Assalamualaikum!
Aha! Kembali dengan segmen untuk kali keduaaaaa :) Yeay!
Segmen ni dicipta khas oleh one of my besties time duduk MRSM Tumpat dulu. Tak sangka akhirnya ada jugak orang yang rapat buat segmen blogger sendiri. So it's kind of interesting for me, so why not I join myself in the segment kann kann? Untung-untung dapat tribal shawl sehelai kihkih. Lagipun tajuk segmen ni macam WAHHHH AWHHHHSOMEEEEE GILA!
Cerita pasal mak kot. MAK. Sangat menarik I loikeeeeeee uollss.
Mak. Teringat zaman kecik-kecik dulu, I always asked mak these one question. 'Mak, kenapa adik kena panggil mak, mak?' Semuanya gara-gara pi Pasti, jumpa ghamaaaai kawan and pelik kenapa dorang tak panggil mak dorang 'Mak'. Dorang panggil umi, mama, ma, mi, ibu, mommy ape semue name yang advance lah! (tapi seriously takde pulak gua dengar budak-budak tu panggil bonda cam ceghitaa indon tu kehkeh) So nak jugak panggil my mak advance-advance sikit. Ah sungguh demanding kau Syahirah!
Adik : Mak, harini adik nak panggil mak umi boleh? (muka tersengih-sengih)
Mak : (pandang gua pelik) Err bolehla. Ada apa ni?
Adik : Takde pape pun saje jeeee hihihi
Sejam kemudian....
Adik : Maaaaakkk! Mana pensel warna adik? (kalut cemas kaget semua ada)
Mak : (terus menerpa ke arahku) Eh tadi kan ada kat sini?
Adik : Takde pun! Alaaaaaa manaaa niiii.... (tarik muka)
Mak : Eh jap. Tadi kata nak panggil umi harini. Apesal mak pulak? (beliau perli aku tu sebenonye haha)
Adik : Erk! (terus gua diam sebab lupa hahahahahaha xD)
Esoknya...
Adik : Mak, harini adik nak panggil ibu boleh?
Mak : (muke seposen) Ha panggil je laaaa...
Adik : Yay!
Beberapa jam kemudian...
Adik : Mak o makkk...
Mak : Hm tadi kata nak panggil ibu sangat. (perli sekali lagi)
Adik : Alamak lupa!
Hm begitulah aku dulu waktu kecik-kecik. Umur 5 6 tahun punya pertanyaan kehkeh. Entah mak ingat lagi ke tidok. Haha. Jeles punya pasal sanggup aku tukar panggilan mak tu ke panggilan yang lebih advance. Tapi sekarang ni, panggilan apa pun, mak tetap orang special dalam hati aku. Mak tetap mak. Mak adalah mak yang susah payah besarkan aku dan adik-beradik yang lain. Mak tetap orang pertama yang risaukan aku kalau aku sakit. Mak adalah orang yang paling paham bagaimana sakit aku. Mak satu-satunya mak yang tahu apa yang aku suka makan and apa yang aku tak suka. Mak adalah segalanya.
So, untuk mak...
Mak you shud know I love you the most. I know sometimes I'm being so ignorant, degil, kuat merajuk apekebende semue lah, mak tetap sabar dengan Adik. Bila Adik mula sakit, Adik kesian sangat mak terpaksa susah payah demi Adik padahal mak pun kurang sihat. Terima kasih mak sebab banyak berkorban untuk Adik. Semoga Allah memberkati mak.
Hargaila mak korang sekiranya mak korang masih ada :) Mak is the best superwoman ever okaaayyy! Believe me.
Sekian saje.
Assalamualaikum people!
p/s: Para bloggers dijemput join segmen ni okayhhhh. Muahxx
Eh.... muka srupa la! u & ur mom i mean
ReplyDeleteHaha muka kitorang agak samelaaaaaa. Adikberadik lain takde pulak muka macam mak. Im the only one yay yay!
DeleteAssalamualaikum..fahz jengah rakan segmen.Gudluck dear.Moga ibumu sentiasa DiRahmati dan sejahtera hidupnya..In Shaa Allah :)
ReplyDelete