Friday, 26 April 2013

TIPS FOR TESL INTERVIEW :)


Assalamualaikum.

So today I wanna share a little bit on the tips for interview. Basically I am focusing more to TESL interview which I think will be held tomorrow or maybe the next day. I'm not so sure sebab aku tak dapat frust mak oi haha.

Errr sebelum tu of course you guys akan cakap apesal aku buat post ni padahal aku same umur je pun dengan korang. Lepas SPM. Berpengalaman kah aku dalam interview-interview macamni? Haha sorry guys. I haven't attended any interviews yet (except mock interview waktu duduk MRSM dulu), but this is what I read from the seniors. I mean, I googled them kihkih. It's okay if you don't feel like reading this tapi who knows, it might help you for the interview kan kan...

So,
Interview tu ada 2 sessions : writing test dengan speaking writing. 1 soalan essay masa 2 jam, speaking pulak dalam 10 minit. Untuk  speaking writing tu, dia ada 2 part which is A and B. Part A tu untuk grammar and our reading comprehension. Ada 15 soalan je tapi based on people experiences soalan dia kaw-kaw jugaklah. Ayat pun macam belit-belit ala-ala idiom sikit. Part B pulak kena buat essay. PERINGATAN! SILA BAWA PEN AND LIQUID PAPER SEBAB KORANG KENA MENULIS. Takde mase nak pinjam-pinjam orang punya ni okeh. For the speaking part, I bet the panellists must be asking you things you know about our current issues. A reminder here, kalau boleh elakkan bercakap pasal politik because you are not eligible yet to talk about it thank you! Dan of course lah korang kena bagi pendapat korang sendiri pasal isu tu. Seriously it will be benda paling penting dia nk tengok. Whether you are fluent in English accent plus confidence and personality.

Mula-mula masuk walk-in interview tu, of course you have to greet them. Assalamualaikum or Good morning or apternoon haha xD. Then yo will have to hand over your personal file to the interviewer. Of course you need to introduce yourself at the first place. Do introduce yourself in the best way. Ceghitaa apa-apa yang penting je. Nama. Asal mana. Mak ayah keje apa. Numbers of siblings. Hobi. Cita-citaa. Attention to you guys, katanya kebanyakan soalan yang dia akan tanya biasanya berkaitan dengan apa yg kita jawab sebelum tu. So, senang cakap kira macam continuous question la. korang pandai-pandai lah selitkan setiap apa yang korang cakap tu dengan kesukaan korang terhadap TESL ni. Smack them down with your wide knowledge in this TESL course! Just speak!

Biasanya jugak the panellist akan tanya why on earth do you choose to be in this TESL course. Kenapa kenapa kenapa? Ha of course lah korang tahu kan. Sapa suruh korang pi pilih TESL kat UPU ahaks. So I guess memang part ni korang kena kasi kaw-kaw punya. Putar belit pun takpe asalkan nampak kesungguhan untuk berjaya dalam TESL. Sertakan sekali mimik muka yang melampau biar dorang ternganga tengok korang bercakap ahahahah okay aku gurau je :D

And also there will one more common question. What will you contribute to Malaysia with your knowledge of English? Yang ni terpulang pada korang nak cakap cemana asalkan jangan mengarut-ngarut. Mestilah sebab korang nak anak-anak Malaysia ni pandai berbahasa Inggeris and survive di mata dunia. Ha tolong jangan bagi jawapan tu because it is soooooooo typical! Sila pikir jawapan lain naaa. Pikir dengan penuh khusyuk!

Okay since nanti interview confirm ada cakap pasal peluang pekerjaan kan. Korang boleh je putar belit yang korang memang super minat dengan kos TESL ni. Korang ceghitaa laa banyak siot peluang pekerjaan untuk lepasan TESL ni. Memang hakikatnya orang luar yang tengok bebudak TESL ni biasanya jadik cikgu je. Sekolah rendah pulak tu. So korang yakinkan panellists tu bahawasanya pendapat korang bukan macam orang kat luar sana. Sebab TESL ni ada kos degree, English Professional Communication. So ada Literature and Creative Writing. Nampak tak makin luas bidang English ni. Haaaa so boleh jd publisher, business translator, secretary bank, ambassador, speech therapist, special educator, journalist, tourist guide pun boleeeeh...

Don't forget to give your beautiful smile because it may hide your anxiety. Hikhiks. Just be yourself and stay confident okay! Ha remember too, don't cross your legs or play with your pen or fingers! Be active, give your ideas even its wrong. They just wanna see your self-confidence and how you handle yourself with people and strangers. So cheer up baby!





Rabbi yassir wala tua'ssir = Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku!

Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum and salam Jumaat people!

Wednesday, 24 April 2013

Kehidupan. Syukur.

Assalamualaikum!
Nenenene nampaknya aku sedang mengisi masa lapang sebab terkena Tweetlimit dekat Twitter hahaha.
Nak tengok CSI, hm malas nak foukus sebab dah tengok episod tu.

Sooooo,
Today is my 7th day of therapy. So far I'm feeling nothing but still Alhamdulillah. So tengah-tengah buat theraphy tadi tu, I saw a man walking near the therapy centre. Haaa terus terlintas nak tulis pasal mende ni, even though korang-korang akan nampak macam mende ni tak penting sangat. Alaaaa, mende alah jeeee.

Poor him.
Lelaki tersebut I think, boleh dikategorikan sebagai kurang waras. Dengan rambut menggerbang gaaaaahh, tak pakai selipar and baju lusuh, I am pretty sure lelaki tersebut kurang waras. I'm not gonna say he is gila because yaaa knowww, it's kinda rude. RUDE. Siapa kita untuk mengesahkan hamba Allah sebegitu, ghupaa dia cenggitu, sebagai orang gila? Kita cuma manusia biasa, sedarlah :)

Kesian tengok lelaki trsebut. Berjalan menonong laju, tak pandang kiri kanan pun. Kesian. Apa agaknya perasaan dia berjalan tak pakai selipar mahupun kasut? Dahla musim-musim sekarang ni tengah panas menggelegak sampaikan kita semua nak keluar rumah pun malas. Pikir dua tiga empat kali baru lah decide nak keluar ke tak. Kan kan kan? Lagikan lelaki tersebut yang tak pakai pape tutup kepala, alas kaki. Jalan pulak atas tar yang berketik-ketik panas. Agak-agak apa dia rasa? Kesian kan? Kalau kita duduk kat tempat lelaki tersebut, tak pakai selipar pastu jalan-jalan atas tar, huish hanya Allah yang tahu cemane rase pedihnya tapak kaki. Mungkin rasanya macam kena cucuk dengan jarum-jarum halus lagi panas, mungkin. Boleh bayang tak auch sakitnya Ya Allah!

The conclusion now is, dalam hidup kita ni, sebagai hamba Allah yang sempurna pemikiran, boleh pikir yang mana betul yang mana salah, kita kena sentiasa bersyukur. I'm sure all of you here berpikiran waras. Kalau tak wars, dah kompem-kompem korang tak ngadap blog aku yang comei ni kan kan mwahahaha. So mind yourself that you are all well and say Alhamdulillah. Ingat Allah di mana pun kita semua berada cos without Allah, we are so nothing okay?

gambar ni takde kaitan dengan entry k cuma aku bersyukur ada satu kamera buruk menemani hidupku Alhamdulillah!

Jaga diri, jaga iman, bersyukur dengan apa yang kita ada!
Thank you for reading my entry!
Assalamualaikum :)

Tuesday, 23 April 2013

SEGMEN I LOVE YOU MOM by Fathiah Saidi ♥

Assalamualaikum!

Aha! Kembali dengan segmen untuk kali keduaaaaa :) Yeay!

Segmen ni dicipta khas oleh one of my besties time duduk MRSM Tumpat dulu. Tak sangka akhirnya ada jugak orang yang rapat buat segmen blogger sendiri. So it's kind of interesting for me, so why not I join myself in the segment kann kann? Untung-untung dapat tribal shawl sehelai kihkih. Lagipun tajuk segmen ni macam WAHHHH AWHHHHSOMEEEEE GILA!






Cerita pasal mak kot. MAK. Sangat menarik I loikeeeeeee uollss.

Mak. Teringat zaman kecik-kecik dulu, I always asked mak these one question. 'Mak, kenapa adik kena panggil mak, mak?' Semuanya gara-gara pi Pasti, jumpa ghamaaaai kawan and pelik kenapa dorang tak panggil mak dorang 'Mak'. Dorang panggil umi, mama, ma, mi, ibu, mommy ape semue name yang advance lah! (tapi seriously takde pulak gua dengar budak-budak tu panggil bonda cam ceghitaa indon tu kehkeh) So nak jugak panggil my mak advance-advance sikit. Ah sungguh demanding kau Syahirah!

Adik : Mak, harini adik nak panggil mak umi boleh? (muka tersengih-sengih)
Mak : (pandang gua pelik) Err bolehla. Ada apa ni?
Adik : Takde pape pun saje jeeee hihihi

Sejam kemudian....

Adik : Maaaaakkk! Mana pensel warna adik? (kalut cemas kaget semua ada)
Mak : (terus menerpa ke arahku) Eh tadi kan ada kat sini?
Adik : Takde pun! Alaaaaaa manaaa niiii.... (tarik muka)
Mak : Eh jap. Tadi kata nak panggil umi harini. Apesal mak pulak? (beliau perli aku tu sebenonye haha)
Adik : Erk! (terus gua diam sebab lupa hahahahahaha xD)

Esoknya...

Adik : Mak, harini adik nak panggil ibu boleh?
Mak : (muke seposen) Ha panggil je laaaa...
Adik : Yay!

Beberapa jam kemudian...

Adik : Mak o makkk...
Mak : Hm tadi kata nak panggil ibu sangat. (perli sekali lagi)
Adik : Alamak lupa!

Hm begitulah aku dulu waktu kecik-kecik. Umur 5 6 tahun punya pertanyaan kehkeh. Entah mak ingat lagi ke tidok. Haha. Jeles punya pasal sanggup aku tukar panggilan mak tu ke panggilan yang lebih advance. Tapi sekarang ni, panggilan apa pun, mak tetap orang special dalam hati aku. Mak tetap mak. Mak adalah mak yang susah payah besarkan aku dan adik-beradik yang lain. Mak tetap orang pertama yang risaukan aku kalau aku sakit. Mak adalah orang yang paling paham bagaimana sakit aku. Mak satu-satunya mak yang tahu apa yang aku suka makan and apa yang aku tak suka. Mak adalah segalanya.

So, untuk mak...

Mak you shud know I love you the most. I know sometimes I'm being so ignorant, degil, kuat merajuk apekebende semue lah, mak tetap sabar dengan Adik. Bila Adik mula sakit, Adik kesian sangat mak terpaksa susah payah demi Adik padahal mak pun kurang sihat. Terima kasih mak sebab banyak berkorban untuk Adik. Semoga Allah memberkati mak. 



Hargaila mak korang sekiranya mak korang masih ada :) Mak is the best superwoman ever okaaayyy! Believe me.

Sekian saje.
Assalamualaikum people!


p/s: Para bloggers dijemput join segmen ni okayhhhh. Muahxx