permudahkanlah urusanku. Istiqamahkanlah hatiku. Amin!

Thank you for reading this entry!
Goodnight all beautiful people.
Toodles!
Assalamualaikum.

Friday, 25 January 2013

a journey with besties

Assalamualaikum.
Ini cerita beberapa hari lepas, tak kisahla lapuk ke tak, tetap nak bercerita hihi.

Saturday morning. Sesampainya di rumah Terengganu dari Shah Alam, my mak said my ciksu ada kat rumah. I planned to go to Tumpat actually, to send back my junior punya buku-buku. And I told my sista back in Shah Alam that I might go there with my best buddy, Alia. I told my mak also about my plan. Grab tickets for Kota Bharu, stay for a night at ciksu’s house, go to Tumpat, and get back to Terengganu after everything is settled. Then my mak said, ‘why you have to burden yourself, use your pocketmoney to buy the tickets, instead of going with ciksu to Kota Bharu?’ Err I never thought of the brilliant idea, at least I boleh save money kan kan. So I told my ciksu.

Sunday morning. Actually my ciksu planned to go back to Kota Bharu by morning. But then I asked my Alia, and she said we still had to go by bus because she’s having her motorcycle test in the morning. She told me before tapi I completely forgot! I told my ciksu and she was willing to wait for Alia to finish her test. Yeay! Alhamdulillah J So we started our journey to Kota Bharu pada petang Ahad tersebut. Sepatotnya perjalanan ke Kota Bharu from my house Cuma mengambil masa 3jam, tapi since my ciksu berhenti di rumah kawan-kawan beliau terlebih dahulu, we olls cuma mengikut ajelah. The very first house yang kitorang singgah, duh mahu pitam rasanya. With so uncomfortable condition (rumah je cantik tapi….), penghuni-penghuni rumah yang tidak dididik dengan adab sopan, macam-macam lagilah, I felt so bad for them. Semoga Allah memberi hidayah untuk mereka berubah dan lebih menghormati tetamu yang datang ke rumah, InshaAllah.

The second house, thumbs-up for them. Tenang je bila singgah kat rumah tersebut. I don’t think my ciksu kenal sangat with the family, tapi atas urusan tertentu, we went there. Malu sebentar bila terpandang muka seseorang yang dikenali. Sangat kenal. Haha. Tak sangka ter-pergi rumah Presiden LDP MRSM Besut kehkeh. Dahla sebelum ni selalu je jumpa dia kat maktab, tapi rasanya he never noticed me walaupun I selalu stalk dia ngee. Kelakau betol bila dia terpinga-pinga bila nenek dia cakap I know him. Mujur I tak pengsan kat situ sebab lelaki tersebut sangat comel muahahhahaaa. (Kalau lah dia baca blog ni, aduh malu gila kot!) Seterusnya sampai lah di rumah ciksu pada jam 11malam. Lewat giles.  Dan sempat lagi makan laksa sebelum tidur hikhik.

Monday morning. I told ciksu that we wanted to go to Tumpat. I convinced her that we were going by cab, sebab ada kawan yang nak join sekaki. Aand she decided that we had to go there with my cousin Syafiq. We were so malu-malu lah kan, dahla my cousin sorang je lelaki. Kihkih. I pulak jarang bercakap dengan my cousin tu, entahla kenapa. Yang I tahu zaman kecik-kecik dulu I sangat rapat dengan dia, tidur sekali, main sekali, bergaduh sekali hikhik. And tiba-tiba je dah besau dah kami semua. He’s 21 years old and I am turning eighteen. Oh maaaayy, cepatnya masa berlalu.

me and my girl Alia
Mula-mula macam segan gila dalam kereta, and akhirnya berborak panjang dengan dia. My Alia pun seemed okay dengan my cousin, so takdelah awkward sangat. We went to KB Mall first sebab I cakap I nak shopping. Macam biasalah kan. Alia bought few things for her siblings, and I bought few things for me, of course, with no doubt! Dan terasa awkward lagi sekali bila jalan-jalan dan pandang belakang, eh ada bodyguard yang ikut! Hewhew. Si Syafiq cuma mengikut dari belakang when we were so engrossed with all the shopping thingy. Heaven! Lepak-lepak dan makan-makan, kitorang pun decide nak blah dari tempat tersebut. Duit dalam purse dah makin kurang, buatpe nak berlama-lama lagi kan hikhik. Amek si Jana, my buddy dekat Tumpat and her adik lelaki, because they wanted to go with us. Bermulalah perjalanan ke Tumpat…

from left : Jana and Ara




from left : Alia, Jana and Ara




I hate the fact yang kitorang ex-students pun takboleh masuk ke kawasan maktab. Aduh rasa macam nak @#$@#$%^& je. Lagi geram bila macik-macik guard tu buat macam tak kenal aje muka-muka yang selalu lalu depan pondok jaga. Phui. Finally we decided to call my cikgu and he let us in. Alhamdulillah. Jumpa ramai gila adik-adik juniors, hewhew. Rasa macam retis dah wei, jumpa orang salam-salam, peluk cium, tanya khabar. Semua dah nampak macam semakin matang, semakin cantik, semakin handsome. Waaaaa. Tumpat pun dah lain sekarang. Dewan dah ada air-cond, café dah tukar tender. Rasa macam dah beberapa tahun tinggalkan Tumpat kehkeh.



with Cikgu Syazwan, our fav warden hikhik <3

Terjumpa lah dengan adik-adik form 1. Oh mak kau ada budak muka sama dengan kite lahhhh! Patotlah selama ni asyik ada je juniors yang texted me, saying

“Kak Ara ada klon lah kat sini!”

“Eh Kak Ara tahu tak, ada budak form 1 muka macam Kak Ara!”

“Kat sini kan ada budak form 1 kitorang panggil Kak Ara junior!”

Kak Ara, Kak Ara, Kak Ara… lagi dan lagi dan lagi. Nampaknya Kak Ara korang ni memang takkan luput dari Tumpat. Ade je yang menyebut-nyebut, dan menyeru-nyeru nama puteri kayangan yang gojes ni. Kihkih. Tapi seriously, the girl looked like me. With her black-framed spec, pipi dia yang sama denganku, oh my god, she’s the new Ara! Cuma gigi dia lain, bertindan-tindan. Mine is straight je. Tak sangka betui, rupanya memang budak-budak Tumpat ni tak menipu ler. Sempat jugak amek gambo sekeping dua dengan budak nama Adriana tu, malangnya gambar tiada di dalam kamera mahupun taliponku. Sobs. Tak dapat nak tunjuk kat sini. Sorry!

So balik dari Tumpat, dengan rela hatinya my cousin Syafiq nak hantar si Jana and adiknya ke rumah mereka di Pengkalan Chepa. Thanks Syafiq! Jauh betul perjalanan kitorang hihi. Tapi semangat kuat lagi, so malam tu we decided to go out. I’ve never been to Wakaf Che Yeh, dan-dan pulak si Syafiq nak bawak kitorang pergi sana. Yeay! Tak membeli mahupun memborong pun, sayang duit you knowww. Haha. It’s fun to be there.



my Alia Syazwani

sebelum ke Wakaf Che Yeh :D

Seronok sebenarnya keluar with my best buddy Alia, and also get to know my cousin better. Selama ni tak pernah lagi bermalam with Alia di mana-mana kecuali waktu form 3, pergi kem. And dengan Syafiq, bila dia sanggup ke sana ke mari membawa kitorang ke mana-mana yang kitorang nak pergi, I rasa it brings us closer. Seriously. Dan tamatlah kisah di Kelantan…

Thank you for reading this entry!
Selamat berhari Jumaat people. 
Assalamualaikum.

Thursday, 24 January 2013

SLE Diary : Buku Gergasi


Assalamualaikum.
Selamat berhari Jumaat :)

Bangun pagi, jari-jari terasa kebas. Maybe tertindih kut, mujur Alhamdulillah tak berlarutan. Cuma sekarang, one of my fingers terasa agak semacam, lain dari yang lain. Entahla kenapa. My jari manis terasa macam berat, macam ada cincin je, padahal since yesterday, I didn’t wear any ring sebab semalam pun jari-jari terasa agak bengkak dan stiff.

Pagi ini dikejutkan dengan kedatangan Aunty Rahimah ke rumah. Semalam jumpa kat surau, pagi ni beliau datang ke rumah pulak. With her husband Uncle Amad. And dengan sebuah buku yang tebal giles. Terkejut bila tengok! So I guess I’ll be spending today reading a medical book, and get as many informations as I can about SLE. There are so many things about SLE, rheumatoid athritis, and bla bla bla. Memang dah feel medical student bila baca buku tu haha. My mak said, ‘ho pahni boleh doh tu sambung medik’ kehkeh. Baru je buku nursing actually, belum lagi buku medic yang betul-betul punya. Tapi seriously, so many new things pasal variety of penyakit ada dalam buku tu. Full of knowledge. Thanks to Aunty Rahimah and Uncle Amad cos they are willing to let me borrow the book. Thank you!



Reading the book, especially pasal SLE, woah, I feel so tak tahu apa-apa. Banyak rupanya benda yang boleh dapat daripada pembacaan buku tersebut. Selama ni asyik google je, even the doctors didn’t explain too much about SLE. I pun tak paham, setiap kali medical follow-up, doktor takde nye beria-ria expalin pasal SLE. Asyik senyap je. Tanya dua tiga soalan, bercakap pun dua tiga patah. From there I decided to google most everything pasal SLE. Luckily ada group for Lupus fighters dekat Facebook, atleast bolehla kongsi masalah, pengalaman, and so on. Kalau tak, memang takde nye nak tahu serba-serbi pasal sakit kita ni. From my view lah kan, the doctors should explain more to us patients. Memanglah there are a lot of medical terms yang kita tak paham, tapi atleast we know apa sakit tersebut. And if kita rasa macam motivated sikit, kita bolehlah ringan-ringankan diri to google it to know more. Kan kan?


Betul kata Aunty Rahimah. Those yang tak sakit, of course they would never understand what is happening to us. Lagi-lagi pesakit SLE. Rarely heard. So orang pun always fikir kita mengada-ngada, manja bila kita buat sesuatu benda. Orang tak faham keadaan kita, and obviously they would say such things. Tak boleh kena panas, tak boleh buat kerja-kerja lasak, tak boleh tu, tak boleh ni. So siapa lagi yang nak fahamkan dorang pasal SLE ni kalau bukan kita sendiri yang mengalami. That’s why we need to read a lot and understand sakit kita. I am trying to understand my SLE, how it would affect my future life, how to handle SLE symptoms dan macam-macam lagi. Even though orang sekeliling tak paham apa SLE ni, sekurang-kurangnya I know myself better, in facing SLE.

Tamat kisah SLE. Sorry lah sesiapa yang baca blog ni dan rasa mahu muntah sebab Ara asyik bercerita pasal SLE. It’s okay if you wanna feel like vomitting cuz I hope you feel so hahaha!
Thank you for reading my entry!

xoxo, Assalamualaikum!

SLE Diary : I feel...


Assalamualaikum.
Salam maulidur rasul dan selamat tengah malam.

Tadi pergi surau. Seronok betul dapat dengar ceramah pasal Rasulullah SAW. Cara penyampaian ustaz yang berceramah tu memang best, macam Ustaz Azhar Idrus J Alhamdulillah dapat jugak sedikit sebanyak ilmu baru, dan sememangnya indah bila berada di sana. Dapat beribadat dengan tenang. Betul-betul indah. And it made me feel like I was in Tumpat. Setiap masuk waktu solat, we had to be in surau for solat jemaah. Dulu-dulu always memberontak, tak puas hati sebab kena paksa duduk kat surau. Tapi bila dah biasa, seronok betul berjemaah and lepastu buat ibadat lain, at least boleh rebut peluang di samping isi masa.

I went to surau with my mak ayah. At first rasa segan sangat because I rarely get to see the other neighbours. Kalau jumpa pun, bila pergi surau or ada occasion lain. Tapi since I dah lama tak pergi surau dekat rumah ni, memang dah lama lah tak jumpa semua orang. And I met Aunty Rahimah. She was a medical staff, something like that lah. And my mak told her that I am having difficulties with my sakit. And to my surprise when my mak cakap I ada SLE, she asked me, ‘Are you sure?’ and I said yes because it was confirmed by the doctors already. I had blood tests, and yes, now I am a SLE patient. Currently known as a Lupus fighter.

And she gave me a lot of advice. And I pun terlepas cakap bahawasanya I tak makan prednisolone. Adeh dah kena brainwash dengan Aunty Rahimah. She said it is compulsory for me to consume prednisolone, just as what the doctor asked me. Alahai. Bukannya I taknak makan, tapi banyaknya effects that I have to bare bila I makan. And I hate it. I have to face kebengkakan pada muka. Dulu masa mula-mula makan prednisolone, masa tu preskripsi cuma satu bijik = 5mg, tu pun muka dah bengkak semacam. Mata jadi sepet, ala memang bengkak lah senang cerita! Habis semua orang pun tegur, even my teacher pun tak kenal I. Aduh betul-betul tak sanggup nak menerima kenyataan I have to eat it by now. Dahla dos sekarang 3 bijik = 15mg. Mak aih banyaknyaaaaaaa T__T

Dan sekarang tak tahu nak makan ke tak. Yes I know the prednisolone is to maintain my ESR, and prednisolone ni special for SLE patients sahaja. Kalau sakit sendi biasa pun doktor tak akan bagi makan prednisolone. Huuuuu. Tapi tak tahu lah. I really need someone yang boleh dengar how I feel about my SLE, yang boleh bagi pendapat, yang boleh melegakan hati, and I hope dia baca entry ni huhuhuhuhuhu.
Aunty Rahimah talked a lot about SLE. She probably know so much things pasal my sakit. The things yang I baca dalam Google, Aunty Rahimah pun tahu. And I feel good bila ada orang tahu details about my sakit cos I don’t have to explain much. Like my mak, she know a little bit about my sakit because I’m the one who tells her. If she google it, then she’ll know more J tapi walaupun mak tak google, she understands real much how I feel. Oh mak, terima kasih a lot.

I feel bad because I don’t know how to take a good care of myself. Aunty Rahimah said, I have to wear mask if I dekat public places. Of course, I will after this. Thinking of having sanitizers in my handbag also, yeah, takut jangkitan kuman and so on. Gloves, socks, masks, and pashmina are the things that I need to bring anywhere I go in my handbag, inshaAllah. So many precaution steps that I have to take, dan kadang-kadang, datang dalam pikiran, who’s going to accept me with whatever I am facing right now. I mean, future mate. And I feel sad thinking about it.

Tapi tadi when talking to Aunty Rahimah, she said it’s gonna be fine if SLE patients wanna get pregnant. And I felt a little bit relieved. She said, I’ll be okay one fine day if I wanna get pregnant, it’s just that I have to check with the doctor first. Bila doctor dah kasi greenlight, baru I boleh mengandung. Because the doctor have to makesure first that I’ll be okay, my meds are okay, my hormones are stabilised and so much things to be monitored. Kinda hard, tapi dengan izin Allah, I believe in kuasa Allah yang Maha Besar, Allah akan permudahkan segalanya bagi hamba-Nya, inshaAllah.


To my future mate,
Terimalah diri ini seadanya. 
Sekian, assalamualaikum J


Tuesday, 22 January 2013

SLE Diary : 1st Appointment at HSNZ

Assalamualaikum. 
Kembali menaip setelah balik dari hospital :)

A little bit nervous sebab tak pernah lagi pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ni for my SLE appointment. Yelah, sebelum ni I rujuk kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian since I studied there. Bila dah habis study ni, carry forward appointment tu ke HSNZ. My mak already told me, ‘confirm penuh hospital harini. Besok kan dah maulud, cuti, memang semua orang dtang hospital harini ler jawabnya’ And I rasa macam aduhai, tak sukanya bila ramai orang, dahla tak biasa lagi pegi sana. Luckily my mak dah familiar dengan hospital tersebut. Mak selalu pergi sana untuk buat physiotheraphy and medical appointment sebab my mak sakit lutut.

And seriously ramai orang. Nak amek nombor je dah ramai giles. Aduh sakit lutut gua menunggu lama sangat. Dahla sejuk giles giles giles, tak tahan. Kalau dekat HUSM, tempat amek nombor and ruang menunggu adalah tempat yang terbuka, tapi di HSNZ fully-equipped dengan air-conds. Memang sejuk menggeletar buat patient SLE with Raynaulds phenomenon ni. Sobs tahan jelah. I left my mak downstairs sebab lif tidak berfungsi and my mak tak larat nak naik tangga, so I went to the Klinik Perubatan alone. Sekali lagi ramai orang. I thought dekat sana takdelah ramai sangat, adeh silap tekaan rupanya. Amek nombor dan tunggu. Memerhatikan orang. Bila dah bosan, ingatkan nak baca buku, sekali sejuk menggeletar, nak focus baca buku pun tak boleh.

So I took out my pink gloves. Pandang kiri pandang kanan, orang macam dah tengok pelik. Hewhew. Lantaklah, so I just pakai gloves tu dengan selambanya, tapi still lagi malu-malu kucing hikhik so I letak tangan dalam my handbag. Huahua. Mujur handbag besar. Tapi akhirnya bila dah kebosanan sangat, I keluarkan jelah tangan and pegang buku. With my pink gloves. Peduli hape orang nak jeling tengok, yang penting my pink gloves dapat mengurangkan kesejukan di bahagian tangan. Tapi yang tak bestnya, tangan still memutih dan sakit. Mungkin sebab I lambat pakai gloves kot. Huhu. So Ara, lesson of the day, bila je duduk kat tempat berair-cond, sila pakai terus gloves and socks. Kalau perlu, pakai pashmina pemanas badan yang ada dalam handbag. Fullstop.

So I decide, nanti-nanti appointment lain, I will wear baju yang tebal-tebal punya, seluar jeans yang tebal also, with sneakers and socks and gloves. Hopefully takde dah jadi macam tadi, kesejukan yang terlampau. Sampaikan bila berhadapan dengan doktor (sorry I tak tahu nama doktor tu apa, unfamiliar yet awkward), my Raynaulds thingy menyerang dengan jayanya. Memang kaku sangat-sangat time tu, and I dengan senang hatinya menunjukkan tangan yang puc at lesi serta kebiruan kepada Puan Doktor when she asked apa yang I rasa bila kat tempat sejuk. Tadaaa, sekali dengan bukti I bagi kat Puan Doktor hikhik. Puas hati sebab dapat buktikan my Raynaulds thingy adalah sangat teruk. Sampai kebiruan. Boleh bayangkan tak? (sorry takde gambar sebab malas nak amek)

Puan Doktor pun ada tanya kenapa I lost my weight. Hehe. I was speechless, tak tahu what should I say sebab I pun tak tahu cemane I boleh lost my weight. Tapi tak banyak pun actually. Kihkih. Di dalam hati punya lah yeay yeay bila dapat tahu berat dah kurang sikit. Dan terus berazam untuk mengurangkan lagi berat badanku ke tahap yang paling ideal, inshaAllah! Tak kisahlah doktor nak tanya lagi kenapa I kurang berat. Agaknya dia pelik sangat bila pesakit SLE ni kurang berat, sedangkan makan prednisolone 4 biji kot. Err sorry Puan Doktor, saya tak makan prednisolone! =,=

Dan for today appointment, ubat bertambah lagi. Alhamdulillah prednisolone dikurangkan dari 4 bijik ke 3 bijik. Dulu 20mg, so sekarang dah 15mg yeaaayyy! This is my list for my meds :
  • Hydroxychloroquine 200mg 
  • Alfacalcidol 0.25mcg
  • Vitamin B Complex 12.5mg
  • Folic Acid 5mg
  • Celebrex 200mg
  • Prednisolone 5mg
  • Calcium Carbonate 500mg
Ha selepas ini, perlu dimakan kesemua ubat-ubat ini, kecuali prednisolone takmau makan takmau makan jugak! Confirm lepas ni muka akan naik kembang bengkak semacam aaaaaaaaa! Jangan terkejut udah lew. Huhu. Akibat makan ubat yang banyak sangat dosnya huuuuu sedih gila wa cakap lu memang dah tak gojes berseri-seri lagi la. (padahal memang tak gojess pun hikhik) So next appointment kena amek darah and test urine. Sepatotnya buat harini, tapi since ramai sangat patients kot, ditunda ke bulan hadapan. Amek darah lagi dan lagi. Entah berapa test tube pulak doktor nak cucuk, huuuuuuuuuuuu :( nasib nasib....

Praying the best for everyone, and inshaAllah, Allah akan permudahkan segalanya for me and also for you guys and girls. Thank you for reading my entry!

Salam.



Thursday, 17 January 2013

meh nak cerita pasal MRSM...


Assalamualaikum.
Nah here's a very long entry for those who waited eagerly for my update. Teeheeee.

Sekolah dah lama bukak kan. And by this time, ramai lah yang dapat tawaran ke sekolah-sekolah berasrama seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). So I guess I am here, wanna share some story with you guys and girls pasal kehidupan di MRSM. Mesti ramai yang berminat nak masuk MRSM kan? Haaaaa kakak yang cantik ni ex-MRSM taw. First batch lagi hikhik.

this is my batch FELIX EXITUS 1112

Kepada yang berminat nak masuk MRSM, lagi-lagi yang form four tu, memang digalakkan sangat. Kenapakah? Apa yang menarik sangat MRSM ni? Haish engkau jangan pandang ringan dik. MRSM lah antara tempat yang I rasa sangat membantu dalam segala aspek. Tapi bergantung atas diri kita lah kan, bagaimana nak bawak diri kat tempat yang mungkin asing bagi kita. Pandang kiri pandang kanan, semua orang asyik banyak mulut, ramah-tamah, mesra alam dan sebagainya. Cuba tengok diri kita, boleh adapt atau tidak. Kalau rasa tak boleh adapt, try to! Try to talk to as many people as you can. Jangan putus asa. Bila masuk MRSM, tidak berputus asa adalah benda paling kena pegang. Fullstop.



Okay cerita pasal kehidupan di MRSM, alah nama pun duduk asrama full-time, kena pandai lah terima kan. How about me? Since ages ago, I always dreamt of staying in hostel. Mengapakah? Sebab orang selalu pandang ringan diri ini, konon I’m the youngest, I can’t never adapt in such a hostel living. Awak-awak tak boleh pikIr macamtu taw. Tak semestinya anak bongsu tak boleh duduk hostel. Dan yang paling penting, tak semestinya anak bongsu ni manja! (my favourite two-words untuk kata sifat manja ialah spoilt brat haha) Sila ingat yeee. Oh kata orang tua, bukan anak bongsu yang biasanya manja, tapi anak sulung taw. Hah. Apesal? Seeeebaaaabbb, masa mama umi ibu emak mummy dia mengandungkan dia, papa ayah daddy walid abah dia manjakan mama umi ibu emak mummy dia tuuu. Kan mengandung sulung, kalau apa-apa sikit, confirm papa ayah daddy walid abah akan kasi. Nak bintang? Hah papa ayah daddy walid abah akan ke kedai mainan, cari bintang yang kelip-kelip dalam gelap tuuu. Ala, yang boleh tampal kat dinding tuuu. Ha apa yang nak semua dapat. Itulah yang menyebabkan anak yang lahir pun mungkin akan jadi manjaaaa. Faham?

Okay tamat kisah anak bongsu dan anak sulung. Yang pasti kedudukan dalam keluarga tak mempengaruhi semua tu. Siapa-siapa je boleh tinggal kat asrama, asalkan diri kita cukup kuat dan tabah. Sambung cerita. Dulu time darjah enam, pakai tudung senget-senget lagi tuu, teringin sangat nak lepas daripada rumah. Haha. Berangan gila wei nak masuk asrama. Nak masuk MRSM. MRSM mana? Cait sekali berangan nak masuk MRSM Kuala Kubu Bharu kottt, nun jauh di Hulu Selangor. I didn’t know why I really wanted to go there. Dahla jauh. Haha. Mungkin sebab dekat KL kot, masa tu kan kecik cinonet lagi, kononnya KL adalah syurga dunia sebab banyak shopping malls huhuhuhu. Dan frust lah bila dapat result yang tak pernah dijangka time UPSR dulu. Terus masuk sekolah kementerian, sekolah harian biasa.

Bila PMR, Alhamdulillah impian dulu akhirnya terlaksana. Cepat-cepat isi boring MRSM dan SBP. Tapi waktu tu lagi teringin nak masuk SBP. Mengapakah? SBP ada yang elit punya, so macam high-class gituuuuuuuu you olls. Excited gila nak masuk Sekolah Seri Puteri, sebab informasi mengatakan siapa yang excel time Trial PMR dan PMR sebenar confirm akan dapat. Sekali lagi berangan (dulu memang antara top student so takyah risau lah fikir pasal tu) dalam hati dah mula berlegar-legar harapan demi harapan nak masuk sana. Cait sekali time keputusan SBP keluar, melepas. Kawan-kawan semua dah dapat panggilan SBP, me? Melangut kat tepi pondok bas (masa tu waktu balik sekolah) huhu sedih gila. Alhamdulillah lepastu dapat tawaran MRSM. Macam nak taknak je pergi. Dahla ceruk hulu. Siapa naaaaaakkk….
Tapi bila dah masuk MRSM, seronok! Asrama cantik, macam apartment. Yang lain takboleh puji sangat sebab MRSM Tumpat adalah sebuah MRSM baru. Pokok pun takda lagi, panas gilaaaaa. Bila dah masuk, you know, first night di sana, tanpa disangka-sangka boleh tidur dengan nyenyak. HAHAHAHAHAHAHA (ketawa kejam untuk sesape yang suka pandang rendah kat aku dulu phui) oh below is my college, my lovely college!





So bila dah masuk, ha kena pandai lah adapt. I can’t remember macamana mula bertegur dengan my roommates yang ternyata sangat happening yoooo! The only thing I can remember, I was the first to greet them, masa tu baru masuk bilik lepas berpisah dengan family. Menangis kot. Yelah, tak pernah pisah kaaaann. So masuk bilik, mata merah, hidung berhingus, tetiba cakap, ‘Hey korang. Nama aku Syahirah tapi panggil Ara je. Nama kau sape?’ haha. Selamba gila bapak that my roommies cakap they thought I was a budak bandar punya type. Haha. One of my roommies was from Kelantan, and dua orang lagi adalah orang Terengganu. Senegeri wo. They said, I looked a little bit sombong masa mula-mula jumpa, and they assumed I ni seorang yang suka bersosial sebab mulut pun banyak, asyik kecoh jeeee. Huahuahua nasib korang dapat roommie macam Ara kaaannnn…



Orientation week pulak, I’ve been known a lot. Haha. Kenapakah? Macamni taw, in MRSM, we have this one system call as homeroom. Mungkin lebih familiar bila kita anggap system tu macam keluarga angkat. Ada homeroom dapat seorang bapak, ada homeroom dapat seorang emak. Depends. In a homeroom, there will be around 15members, campur lelaki dan perempuan, ha tu adik-beradik angkat namanya. So activities in MRSM, mostly dibuat mengikut homeroom. Kiraan merit semua benda pun mengikut homeroom. So homeroom adalah segala-galanya. Nasib lah kalau ada yang dapat ahli homeroom yang tak sporting, yang passive macam tertelan kapur je. Ada pulak homeroom yang emak or ayah dorang jenis yang tak happening, so senyap sunyi sepi lah homeroom. Oh berbalik kepada cerita, my homeroom dulu-dulu sangat passive. During orientation week tu, it’s always me who called out for their names sampai bergema dewan. So semua orang macam pandang, and starting from that lah ramai yang kenal budak Ara ni (zaman kurus tuuu you know)

Lama-lama, I actively participated in so many activities. Choral speaking, nyanyi-nyanyi, banyak lah. Cikgu-cikgu pun dah kenal oh this is Ara, budak banyak cakap tu. Hehe. And daripada situ lah beranikan diri, I applied for Student Representative Council or in Malay, Badan Wakil Pelajar (BWP). In MRSM, BWP tu jawatan paling cool lah. Dipandang tinggi. Konon semua okay bila jadi BWP. Dan biasalah, pandangan orang, ‘Whoaaaaaaaa, awak BWP ke? Terernyaaaaa!’ Senang cakap, tak jugak. Bukan semua BWP terer. Yeah memang cool jadi BWP, dikenali seluruh maktab, handle tu, handle ni. Busy toksah cakap. Mujur je belajar tak lingkup huahua.
my kerja dalam kelas adalah mengambil gambar walaupun ketika membaca doa :)

Sistem MRSM macam menarik lah. Tapi kadang-kadang tu I feel bad for myself sebab tak study sangat. Huuuuuuu. Orang lain study, I pulak sengaja menambahkan busy diri join a lot of activities, tolong juniors buat show ape kebenda lagi entah. Ramai kawan-kawan macam focus gila during classes and me? Tidur. Haha. Tapi tu waktu mula-mula masuk MRSM lah. Yela, tak pernah-pernah duduk hostel, dahtu berjaga sampai pukul tiga empat pagi. Buat homework yang menimbun (dan sememangnya tak pernah siap wa cakap lu hahahaha), and the best part was when pukul dua tiga pagi, I was all alone, kelek baldi, lipat lengan baju, haaa sental-sental baju. Kat toilet yang besar lagi menyeramkan tu, I was alone you knowwww. Berani kan perempuan cantik ini?

Oh berbalik kepada system MRSM. Exam bukan macam biasa taw. We have semesters, macam dekat university tuuu. Kalau bebudak yang kena amek PMR atau latest, PBS, ada enam semester. Kalau bebudak SPM, ada empat semester. Agak tough la sebab satu semester biasanya ada tiga exams. And what we learn in the particular semester, kita tak akan belajar untuk semester lain sehinggalah tibanya peperiksaan percubaan. Dan yang inilah paling melemahkan because you know, with tons of homework, mana sempat nak revision tajuk-tajuk yang dibelajar semester lepas. Kalau tak revision nampak macam kejam sangat, dan-dan terus lupa ha amek kau jem hotak time exam. Tu lah keburukan bila join MRSM =,=

Part paling best masuk MRSM, is you girls and guys may apply for universities earlier than the other students. SBP pun takde program ni taw. This is special for SPM leavers lah. Untung. Dapat belajar awal satu semester daripada students lain, and dapat graduate lagi awal. Dan dapat kerja lagi awal. Fullstop. Oh tapi harus score peperiksaan percubaan MRSM dengan jayanya lah. Baru senang nak apply for course yang kita demand.
ha ni lah diriku, cikgu mengajar I pulak duk makan kat belakang kehkeh
makan dan sentiasa makan hihi



akibat asyik bermain di dalam kelas, jadilah manusia seperti di atas =,=

Oh ya. Bercakap pasal surrounding pulak kan. Kelebihan masuk MRSM ni, for me, you get to know a lot of people. Different type of them, with real different characteristics! This is from my point of view lah kot. Orang lain tak tahu lah dorang pikir cemane kan. Dulu waktu sekolah dekat sekolah kementerian, schoolmates bercampur. Bukan nak mengeji tapi, basically, yang duduk kelas hujung-hujung tu macam hampeh gila, suka cari pasai, gaduh dengan orang. Oh tersangat tidak matang. Tapi in MRSM, yeah we do have those kind of people, tapi their mentalities are better than those yang I cakap tadi. Secara kasarnya, budak-budak MRSM punya attitude are way better. Dan bila kita dah bergaul dengan mereka-mereka, secara tidak langsung, pemikiran kita akan menjadi lebih matang dan terbuka. Seriously. This is what happened to me. Percayalaaaaaaa…

girls kelas I (seeeeee i'm at the front)

ni semua pelakon dan moddel iklan buku huahua

my classmates of form four and form five

kami suka amek gambar so what?


mereka yang sering bergila-gila denganku <3


Tetapi percayalah, masuk MRSM memang best wooooo. Wa gerenti lah. Lagi-lagi kalau join MRSM yang bukan di negeri anda sendiri. Boleh merantau beb. Haaa satu lagi satu lagi, MRSM ni banyak program taw. Ada MRSM biasa, ada MRSM Ulul Albab and MRSM IGCSE. MRSM biasa pun dah menarik, apetah lagi MRSM-MRSM lain, juga lagi menarik toksah cerita lah. Ada swimming pool, ada jugak yang provide archery, menunggang kuda, and so on. Oh dan di MRSM jugak, boleh bawak phone and lappy. Err maybe ada sesetengah maktab tak luluskan undang-undang ni, tapi seriously banyak maktab yang benarkan. Best kan? Tak macam sekolah biasa, dan rasa macam dah hidup kat universiti ahaks. Nama pun maktab kan, mestilah kelaaaaasssss sikit kihkih.

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Banyak lagi sebenor-benornya kelebihan masuk MRSM ni, walaupun lokasinya lebih kepada tempat jin bertendang. Hihik.Eh jangan memain dik, MRSM punya tempat cantik taw. Facilities hebat-hebat. Jangan pandang kami MRSM sebelah mata aw. 

Okay I guess I'm gonna stop typing now. Entry yang terlalu panjang dan menyakitkan pandangan mata dengan tulisan cinonet, mintak ampun ler. Haha. Have a good day, people. Thank you for reading my entry!

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Setelah hampir dua minggu tak update blog, akhirnya ter-update jugak. I baru dapat my laptop back, baru lepas kena format, virus gilavavi punya pasal, huhu. Penat I menangis sokseksoksek itu hari, ingatkan dah hilang semua folder especially my thousands of precious pictures =,=

So here I am, menceburkan diri dalam sebuah segmen buat julung kalinya.....
(gara-gara ditag oleh cik Panda Mata Lebam a few days ago)



Do read my blog if you feel free ya. Kalau rasa mahu ikut, silakan teehee. For tonight it's going to be just a short entry. I malas sikit nak menaip sekarang duh kemalasan terlampau. InshaAllah will be updating more after this, do not worry and stay tune!

Goodnite people.
Assalamualaikum :)